Tuesday, 12 September 2017

Skeleng skeleng

Skeleng a.k.a syiling



Assalamualaikum semua.

Saya lupa la sapa ajar sebut skeleng untuk syiling. Bahasa loghat mana pun saya tatau lah weh siyes ah... skeleng skeleng. Cam comel je. ahahahahahahahahah.

Saya ada satu perangai....setiap kali pergi travel saya jenis suka secara tak sengaja pi simpan dan kumpul banyak skeleng skeleng tu...cam dalam gambar tu skeleng korea. Sampai berat gedoboh la beg duit travel tu.

Perangai sangat. hm

Oh ya... yang syok nya skeleng ni baguih bila kita darurat. saya ingat lg bila last2 day travel kt Korea dulu cam da susut banyak la duit ( tapi sayangnya lemak badan tak susut sekali ) so skeleng ni lah life saviour saya. Penyelamat sangat.

Ce imagine weh... cik mir mira ni dok kira kira penuh confuse duit skeleng ni padahal nak bayar air mineral. Air mineral kt convenient store korea mahal...kerat leher ase. Hm.

Cam sedeh je tau seketui seketui duit tu ai susun atas meja. Dulik lantak. Bukan kau kenal apak aku kat Kontan tu pun. ahabahaha. buruk perangai anak dara ni.

Sedih je cashier tu pandang last last dia yang kirakan. Berjaya kan muke cebek saya? nyeahh

So korang yang mana ada perangai cam saya...skeleng ni sama penting dengan duit kertas... dia punya berat tu memang annoying. Save je skeleng tu. Ne tau darurat.

Skeleng juga boleh jadi souvenir for kawan kawan if korang cam tak berbajet sangat nak beli souvenir or tak cukup mana or ape ke...skeleng is a good option woi.

Percayalahhhh~


[ BRIDE TO BE ] Dugaan nak kahwin

Assalamualaikum wahai pembaca tercinta.
Yang lawa yang comel yamg cantik yang kacak.

Fuh bodek level gunung kinabalu. Tapi ai ikhlas tau mengucapkan thank you. Kesudian awak semua click dan baca sudah cukup menyejukkan hati yang lara.

I love you all. Thank you.

Oh ya sapa sini yang dah kahwin angkat tangan? Or sedang bertunang angkat tangan? Memang dasyat bebeno eh  dugaan nak kahwin ni. Betui la kata orang orang tua ( orang tua mana satu pun tatau lah ) bahawasanya  level darah manis yang menggelegak panaih ni mmg extreme sket. Kalau dugaan tak datang hala sini...dia datang hala sinun. Tak datang belah atas...dia mai belah bawah. Asal boleh sejuta cabang penjuru dia mai.

Korang apa je cabaran?
meh la share skit kat ruangan komen....Saya suka dengar alkisah alkisah riwayat hidup orang. Saya ada kawan yang kire akrab and antaranya is prof zila. Dia bukan prof sbenar. hahaha takpe nanti sy nak wat entry khusus pasal kak prof kita.

Zila selalu je share alkisah dia zaman tunang dan kawen dulu...and papehal dia orang pertama letak tangan kat bahu dan suruh saya bersabaq and selamba badak sumbu je tempelak saya if saya wat pape salah.  If saya naik hantu, dia jerit Allahuakbar...if saya ego, dia cubit. Ha camtulah.

Katanya memang bertunang ni datang dari beribu cabang. Kejap dari manusia ketiga..kejap keluarga...kejap diri sendiri...kejap pasangan pula...kekadang dari akaun bank yang sedia ada. Pokok pangkalnya memang saiton takkan berdiam diri la bila anak Adam dan umat Muhammad nak kahwin..Depa panaih la wehhhh...

So kita jangan mudah panaih seperti depa..
Prof zila selalu suruh sabar sabar sabar. Katanya kalau tempoh tunang pun hangpa takleh sabaq lagu mana nak kahwin...dah pi dok gua sesorang jd lone ranger. Kawan ngan semut. hahahahaha.

Dia punya pengalaman tunang dulu meruntun juga...itu ini nak kene faiyaaaah nak kene itu ini bagai...kus semangat. Terduduk juga.


Korang cemana??

cecite cecite... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Monday, 11 September 2017

Penat juga dok saja

Assalamualaikum korang yang cantik menawan buat hati tertawan..

Apa lah khabar disana. Sekarang jam menunjukkan jam 0955pm atau 2155pm. Ngantok weh. ahahahahaha... Da tau ngantok tido la ye dak pasaipa tulis blog lak. Saje je...

Saje nak bebel sini. Saya kan suka sangat dok saja. Dasar pemalas. Dasar sloth hahaha. Mira yang malas sloth dapat nama. Onyehhh.

Dulu time blaja punya la berdoa doa kelas kansel even bukan nak pi mana pun nak dok sesaja dalam bilik. Doa segigih gigh doa kot. Kalau lah saya doa segigih tu mintak permudah belajar. Hm ( sesal... ) alaaa bese la zaman belaja zaman nakal kan. Ape lah sangat kene carry subjek. hahahaha. K nyorok.

Sesungguhnya kan kalau boleh putar baluk masa mestilah saya nak cuba jadi manusia yang lebih berguna. Sekurangnya nak hargai masa masa yang dilepaskan begitu saja. Nak belajar pandai2 sampai pergi universiti luar negara. Ambil course yang minat supaya kita belajar mensa yang kita minat bukan menda yang ikot trend.

Kalaulah kalau... gajah pun boleh terbang kan.

Bila da kerja pun gigih doa nak cuti sabtu ahad lelama. Sampai kadang pikir napa la kerja tak dua hari cuti lima hari. eh eh eh.
Kanak kanak jangan jadi macam mirajumma ya. Tak bagus untuk kesihatan mak abah dan masa depan korang.

Dok saja ni best. Dulu saya pernah kerja shift yang 4 kije 4 cuti. Todiaaah heaven pak hang. 4 ari cuti tu memang pernah dok saja tak pi memana pun...teruk gila level memerap saya ni da serupa beruang kutub Malaya.

Maka saya mendapatlah... Allahu. Allah jawab doa kita ya.

Sekarang saya kira lebih bagus kita doa Allah manfaatkan kita dengan apa yang terbaik untuk kita. Allah lebih tahu.

So tak kiralah korang workaholic , doksajaholic cam saya ka.... appreciatelah hidup kalian.

Asal tak buat pasai or juai najis dadah... or buat menda tak senonoh yang kalau nak senarai leh jadi blog 18sx lak hoii tak boleh.

Doakan mirajumma.


Sunday, 10 September 2017

Dalmatian ( Kpop Group )

Dalmatian.
Kpop.
Boy group.
Comey.





Dalmatian ni secomel comel nama...teringat lah pulak movie 101 Dalmatian ke menda ntah nama. Comel kan...
Group yang debut beberapa tahun lalu ni kalau tak silap saya dah disband. Betulkan saya kalau silap please.

Gamba yang saya post tu wajah wajah original line up Dalmatian waktu dorang debut.

Inati, Dari, Daniel, David, Jisu, Youngwoon.
Omey sangat kan.. dah dah takyah tanya napa nama depa pelik. Daniel tu yang saya tau warganegara Amerika... Sayangnye now dia ditahan atas kes dadah. Ok tolak ketepi. Saya nak cite benda best je pasal depa.

Lagu debut dorang ni muncul time kpop tak ramai kuar lagu hiphop. So memang refreshing sangat sangat. Dengan tempo dan lenggok yang catchy. Bayang ahh..

Bow wow wow...lalala
Bow wow wow...lalala
Bow wow wow... Lala
Dalmatian blablabla..

Haa lebih kurang cenggitu ahh.

Siyes cakap lagu tu catchy yakmat.
Pekata korang pi youtube, type DALMATIAN - ROUND 1.
Haaa tu lah lagu debut depa... Pi lah dengaq beberapa minit ja tak rugi mana aih. Halwa telinga katanya.

*Sesudah 3 minit*

Best kannnnn?

Ehehehehe... Lagu Dalmatian ni bukan takat Round 1 ja sedap...yang lain best gak. robocop lah ape lah.. paling siok saya rasa berantu berjerangkung abes lagu E.R....Time ni Dalmatian da tuka skit ahli... David da xdak masok si Simon lak. Mamat mix Japan Korea tu.


Lagu E.R tu.. minus video clip yang bisa berdarahkan idung pasai depa bukak baju nak tayang tattoo (( hat tak elok jangan folo ...buang jejauh ))... Tapi lagu tu woi catchy gila.berantu abes.

Bagi saya level dia ala ala lagu Beast' Fiction' tu ha. Best wo. Starting je dah bunyi siren bagai... Pastu accident bagai. Pastu doktor lawa seksi bagai. Lampu merah bagai.  Semua lah bagai. Hahah


Pi youtube.
Type macam ni.

Dalmatian - E.R


Gaa.... Memang kekadang ada keluar DMTN. Tu pon kira hiasa shortform bagai ah. Tatau lah napa tetibe nak tambah DMTN lak sejak ada si Simon kacak.

Takpelah...sila layan ya.

Bow wow wow... Lalala.





Alkisah banana uyu a.k.a susu pisang korea

Assalamualaikum semua πŸ’—


Hari ni saya ingin berceloteh tentang susu pisang yang famous yakmat di seantero dunia ( especially kaki korea or kaki travel or kaki suka makanan lah ). Banana uyu nama diberi atau banana milk atau susu pisang ahhh . Satu je nak habaq mai.

SEDAP !
GILER !

Okay kira dua perkataan la pulak. Yes korang yessss....sedap sangat. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan merasa susu pisang ni nyum sangat.

Yang dalam gambo ni susu melon... so melon uyu lah nama dia.. tapi tula da jadi cam maggi lak. Banana uyu gak kebanyakan orang panggil even perisa lain. Sebijik kes maggi la ni. Maggi cintan, maggi sedap...padahal maggi is maggi, cintan is cinta. Eh merapu lak sawwry.


Ha da baca kan merapu sinun... tapi yes dalam gambo tu susu perisa melon. Pada saya tak jauh mana ah rasanya ngan banana uyu. Jap kasi saya godek gambo banana uyu. *shuuuungggg*

HAAAA YANG TU SUSU PISANG... BANANA UYU!! 


haaaa yang ni... adoi lah



Sesungguhnya sedap.
Camne eh nak describe.... dia macam ni la. Susu. If korang semua penggemar susu maka memang sedaplah benda ni. Serius cakap ah. Tapi kalau korang alergik susu or takleh blah, mungkin akan timbul masalah sikit bila minum. Percayalah cakap saya, kenyang wo sebotol ni. Siyes cakap. So antara tips jimat is beli susu banana ni dan makanlah roti skit ke biskut skit ke korang nescaya akan sendawa tahap mega. Unless korang jenis takde nasi pengsan koma. Ahaha.. alaaa da alang2 travel negara orang trylah.

Atau kalau ada kengkawan yang beli, rasa la setitik dua. Ni antara simbolik sesiapa yang melawat Korea tau. Mostly traveller, tourist , backpacker, pelawat dan segala pelancong suka amik gamba banana uyu ni. Simbolik kan. 

So leh bayang lah nape saya banyak gamba banana uyu. Ni baru post skit je. Ahahaha... kang penuh sepenuhnya lak banan uyu korang jeluih nak nengok.

Yang mana tak de rezeki lagi ( but insyaAllah someday pasti korang dapat pergi punye ), anda boleh dapatkan dikedai kedai Malaysia. Tudia cam iklan mende je. Korang boleh dapatkan di beberapa kedai. Yang saya tahu antaranya di Damansara tu area Solaris tu kan. Korean town gak kan...usually memana korean town akan ada kedai runcit korea. 

GRAB AHHHH!

Cuma harga dia tu.... senyum dan istighfar lah ye. Bese ah benda import. 
Tapi saya dengar aritu ada pengusaha lokal buat banana uyu Malaysia. Saya akan cuba dapatkan info and kalau pengusaha tu terbaca, meh la emel saya. Anytime boleh review kan. Support lokal product katanya kan :D


Next time saya akan celoteh lagi tips cari banan uyu murah ke ape ke....

Jumpa lagi. 

Assalamualaikum~πŸ‘„


Friday, 8 September 2017

Kelebihan Minum Air Masak

Kelebihan Minum Air Masak & Waktu Terbaik Untuk Minum

Kali ni nak mengupas khasiat air masak. Jika waktu panas yang terik dan diberi pilihan antara ais kosong dan air masak, mana yang jadi pilihan anda? Nyamannya minuman berais kan?Minuman berais memang sedap diminum tapi sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan. Tapi ramai je orang minum. Biasalah, yang terlarang itu godaan.

75% badan kita terdiri daripada air. Dalam melakukan aktiviti harian sama ada bekerja atau duduk rehat saja, badan kita akan kehilangan air. Paling banyak daripada sistem perkumuhan. Bayangkan kalau kita lepak kat rumah dalam aircond asyik nak kencing walaupun kita kurang minum air. Walaupun tidak melakukan aktiviti lasak, kita memang digalaklan minum air yang banyak..

πŸ‘ Kuruskan badan

Air masak tidak mempunyai kalori tapi mampu membuatkan rasa kenyang. Jadi jika anda sedang berdiet memang sesuai banyakkan minum air masak, terutama diantara waktu makan berat. Air masak juga sangat berguna untuk menyah toksin dalam badan, jadi lemak-lemak degil turut dibuang dari badan kita.
Tambahan pula proses metabolisme memerlukan air, jadi kalau kurang air kurang berkesan la proses itu.

πŸ‘ Meningkatkan kesuburan

Mesti ramai yang tak tahu kan?Air menjadi asas pembentukan hormon kesuburan lelaki dan wanita. Iaitu hormon testosteron dan estrogen.

πŸ‘Melancarkan sistem pencernaan

Makin banyak air yang diminum, najis pon akan menjadi lebih lembut kerana semasa proses pembentukan najis, badan akan menyerap air. Jika air dalam badan sudah mencukupi, maka lebih banyak air dibuang bersama najis.

πŸ‘ Melambatkan proses pertumbuhan sel yang menyebabkan kanser

Air masak bukan sahaja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

πŸ‘ Kecantikan

Air yang mencukupi menjadikan kulit lebih anjal dan lembap. Kalau tak cukup air, kulit akan jadi kering dan berkedut. Kan tak cantik tu?
Disebabkan kebolehan menyingkirkan toksin, jadi toksin pengakibat jerawat akan berkurang. Kesannya muka pun bebas jerawat.

πŸ‘ Mencegah sakit jantung & Strok

Air masak ni juga diyakini dapat mencegah penyakit jantung dan strok. Tapi kalau orang yang sudah ada sakit jantung mungkin perlu kurangkan air kalau tak jadi paru-paru berair pula

Namun ada waktu tertentu yang memberi kesan tertentu apabila kita minum air. Iaitu :

1. Minum 2 gelas air masak SELEPAS BANGUN TIDUR- untuk mengaktifkan organ dalaman.

2. Minum segelas air masak 30 MINIT SEBELUM MAKAN – membantu penghadaman dan membuat perut lebih bersedia memberi ruang kepada makanan.

3. Minum segelas air masak SEBELUM MANDI – untuk pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

4. Minum segelas air masak SEBELUM TIDUR – untuk mengelakkan strok dan terkena sakit jantung ketika tidur.


Credits to : @infokesihatan

Wednesday, 6 September 2017

Langkah mudah mendaftar Maybank2u

"9 LANGKAH #MUDAH DAFTAR #ONLINE BANKING #MAYBANK2U"
.
Kan seronok kalau tak kena beratur panjang mcm ni. Asal nak bank in duit je... beratur mcm ulat gonggok.
.
Pagi-pagi bukak handphone, sambil hirup nescafe. Scroll igshop, nak shopping barang raya haji, pilih barang. terus zuuuupppp. Buat payment. Tak perlu terkejar-kejar nak pergi bank.
.
Yela igshop ni sadis jugak kadang2. Promo sekejap je. Kadang2 sampai terlepas offer sebab xde masa nak pergi bank in.
Tak pe. Saya ajar step by step utk setup online banking dgn MBB.
.
1. Pergi mesin ATM Maybank ! Cucuk card , pilih bahasa.
2. Masukkan no pin korg.
3.Pilih Maybank2u/Phone Banking
4.Pilih Kemaskini telephone bimbit . Key in no phone yg korg pakai sekarang.
.
Dah succesfull boleh bukak smartphone korg yg canggih manggih tu.
.
5. Pergi ke http://www.maybank2u.com.my/ dan click "Register Now"
6.Ok sekarang ambik kad maybank korg, bahagian atas tu masukkan no card anda. Bahagian bawah masukkan 6 digit pin ATM korg.
7. Dekat sini mcm biasa, masukkan username dgn password yg korang nak guna utk login. Masukkan email incase lupa password. Lepas tu click "Request TAC" . Check phone korang dapat tak 6 digit no TAC dari Maybank. Masukkan 6 digit tu kat situ. Then proceed.
8. Nanti dia suruh jawab 3 soalan , boleh pilih soalan yg korng nak jawab. Dan makesure ingat jawapan bg setiap soalan. Yg ni berguna bila kita lupa password & kadang2 tnya bila kita buat instant transfer lain2 bank.
9. Done settle. Try login. Boleh ?

Easy kan.

Kredit to : @nurulshafinaz / Nurul Shafinaz Abdullah
=======

Susah nak upload picture

Salam alayk everyone...

Salam alayk kakros, mak enon, pak atan dan sekalian alam...mir mira in da housee. hHaha over tahap ape ntah.

Saya kan ada kemusykilan lah nak tanya. Saiapa kat sini yang biasa update Blog guna phone. Korang ada masalah tak? I mean masalah nak upload gambar. Saya selalu keluar benda tu yang tulis server rejected apa semua so failed to upload.

Whutttt.


Sedih ahh...skali skala nak hias gak gamba ke ape ke kat entri. Leh cover skit celoteh sebelum masuk fasa kedongdong membosankan. Or sejenis phone Xiaomi je cenggini? sekali sekala lemau nak bukak laptop sbb gamba mostly memang datang dari dalam phone kan.

Oh ye...Salam Rabu gais.
Makan apa arini? Masak apa arini?
Saya cambiasa mereput osteoporosis di rumah tercinta Kuantan. alhamdulillah cuaca tak la berapa panas today. Hopefully lah kan tak panas. Kang jadi ku sangka tak panas sampai kepetang, rupanya membara sampai kering. Eh..

Saya terbaca dulu zaman sekolah yang Melaka adalah negeri paling panas di Malaysia. Sapa orang Melaka meh challenge orang Kuantan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Panas wehhhhhh... kulit kepala meroyan perpeluhan.


Ok kita jumpe lagi later...  nak kesat peluh muehehehehehe.




Assalamualaikum.

Pisang goreng

Pisang goreng.

Walaupun baru tadi makan dengan abah dan mak pisang tanduk goreng sambal kicap sos....fuh. Tapi dua jam kemudian saya rindu semula nak makan.

Ni kes apa tah.

Seronok tau makan makan dengan mak abah.... dok dengar dorang berleter itu satu rahmat. Dengar mereka membebel itu satu kecomelan yang tak terkira. Well of course time korang tengah dengar tu birat bebenor rasa tapi percayalah.... setiap saat dengan ibu bapa tidak ternilai tau harganya.

Abaha saya jenis diam. Kat umah garang....selalu gak marah itu ini. Time saya kecik abah lah selalu sangat simbah dengan air dalam akuarium yang penuh taik ikan ya ampun sila bayangkan wehhhh... seriusly sangat la teringat bau air ikan tu jatuh melurut disetiap helai rambut. Alasan? sebab saya jawab soalan matematik salah. Haha...time tu saya baru berumur 9 tahun mungkin. Tak ingat dah. Abah bab bab belajor ni memang garang wei tak tipu. Tapi teringat lagi time kokurikulum sabtu , abah selalu anta saya kesekolah naik motor terkedek kedek.
Rindunya kenangan. Sambil makan goreng pisang tadi pun abah bebel itu ini...tapi makin dewasa ni rasa abah comel sangat abah kunyah kunyah... alahai. Semoga Allah bagi pinjam abah lebih lama...nak balas jasa abah. Nak bawa abah jenjalan ke Saigon lagi shopping.

Mak pun tak kurang...lagi lah cutenya.. tak kalah lawan bebel ngan abah. Teringat lagi mak punya nangis first time saya bawak travel ke Saigon dengan abah sebab susah nak makan nasi. Allah...Allah...Allah. Semoga saya dapat beri mak peluang travel repeat Saigon dan juga Bandung dan memana lagi oversea. Nak chop lagi passport mak. Nak bawak mak abah travel... umrah....jalan jalan.

Dah banyak sacrifice mereka sejak kecil. Hidup susah. Makan bercatu. Tak mampu kemana mana hanya ke mall itupun cuci mata. Syukur, Allah masih kurnia rezeki keluarga iaitu each other presence.


Eh... ni entry pasal pisang goreng kan.?

Assalamualaikum.

Impian bercuti di Korea

Korea.

Rasanya ramai sangat antara kita yang suka bebenor dengan Korea. Tak kisahlah sebab terjebak drama ke, Running Man ke atau pape lah.. Lagu idol idol dorang pun boleh tahan. Bila dah suka level tangkap cintan tu, mulalah pasang angan angan mat jenin kak ipah kak rosa pak atan mak enon untuk memijak kaki disana, bergulig disana, menari nari disana, melompat riang disana, bergamba sakan mengalahkan photoshoot level infiniti model hijibista ( eh? teringin ya )...

Seriously korang....trust me saya pun begitu juga. Dulu dulu time saya belajar dan of course lah sengkek dan of course jugak lah rasa cam samar samar je impian nak jejak kaki kesana. Sangatlah samar sebab cam how on earth wei nak gi sana dengan jarak berbatu baru rentas negara laut apa semua. Tiket kapal terbang tu sangatlah mahal cam letak leher kat papan pemotong daging tu. Over lak.


Tapi sehingga kini... Alhamdulillah berjaya capai malah lebih dari tiga kali saya jejak kaki kesana. Saya cuma nak kongsi cara yang saya yakin insyaAllah boleh jadi pemangkin korang if berangan and berhajat nak gi sana. Pedulikan mulut sumbing jahat yang kondem cakap :

"Eceh skit skit Korea..."

"Plastik ..."

"Nak operate muka letew"

"Berangan sangat cari pakwe korea depa pandang korang cam bangla.."


Sadis kan mentaliti? Percayalah saya hadap byk kali dah mulut tungking camni. Jujur cakap pertama kali saya berhajat untuk kesana memang sebab pengaruh kpop idol drama bagai tapi sebaik saja saya jejak kaki di airport ( time tu winter season ujung january ) , saya jatuh cinta.

No bukan tetibe ada oppa kacak lalu depan mata slow motion masuk background music lovey dovey apa semua. No...kat airport kot. Kat aircraft bridge lagi kau rase.... Hahaha.  Sebaik saja langkah keluar tu Ya Allah angin dingin terus buat nafas saya berasap. JAKUN YA ALLAH... anak pakcik Othman ni jakun tahap melampau. Melampau sampai dok hu ha hu ha sedut hembus nafas. Oh lupa cakap time tu saya gi sorang je so takleh la nak jakunzi dengan kengkawan. Nanti next post saya cite pasal solo trip saya orait. Ni Mukadimah jaa.

Melalut dah saya ni. Baiklah sahabat sekalian, antara benda yang saya buat adalah panjatkan doa dan tulis pasal Korea pastu tepek kat dinding bilik. Setiap hari tengok sampai takdak feel dah...tapi benda tu main je kat kepala. Sambil tu doa lah bebanyak. Allah pasti jawab dan kutip doa hambanya. Sedar tak sedar, saya akhirnya pijak bumi sonata bebetul dimusim salju. Haaaa kan. Kuasa Allah sangatlah penuh dengan kasih sayang dan cinta.

Serius cakap saya pergi Korean Tourism Organization kat KL tu pastu amek dia punya brochure gak . Yang tu pun saya tampal. Yang gamba winter lak tu. Saya nak tunjuk gamba tapi sayangnya bilik dah renovate saya nak tampal new stuff lagi... Nanti saya share new wishlist wall. Tapi sebenarnya benda ni antara kita dan Allah... No need heboh pun. Yang penah nampak wishlist wall saya pun bestfriend saya sebab dia tido umah saya lama.... Dia tegur gak.

Nice tak.

Mungkin ini antara skill Law of attraction yang saya tak sedar saya buat dan Allah izinkan mimpi jadi nyata.

Takdak apa mustahil weh. So korang ape lg... Pi beli manila kad, post note dan marker. Tulis besar jelas nak pi mana apa semua. London ka Osaka ka memana ja buleh takdak masalah... Saya tulis Korea Jepun dan German and magically atas izin Allah semua tu dapat pergi...dan saya hanyalah pekerja level bawahan gaji sangat kecil so menabung tu memang gigil lah kan tapi alaaaa tolak tepi. Usaha tangga kejayaan.

model Safiya Illani sedang syok sendiri 😝



Sapa nak pi Korea angkat tangan!!
Nak tanya pape tips pun angkat lah tangan!!!

Saya akan tulis entry korea trip saya soon... Tunggu ya.
Lebiu~


Assalamualaikum.

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...