Tuesday 8 November 2022

[ EDISI KEMBAR ] Pisah tempat tidur

 Salam semua 


Harini saya nak sembang tentang perpisahan pertama anak anak twins dengan ummi dia. Iaitu pisah tempat tidur. Yelah nanti da besar pisah tempat tinggal ( kot dia masuk asrama ) and sambung belajar dan kerja dan...sobs sobs kahwin. Allah....belum pape ummi dah sedih. 


Ummi kitorang tak rilek


Memandangkan saya seorang surirumah clingy dengan anak sejak dari mereka lahir sehinggalah capai level toddler. Mereka pun susu badan sepenuhnya. Waktu dorang umur setahun setengah tepat tepat saya dapat rezeki kerja kebetulan waktu tu pandemik dan husband pun diberi unpaid leave paksaan. What to do kan. 

Saya tanpa fikir panjang terus accept kerja tu dan start immediately. Anak anak hantar dekat babysitter jiran blok belakang je. Allahu bermulalah drama clingy ummi yang ralat nak pisah anak. Empat bulan lepas bekerja saya tiba tiba mengandung. Haaa sudah. Bermulalah journey susukan badan tapi mengandung. Memandang dorang ni kembar halahhh cabaran dia kus semangat ye. 


Sehinggalah pregnancy saya mencapai bukan ketujuh saya dah mula risau caner ni. Anak masih taknak pisah susu dan nanti baby keluar camne nak tidur kalau semua hangguk atas katil queen. Takde ruang. We need to pisah katil pisah susu. Period!




Kebetulan babysitter depa offer depa tidur umah untuk train pisah susu dan ready kot tibeh ummi bersalin kang kelam kelibut tak biasa. Berat sangat hati but we have to do. Ibarat depa dok asrama sementara waktu. Hantar seminggu sekali je balik rumah time weekend. So ummi boleh rest lebih sikit. Memang sungguh ye kandungan masuk minggu ke 38 saya dah start rasa sakit bersalin. Haa tudiaaaaa.

Time tu ahad maka kembar ada je dengab saya siap tidur sesama. Jam 2 pagi start sakit giler berkadaran. Pagi tu hantar dorang kat wan dan pecut gi hospital. Hari yang sama beranak ye tengahari tu. 

Makanya dari seminggu sekali balik, sekali tu dorang dok sana dua minggu berturut. Sebab ummi baru sangat bersalin dan dorang ni suka lompat kat ummi. Naya wehh...gipun nak berulang gi klinik cek kuning baby sebab pkp maka budak takleh gi klinik. Harommm. 


Ni gambo dorang visit faridah sepupu depa kat spital tapi depa lak acah patient. 


Saya ingat lagi ada la hari ketujuh kot turun nak masuk kereta nampak kelibat rambut anak kembar terus menjejeh airmata rindu nangis sedih Allahu bila terkenang pun rasa sedih sangat. Maafkan ummi.

Sejak tu, secara halusnya taksedar dorang dah putus susu. Sepanjang pregnant tu memang susu dah takde sangat dah tapi ngempeng kan. Kami slowly ajar pisah tidur kat bilik sendiri. Memula setiap malam nangis nak ummi. Dahaga la nak air la. Bawak la botol air dalam bilik. 

Ada few times melahu lahu nak ummi so kami pasang aircond tutup pintu..sabor jela. Ummi abi tido kipas depa tido aircond. Hahaha. Ambil masa juga sebenarnya. Ada banyak malam dorang terjaga nangis. Husband or saya akan teman depa tido pastu lari dari bilik tu hahahh.  







Sehinggalah dorang tak jaga dah ...dan tidur sampai pagi. Dan tahu dah bila suruh masuk bilik berangkat la berdua masuk bilik. Alaaa comel. 


Syukur Allah mudahkan. Tanpa Allah bantu, tak jadi gak. Allah izinkan. 


Now misi next is potty training dan belajar bercakap. Halahhhh...budak kuat cakap bahasa alien dan pakai pampers ni. Nantid a succeed saya share lagi. Doakan twins.






.


No comments:

Post a Comment

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...