Friday, 17 February 2023

Korea pasca pandemik

 MAHAL

Tersangat mahal. 


Assalamualaikum semua. 

Ye semua. Kita faham lah seluruh dunia alami economy healing dan recovery serta inflasi. Sebagai avid pelancong Korea yang cheapskate , saya sangat mengakuinya. Terlalu mahal ya sekarang. Mahal tak boleh dibawak bincang punya mahal. Hampir semua naik hampir separuh harga dari harga asal. Makanya saya sebagai cheapskate traveler harus rasa terkesan.




Kalau dulu bilamana ada orang tanya camna gi Korea, saya suka jawab ok je Korea ni affordable country sebab tu saya suka pergi berulang sebab sentiasa ada cara nak cheapskate kan travelling tu....tapi sekarang tidak lagi ya kawan kawan. Saya sendiri pun terduduk bak kata Dr Say. 


Saya pergi baru ni bersama anak anak dan suami. Memang suami pun cakap wow sangat price hike. Marilah seka airmata bersama sama. 

Saya bagi contoh sikit lah.

Anyone yang suka pergi Myeondong akan suka beli Kebab Ahmed. Sorry saya takda gambar Ahmed dan kebabnya. Hahaha tapi korang imagine jelah kan. Dulu pre pademik tahun 2019 harga nya adalah.

Ayam -  5000won
Kambing - 7000won

Tapi sekarang ni harga dia boleh seka airmata dan hingus sekali.

Ayam - 10000won 
Kambing - 12000won

Saya sedehhhhhh.




Saya bagi contoh lagi harga lain....alaaa another moment tak sempat ambil gambar. Maaflah gais dulu sewaktu saya bujang doploh patjam takde hal snap gambar now dah ada besfren kecik tiga ketul ni keterbatasan is real. 

Saya ambil contoh kalchi jorim ( asam pedas)

( Pre pandemik )
Kalchi jorim - 8000won
Grilled mackarel - 7000won

( Pasca pandemik )
Kalchi jorim - 12000won
Grilled mackarel - 10000won


Gais ... Walau nampak macam naik dua tiga ringgi tapi percayalah ianya akan mengganggu gugat belanjawan kalian..beruntunglah traveler yang bukan level cheapskate and tak tergolong fasa tak berduit macam saya 🥲. Seronok ya kalau dapat berbelanja tanpa risau. Sobs. 

Takpelah rezeki semua orang tak sama dan dapat jejak kesana juga satu rezeki. 

For now ni jelah dulu saya tulis...nanti saya tulis lagi sebab banyaknya nak kongsi wehhhhh. 

Selamat maju jaya semua. 




Thursday, 2 February 2023

2023

 Assalamualaikum dan salam tahun baru. 


Pejam celik dah 2023 dah rasa macam baru je masuk 2022. Uish...tapi tak jugak lah kot sebab tahun 2022 saya masih bekerja. 


Nak dijadikan cerita saya dok la tangguh tangguh nulis blog ni. Memula saya bagi salam tu masih December 2022....and now da Februari 2023. Tah pape perangaiku. Gais, jangan amalkan sangat bertangguh tangguh ni ya. 


So setelah sebulan berlalu saya tengok kat instagram ramai buat January dump korang masing masing. How was it? If you ask me, January saya biasa biasa jela. Hana ada appointment doktor nak cek perkembangan dan tracr if ada pape yang menimbulkan keraguan. Alhamdulillah so far okay saja....Hana ni saya tengok perkembangan dia lebih sikit dari abang mungkin faktor dia ada sibling lagi tua and dua pempuan kut. Kan orang cakap perempuan ni matang cepat haaaa gitu. 


Makanya entry ni ringkas aje...kita sembang lagi next time. Esok nak bertolak ke Perak nih adik kesayangan nak kawen...heee. moga Allah permudahkan. 




Tuesday, 8 November 2022

[ EDISI KEMBAR ] Pisah tempat tidur

 Salam semua 


Harini saya nak sembang tentang perpisahan pertama anak anak twins dengan ummi dia. Iaitu pisah tempat tidur. Yelah nanti da besar pisah tempat tinggal ( kot dia masuk asrama ) and sambung belajar dan kerja dan...sobs sobs kahwin. Allah....belum pape ummi dah sedih. 


Ummi kitorang tak rilek


Memandangkan saya seorang surirumah clingy dengan anak sejak dari mereka lahir sehinggalah capai level toddler. Mereka pun susu badan sepenuhnya. Waktu dorang umur setahun setengah tepat tepat saya dapat rezeki kerja kebetulan waktu tu pandemik dan husband pun diberi unpaid leave paksaan. What to do kan. 

Saya tanpa fikir panjang terus accept kerja tu dan start immediately. Anak anak hantar dekat babysitter jiran blok belakang je. Allahu bermulalah drama clingy ummi yang ralat nak pisah anak. Empat bulan lepas bekerja saya tiba tiba mengandung. Haaa sudah. Bermulalah journey susukan badan tapi mengandung. Memandang dorang ni kembar halahhh cabaran dia kus semangat ye. 


Sehinggalah pregnancy saya mencapai bukan ketujuh saya dah mula risau caner ni. Anak masih taknak pisah susu dan nanti baby keluar camne nak tidur kalau semua hangguk atas katil queen. Takde ruang. We need to pisah katil pisah susu. Period!




Kebetulan babysitter depa offer depa tidur umah untuk train pisah susu dan ready kot tibeh ummi bersalin kang kelam kelibut tak biasa. Berat sangat hati but we have to do. Ibarat depa dok asrama sementara waktu. Hantar seminggu sekali je balik rumah time weekend. So ummi boleh rest lebih sikit. Memang sungguh ye kandungan masuk minggu ke 38 saya dah start rasa sakit bersalin. Haa tudiaaaaa.

Time tu ahad maka kembar ada je dengab saya siap tidur sesama. Jam 2 pagi start sakit giler berkadaran. Pagi tu hantar dorang kat wan dan pecut gi hospital. Hari yang sama beranak ye tengahari tu. 

Makanya dari seminggu sekali balik, sekali tu dorang dok sana dua minggu berturut. Sebab ummi baru sangat bersalin dan dorang ni suka lompat kat ummi. Naya wehh...gipun nak berulang gi klinik cek kuning baby sebab pkp maka budak takleh gi klinik. Harommm. 


Ni gambo dorang visit faridah sepupu depa kat spital tapi depa lak acah patient. 


Saya ingat lagi ada la hari ketujuh kot turun nak masuk kereta nampak kelibat rambut anak kembar terus menjejeh airmata rindu nangis sedih Allahu bila terkenang pun rasa sedih sangat. Maafkan ummi.

Sejak tu, secara halusnya taksedar dorang dah putus susu. Sepanjang pregnant tu memang susu dah takde sangat dah tapi ngempeng kan. Kami slowly ajar pisah tidur kat bilik sendiri. Memula setiap malam nangis nak ummi. Dahaga la nak air la. Bawak la botol air dalam bilik. 

Ada few times melahu lahu nak ummi so kami pasang aircond tutup pintu..sabor jela. Ummi abi tido kipas depa tido aircond. Hahaha. Ambil masa juga sebenarnya. Ada banyak malam dorang terjaga nangis. Husband or saya akan teman depa tido pastu lari dari bilik tu hahahh.  







Sehinggalah dorang tak jaga dah ...dan tidur sampai pagi. Dan tahu dah bila suruh masuk bilik berangkat la berdua masuk bilik. Alaaa comel. 


Syukur Allah mudahkan. Tanpa Allah bantu, tak jadi gak. Allah izinkan. 


Now misi next is potty training dan belajar bercakap. Halahhhh...budak kuat cakap bahasa alien dan pakai pampers ni. Nantid a succeed saya share lagi. Doakan twins.






.


Sunday, 30 October 2022

Pengalaman travel waktu mengandung di Korea

 Salam.


Dulu waktu Uwais dan Uzair kecil, umur 6 ke 7 bulan kot, saya tak ingat lah. Mereka start buat passport. Sebab kami nak pergi ke Korea bawak mereka. First time ni experience bawak twins. Dulu pergi time bujang, lepastu pergi lepas kawen (honeymoon) and lepastu pula pergi time mengandung 6 bulan. 


Konon pergi time pregnant sebab nak rasa camna layanan dorang dekat pregnant mom. Fuh lain maciammmm.. rasa macam princess jugak. Pantang ada kerusi kosong ke apa ke, terus terus disuruh duduk. Paksa pun ya. Kadang kala jadi segan serba salah la kita sebab atuk nenek dah bongkok terketor ketor badan pun bangun suruh mommy to be duduk. Huuu malu. 


Tapi dalam pada rasa malu, saya rasa kagum. Suami pun rasa kagum sangat dengan etika dorang terhadap ibu mengandung, ibu bapa dukung anak kecil dan semestinya warga tua. Memang special treatment. RSedih sikit bila di negara sendiri alahai koc perempuan kat ktm pun memanjang kene hijack dek lelaki. Ok back to kisah korea.



Waktu pergi ni pulak transisi musim. Sejuk dia nyaman...ala ala aircond natural. Suhu pun around 19 degree camtu. 

Saya sebenarnya tengah godek mana tah gamba lagi. Cam tak banyak sangat lak. Time ni pergi kejap je 5h4m. Usually saya pergi 6hari 5malam paling kurang. 7hari 6 malam tu biasa....paling lama 8hari 7 malam. Hihi. 


Waktu tu juga saya pergi dengan husband atas tiket (ececeh ) babymoon. Sebab unplanned and duit sikit sangat. Rasanya kurang lebih rm500 je kot belanja lepas tolak hostel dan flight tiket. Okay lah kan? Itupun sebab kami sempat pergi tengok badminton korean open semifinal. First time lah depan mata tengok perlawanan dan husband tu kipas susah mati badminton, dia punya starstruck tu fuh tak boleh bawak bincang. Tiket masa tu KRW15000 untuk seat normal dan KRW30000 seat abnormal a k a seat terbaik and dekat dengan court. Memang harus kami cheapskate sikit amek hat murah. Sayangnya tak bawak bendera Malaysia tapi yelah benda unplanned. 

Pengalaman berjalan sana time mengandung ni beza betul start dari airport Malaysia sampai sana. Kat Malaysia takde sepcialty sangat rasa tapi kat sana tengok perut je terus rasa layanan priority. 

Tulah lain tempat lain cara kan. ...













Tuesday, 27 September 2022

Garis masa Khairul Aming

 Salam.


Baru ni sempena birthday yang ke 30 tahun, Khairul Aming ada buat compilation video tentang perjalanan dia dari umur 20an til berjaya sampai sekarang.


Okay siapa je tak kenal Khairul Aming ni? Mostly kita kenal nak nak lepas pandemik bila semua orang makin gigih tengok video memasak ringkas berilmiah. Sebut je Khairul Aming, Che Nom, Sugu Pavithra, LimauNipis...semua lah orang kenal.  




Dia ni anak muda yang sangat memberi inspirasi nak nak sambal padu Nyet dia tu meletop letop memanjang sold out. Semua orang nampak dia berjaya dan kaya tapi tak ramai nampak susah dia jatuh bangun dia dan berapa banyak keringat dan airmata dia sementara nak mendaki tangga kejayaan ni. 

Saya tak boleh share pulak video dari IG dia. Takpe korang boleh pergi kat instagram dia dan tengok. Berair mata juga lah sebab ya Allah ianya memang sangat mencabar dan banyak kegagalan dia hadap rupanya. Cuba bayangkan kalau dia give up dan berhenti lepas gagal. Kita takkan dapat tengok sambal nyet sold out dekat shopee. Harga sebuah usaha tanpa jemu.

Credit to owner


Dia pun belajar tinggi juga, kerjaya pun bagus tapi dia cari ruang dan peluang untuk keluar dari comfort zone. 

Saya tahu bukan saya je yang terharu tengok. Dan saya yakin bukan hanya Khairul je yang succeed camni. Ramai lagi kat luar sana kan. 

Semoga kita semua berjaya dalam apa saja kita buat dan semoga juga Allah lindungi dan berkati setiap langkah kita agar ia jadi bekalan di akhirat sana. 

Kita ada Allah 

Selamat hari lahir Khairul Aming. Teruskan usaha !!




 


Wednesday, 21 September 2022

Housewife vs working mom

Salam.

Dilemanya sekarang ni hati nak kerja or stay at home je jaga anak. Ya Allah buntu betul. Nak kerja sebab nak kumpul duit. Nak stay at home sebab nak spend masa dengan anak. 

Rasanya ni lah dilema setiap working mom.... And ada yang succeed cekalkan hati untuk berhenti. Ada yang terpaksa teruskan demi komitmen dan kelansungan hidup. 

Kan bagus kalau kita boleh grab dua dalam satu sekaligus. Bila nak kerja ni, kerisauan kedua akan muncul iaitu kerisauan anak nak letak kat mana, siapa nak jaga nanti? Dan elok ke orang jaga.

Baik taska baik pengasuh dua dua ada pro dan kontra. Ya Allah ....bantulah hambaMu buat decision ni.

Kepada para outsider yang suka judge. Sudah laaa dengan persepsi wife dok rumah ni susahkan suami. Tak agak agak patut katanya. Duduk rumah akan besarkan badan. Gemukkan badan. 

Kejamnya lah kan jadi perempuan ni. 
Kesian juga lah perempuan ni.


Semua orang ada journey masing masing.

Monday, 19 September 2022

Temuduga terbuka Ramp Agent GTR

 Salam semua.


Haa ada intake baru bakal berlansung untuk kerja ramp agent ( ground operation ). Apa itu ramp agent? Boleh baca sini.


Kerjaya Ramp Agent.  


Itu antara intipatinya. Kerjaya ramp agent ni meluas tapi ni antara skop dia lah kalau kalian tertanya apo bondo tu kojonya.


Perkara dalam interview GTR


Mungkin ada penambahbaikan dan pembaharuan prosedur tapi mostly pebih kurang macam ni lagi dengarnya. 











Thursday, 15 September 2022

[ KDRAMA ] Revolutionary sisters

 Salam.


Sebenarnya ni bukan review post patutnya sebab baru tengok dan citer ni ada 50 episode. Husband dan saya cam terkejut cimpanzi lah tengok jumlah episode tapi kitorang layan je slow slow. Best!!! 




Haa ....memula rasa cam aura citer ni best and resemble satu drama lain. Liver or Die. Ohhh hat tu da abis tengok cam belum buat review kan.

Best Revolutionary Sisters ni pasal anak beranak, adik beradik ipar duai biras semua lah. Memang pasal family sangat. Genre family dan slice of life. Sebijik citer Liver Or Die. Yelah penulis sama kan...pelakon pun lebih kurang. 

Citer ni pasal bapak yang dituduh bunuh mak depa on the way nak gi cerai so adik bradik semua pempuan ni merentan dan menuduh. Eh tapi rilek gais , ni bukan thriller. Memang ada kes mati tapi tu punca plot citer ni berkembang. Sabo sabo. 




Huru hara adik beradik dengan masing2 punya life challenge. Yang husband curang, yang adik kaki loser, yang jenis malang tapi responsible. Semua lah ...kisah makcik pertama, makcik kedua. Best awakkkk.

Saya suka genre gini. If awak serupa saya, awak akan layan. Confirm sure!!!!!











Uzairku sayang

 Salam.


Harini tengah hari macam biasa la produktiviti saya apa je. Dok teman dorang tengok tv pasal experiment lah ape lah. Hana si bongsu tengah tidur. Toksah kacau. Lega dapat lurus pinggang jap. 




Sian anak. Rumah ummi level miskin sofa pun tadak. Hahaha ..takpe anak, one fine day kita kaya dah insyaAllah mana tahu kan, kita akan pindah dirumah yang lebih baik. 


Alkisahnya yang berkait tajuk ialah Uzair, first time dalam hidup nih. Uwais selalu tonyoh kepala dia kat muka ummi dia ni. Kadang sampai bersin la bila kepala tu kena hidung berdezup kuat ....hadoi. Uzair ada sandar kat belah kiri bahu tetibe Uwais databg dan tonyoh ( da macam kucing kan perangai hahaha comel ). Pastu ummi nye ni sabo sabo taknak marah kang terjaga lak sikecik bongsu tu. 


Uzair tiba tiba cakap kuat.


"Abang.... Ummi sakit...." 



Terus Uwais berlalu. Saya terpinga pinga tercengang cam wow sangat rasa tu spontaneous respond dari anak teruna number dua saya. Automatik rasa terharu.


Alahai Uzair..... Besar dah kamu🫰🫰🫰🫰🫰🫰🫰


Kembar number dua. 


Tuesday, 6 September 2022

Random lepak di Aeon

 Salam.


Harini lepas je maghrib solat siao husband ajak pergi jenjalan kat Aeon Nilai. Boleh lah isinmasa kasi penat anak. Selalunya kami bawa anak pergi taman permainan bagi keluar tenaga tapi sebab harini cam malas nak keluar siang ditambah cuaca gak menentu, ok la kita lari dari kebiasaan.


Apa salahku tibeh menempel di post ini.


Kitorang selalunya kalau gi Aeon ni akan singgah sikit kat Eco shop. Sebelum tu kene azan dulu supaya saka shopping tak keluar. Tapi kenangkan taraf duit diri ni saka.pun stress nak hasut sebab sia sia. Hehehehe. Sian.

Selain tu kami akan singgah Molly Fantasy bagi anak main singgit dua ringgit tiga empat ringgit je limit permainan swipe kad situ. Oh nak main kene swipe bukan la depa main swipe hamboii beshe dia.  Usually game hockey ice tepuk atas meja haku pun tak tahu apa nama.dia sebenarnya dan kereta safati or bus yang bosan dimata orang tua tapi nice dimata anak. Tu jelaa...game tembak tembak or lumba kereta depa tak mahir. Tak reti pun. Bapak depa reti la. 

Ha ni dia hockey ice tepuk meja


Kereta bosan tapi tak bosan


Acah acah level master


And air kami suka beli kat Aeon Delicatessen tapi harini nak merajuk sebab baru jam 8 lebih dia closed dah....sedehhh tau nak air vanilla latte nak nak nak. Since sedih maka balik singgah beli teh tarik bawah rumah je sobs.

Selalunya itu jela aktiviti yang tak jemu dibuat asalkan ada aktiviti bonding with kids. Kami berdua tak kaya berharta so jenjalan free camni je boleh. Dulu waktu kerja sekejap merasa la makan kat Windmills tapi sekarang ditambah harga dah berganda ganda, takpelah. InsyaAllah next time.

Disamping tu lalu kedai.gajet intai laptip lh tablet lah...berangan nak beli ganti yang rosak supaya boleh buat kerja penulisan situ tapi takpe, berangan dulu...doa bebanyak nanti Allah pasti bukak jalan.  Aminnn.

So apa aktiviti random korang sekeluarga? 



Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...