Sunday 22 September 2019

Fulltime blogger dan pilot to be

Lately banyak bertanya diri sendiri.

Kau nak apa sebenarnya?
Kau nak jadi apa?
Kau nak kerja makan gaji ke?
Kau nak kerja sendiri ke?
Takkan kau nak dok saja...


Jauh menungnya



Tanya punya tanya....akhirnya saya juga jawab dekat diri sendiri.

Apa Allah bagi, aku terima.
Apa Allah lorongkan, aku redha.
Apa Allah kurnia, aku syukur.
Apa Allah izinkan, itulah yang sebaiknya.

Cita cita?
Masih lagi juruterbang dan penulis itu yang keduanya. Cita cita tu takkan pernah padam walau apa pun...selagi nyawa dikandung badan. Allah ada. Allah dengar. Allah pernah lorongkan dijalan untuk jadi pilot tapi Allah sekat semula cuma semangat tu tetap ada. Ada lah tu yang Allah nak halang dari timpa saya.

With pilot Iqhwan dan Che An


Bersangka baik. Bersangka baik. Bersangka baik.

Justeru sebab tu lah tak boleh givup. Taknak.

Penulisan juga minat saya dan mungkin kelebihan saya bak kata besfren saya si Jojoe....so why not use it. I need to earn money.



Moga Allah permudah. Sedangkan Kapten Karlene ( pilot USA ) tu adalah seorang nenek, juga seorang pilot dan pengajar dan penulis untuk banyak buku....so apa kurangnya saya untuk berjaya macam dia?



Kerana itu juga saya tak pernah jemu sebut diri saya pilot to be, sebab itu adalah doa saya untuk saya.


Ganbatte.

4 comments:

  1. wow. bakal pilot. good luck, mira.
    masa depan, kita yg lakar dari sekarang.
    mula.
    bermula lah...
    tiap satu tu mesti ada mulanya.
    istiqomah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah awak...terima kasih sgt diatas sokongan dan doa. InsyaAllah Allah pasti dah susun sebaiknya. Tinggankita nk usaha

      Delete
  2. kata-kata kita secara tak langsung menjadi doa. Semoga dipermudahkan untuk mencapai cita-cita sebagai pilot :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur... Terima kasih atas kata kata itu 😍😘

      Delete

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...