Friday 18 August 2017

REDHA DAN SYUKURLAH

Redha dan syukur.

Dua perkataan ni seringkali kita lihat dalam konteks kehidupan kita, Dengan adanya sifat redha terhadap segala sesuatu yang berlaku sama ada baik atau buruk maka sifat bersyukur akan menyusul kemudian. Wah... kedengaran seperti mudah bukan, hanya yang ditimpa keadaan sedemikian yang memahami betapa sukarnya untuk menanam rasa redha seterusnya syukur.

Allahu, bukan mudah untuk masuk syurga. Namun setiap titik usaha kearah sana pastinya menghasilkan pahala yang berlipat kali ganda. Wahai umat islam, marilah bersama berjalan menuju ke syurga.

Contoh paling mudah, sekiranya dompet anda dicuri ataupun tercicir dan didalamnya tedapat sejumlah wang, bagaimana anda mengaplikasikan konteks redha dan syukur? Disinilah kita teruji. Saya kongsi pengalaman saya yang berlaku beberapa tahun dulu. Saya baru bekerja disebuah syarikat dan mendapat imbuhan akhir tahun maka saya tberniat mengeluarkan sejumlah wang untuk beli buku ( ya saya sedang mempersiapkan diri untuk peperiksaan kadet juruterbang ) dan selebihnya berniat untuk beri kepada keluarga. Malangnya ketika saya ke tandas, saya telah tertinggal dompet itu dan kurang lima minit saya menyedari kecuaian saya, dompet tersebut telah hilang. Bayangkan, betapa susahnya saya bekerja sebagai tukang angkat beg di syarikat penerbangan itu sehingga sakit sakit badan, hasil imbuhan hilang begitu saja. Sukar untuk saya terima namun sahabat baik saya berulang kali ingatkan untuk redha dan cepat-cepat uruskan urusan "blocking" segala kad bank yang ada.
Menambah sakit hati saya adalah bila pegawai bank memberitahu kad saya telah pun ditelan kerana pencuri berkenaan telah berusaha mengeluarkan lagi wang didalamnya ( padahal dalam tu dah takde lansung pape duit ). Jika anda berada ditempat saya, apa yang anda rasa? Sudah tentu maki hamun pembuka kata. Allahu!

Ambil masa yang lama untuk saya redha yang duit tersebut bukan rezeki saya namun setelah saya berjaya redha, sungguh! hati begitu tenang. Dan atas izin Allah saya dikurniakan rezeki lain. Dan saya bersyukur.

Itulah titik sedar saya betapa besarnya perkataan redha dan syukur dan betapa ia berkait dengan keimanan daam diri yang ada dalam diri seorang muslim.

Ditimpa musibah? Redha... betapa Allah mengurniakan pahala didalamnya. Syukur!

Dibuang kerja? Redha... mungkin Allah sedang membuka pintu rezeki yang lebih baik. Syukur!

Kehilangan barang? Redha... Allah akan gantikan dengan barang lain. Syukur!

Kehilangan insan tersayang? Redha... Allah mengajar kita bahawa setiap hamba akan kembali kepadanya. Syukur!

Banyak lagi contoh yang boleh diberi. bersabarlah. Tabahlah!


REDHA DAN SYUKURLAH.

No comments:

Post a Comment

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...