Wednesday, 11 October 2017

Alkisah online shopping

Salam alayk,,,

Hai semua. Apa khabar, bertemu kita dientri kali ni. Sekarang sudah jam 2:42pm. Kat TV3 tu ada citer 'Diari Cinta Kita'. Alaaa yang si Ayu Raudhah dan Tasha Shilla berlakon sama tu. Saje kill time sambil-sambil tunggu kot ada posmen hantar barang yang ditempah online.

Sebenarnya harini dah masuk 5 hari since saya buat pembayaran untuk belian tudung. Apa jenama dia, saya rahsiakan dahulu sebab saya masih bersangka baik lagi ni even hati dah mula panas. Yelah, mula dulu alasannya phone whatsapp rosak. Kalau setakat balas lewat saya redha lagi sebab kita faham setiap orang ada situasinya.

Saya pun ada la membebel dekat Jojoe dan Aten my closed bff....Jojoe ni business woman so dia kasi opinion dia. Katanya mungkin seller ni sekadar dropship so dia tersepit if real seller lambat apa semua. Maybelah sebab I know that tudung punya HQ... Silap sengalnya is saya tidak order direct kt HQ. Hmm...benda dah jadi.

Cara jawab seller tu bagi saya dengan jawapan bertukar, ayat tak consistent pastu emoji kemain bagai... Ler. Kite sini da abes stress kot dia leh wat emoji 😂 camtu. Tak bagi solution apa semua.

If tak boleh pos, cakap je...terus terang. Jangan bagi fake hope pastu 😂 kan orang. Sebab elok elok saya jenis lek lek lelama panas gak sebab mak saya ulang tanya soalan mana tudung tu. Not good lah camni.

If dia keep it up dengan customer at least kami buyer ni akan rasa tenang. Tak kisah lah berapa jumlah beli tu tapi seringgit pun bukan senang nak dapat.

Saya kecewa sebab ini melibatkan barang mak saye 😭

Semoga semua online seller, janganlah camni. Merosakkan imej seller lain plis.


Yang kecewa,
Mir Mira

Monday, 9 October 2017

Jentikkan Allah

salam alayk

Sebenarnya ni dah kire nak tido dah. Tapi sempat ye sempat ye. 😂



Saje nak berbicara sikit soal takdir, ketentuan. Mesti setiap kita ada target, gol atau harapan yang dicapai. Tapi tak semua akan tergapai dek tangan kita. Apa kalian rasa lepas tu?

Give up kan? biasanya tu benda pertama yang akan setiap manusia lalui. Cuma bezanya ada yang akan terus terbuai dengan perasaan putus asa, ada yang akan bangkit dan atasi.

Iblis memang dah berjanji akam sesatkan umat manusia sehingga kiamat maka diberi kita rasa yang tak enak tu.

Give up.
Persoal takdir Allah.
Tidak yakin dengan Allah.

Fuh bertepuk sakan la iblis tengok manusia kalah dengan perasaan sendiri. Cuba bayangkan sahabat nabi,hatta nabi di zaman kebangkitan mereka. Betapa setiap sirah dan kisah yang kita baca menggambarkan seksanya mereka untuk bertabah demi Allah. Demi islam, demi syuga.

Beza pula kita. Baru hilang kerja rasa dunia berakhir. Baru hilang pasangan rasa tak diri tak guna. Eh cam terbalik lak....takpelah sama je. Baru luka cedera sikit dah mengeluh panjang.

Kawan,
kita baru kene jentik sikit je.
Sebab Allah sayang.

Maka bersyukurlah kerana Allah sayang.

Friday, 6 October 2017

Ada apa dengan Jeju

Salam alayk...
Selamat hari Sabtu everybodeeeeh

Hi salam sejahtera. Yang baca takat ayat ni, saya ucapkan terima kasih sebab baca....dan silalah teruskan membaca eheh.

Saya dapat tahu start lusa penerbangan ke jeju direct akan bermula oleh Airasia X....wah wah wah wah wahhhhh... best kan?

comel jelepuk kecik je pulaunye


Saya tahu ramai kalangan kita yang nak sesangat fly kesana. Jeju ni dah la diiktiraf sebagai one of 7 wonders of the world. Plus, scenery dia untuk yang bukan kaki scenery sangat macam saya pun begitu lah mengujakan apatah lagi lah kalau jenis osem dalam menghayati scenery. Cam korang lah.;)



Saya sering berkongsi citer dengan rakan rakan kaki travel yang ada a few of them dah pijak ke Jeju... saya pula? walaupun dah berkali kali pergi Korea tapi memang Seoul je tempat dituju. Banyak sebabnya..

First, saya memang kaki city...suka tengok building dan teknologi. Even bukan shopping sangat. And saya suka makan...and makan dan terus makan. Seoul ni offer street food punya kemeriahan tiada tolok bandingan kau hado. Jeju mungkin itu bukan kemeriahan yang ditawarkan tapi cantik tahap mega yak lah pulak scenery.

Second... flight KUL-ICN memungkinkan saya landing Incheon and berdezup ke Seoul je berbanding sebelum ni kene landing Busan kalau nak dekat sikit ke jeju or landing je Incheon pastu transit lah naik Jeju Air ke Jin Air ke....fuh.



Sekarang senang dah kan? Now everyone can fly kan kekdahnye. Thank you atas kemudahan. So tak perlu transit bagai dah gaisss.... silakan 💁


Antara perkara best yang saya kira boleh dilakukan dan keistimewaan Jeju adalah :

1. Hallabong.
Sejenis limau mandarin yang sangat istimewa dan sedap giler...saya penah try waktu pergi Seoul.
Kalau korang peminat drama Korea pastu tengok citer My Girl... bukan Oh My Girl ye tapi My Girl yang Kim Daehee dan Lee Dongwook berlakon skali Junki tu... haaa...dalam cite tu banyak tonjol Jeju island.

Ada babak girl tu dok selambar mak enon hijack kebun hallabong orang. Comel je kebun hallabong tu.

Dapnyaaa..


Bolehlah korang majukan diri melawat sini tapi maaf tau info saya kurang pasti sebab saya belum pernah sampai lagi.


2. Hallasan
Sejenis gunung berapi punya tempat...lawa sangat SUBHANALLAH... ye memang ni antara kefamesan dan keindahab Jeju yang selalu disogok sogok oleh Unesco , Korean Tourism dan ramai lagi lah..



Cantik kan....seperti juga Hallabong, Hallasan pun Unesco protection sebab apa yang ada disekitarnya..memang cantik. Dengan jaraknya 1950 dari paras laut,Jeju sememangnye cantik sangat.  Silalah pergi and photoshoot bagai nak rak. Confirm lawa.


3. Haenyo ( mermaid of Jeju )
Okay ni bukan mermaid cam Ariel dalam Disney tu tau. Ni penyelam wanita Jeju yang memang dah jadi culture situ. Wanita wanita tu pula pangkat nenek pun ramai ok betapa gagahnya mereka membelah lautan demi mencari hasil laut.

Jeju mermaid...

Haenyo ni dah jadi antara salah satu punca fames Jeju juga sebab kat Seoul takde makna korang nak nampak ajumma dan halmeoni power cenggini serius ahhh.... Gigih sangat bukan senang ok tahan nafas apa semua...dan muka masih ada sinyum. hukkk...salute !!!

4. Pepantai nan indah...
Ahaaa berlarian di persisir pantai lah sesiapa yang honeymoon kat situ dengan pasangan masing2. Yang takde pasangan boleh je berlari bakar kalori.

Jeju ni banyak naw naw pantai tak padan kecik. Dah nama pun pulau sah sah la dikelilinhi laut ye tak.  Antara pantai yang selalu meniti bibir pelancong adalah Gwakji beach, Hyeopjae beach,Hamdeok beach, Jungmun beach dan sebagainya...banyak lagi tau leh pengsan nak senarai. Pendek kata semua lah cantik.

5. Pemandangan.
Yes ini paling win...ceceruk mana korang gi boleh dikatakan akan menjadikan korang ratu selfie dan photographer instant. Memang lawa...dia ada walking path yang lawa bebenor dipanggil Olle walking.


olle trail

Kat sini sesiapa yang rasa tak larat tu ( seperti saya lah tu tau dah ) bolehlah muhasabah diri sebab Sedangkan di Seoul pun atuk nenek kemain laju panjat tangga apatah lagi disini kan. Orang Korea ni satu bagusnya memang aktif tak kira lah umur. Takde nye lemau cam saya yang masih la kire muda eh eh.


So tu antaranya je tau banyak lagi cuma saja nak kasi surprise takmo wat banyak....plus saya belum lagi sampai so nanti insyaAllah bila saya sampai , entri meroyan saya akan jadi sangat panjang. Jangan pengsan lak.

Semua gamba atas tu ihsan google je. ehehe hwhehe.

Thank you google.


Jumpa lagi dan thank you sebab baca. ♥

Wednesday, 4 October 2017

Pasar malam punya obsession

Salam alayk...

Harini hari rabu. Patutnya ada pasar malam kat area Balok. Pasar malam Balok.
Saya kalau bab pasar malam ya Allah suke bebenor gayenye.

Ada duit ke takde duit ke suka tu tak hingat punya tahap lah. Cuma bila kurang sikit tu sendu sikitlah bunyi nafas. Ahahah.

Saya kalau bila mana dok balik Kuantan saya cukup suka pasar Malam isnin di area Balok Makmur. Lepas tu pasar malam jumaat kat Balok Perdana tapi tu kecil je skala. Yang isnin tu besar.

Tapi kan sejak baru baru ni baru tahu ada pasar malam ahad di Taman Gelora. Best giler jugak. Range macam ala ala pasar malam isnin je tapi seller banyak yang different. Situ selalunya port untuk jogging dan exercise tapi kalau ahad boleh iktiraf sebagai hari buang kalori tambah kalori lah. Ahahah.

Kat pasar malam Taman Gelora tu, saya cam suka sangat ada juai kuih peneram tu. Lazat tak terkata. Pastu kalau mak pulak suka kuih talam ubi. Mak kalau ubi kayu buat la masak apa pun dia suka woh. Kat akak kuih talam tu, ada jugak wajik. Sedapnye lahai.

Pastu aritu ada teh beng siam sedap tapi kadang takde. Selalu hampa tau... Ahaha. Oh ye lately selalu nampak booth sup siam. Nak tanya la sup siam tu apa? 😌😌😌😌🤔

Hm.

Ni mengkala menaip entri ni kepala dok terbayang bayang dah pasar malam pastu perot dok krohhhh krohhh beria ahaha. Tak semenggah skit anak dara ni. Sory

Nunaitttttt.

[ REVIEW ] Preciouslily by Noor ... Diamond collection

Salam alayk..

Dulu mak dan adik perempuan saya selalu cakp pasal tudung instant. Mereka ada beberapa koleksi. Adik paling bongsu pun sama. Tu belum lagi kawan sekeliling saya.

Best kita dok Malaysia ni tudung saje pun dah terlampau banyak variety. Yang bawal lah, ruffles lah, shawl lah, instant sarung lah dan latest craze sekarang 'instant shawl'.

Instant Shawl ni mixture of shawl yang diinstant kan sebab  perempuan like us mesti faham dah shawl ni bukan selalu senang nak pakai even kadang lilit....salah lilit rosak mood seharian. Ahah.
Saya bersyukur diberi kesempatan untuk mencuba instant shawl baru dari PRECIOUS BOUTIQUE iaitu Preciouslilybynoor .


Omeyyyy....



First impression.
Satu perkara yang menggambarkan nya. CANTIK!!

Label tu kukuh dan memang menyerlah.
Orang memang dok terpandang je. Lawa.


Saya berpeluang cuba warna navy blue. Sangat cantik warna ni. Terang tapi tak sparkling sangat. Memang cantik sebab saya bukan penggemar biru tapi lawanye lahai.

Elok terletak bila dipin bahu untuk kasi tidak terlalu labuh.


Elok terletak, jahitan kemas dan material tak ringan tak terlalu berat. Tengok lah jatuh elok kain tu atas badan. Lepas tu kita boleh gayakan ikut cara kita. Macam saya suka labuh, maka saya labuhkan. Rakan saya yang cuba tudung ni pula suka singkat sikit, dia pin je di bahu. Terus senang.

Pakai tudung ni masa nak pergi kenduri yang jaraknya sangat jauh maka memang tetido terlelap tersandar dalam kereta. Tapi elok je tudung. Selalu kalau shawl yang lilit manual tu siap ler cam kene kejar lembu dia punya herot berot.

Time ni dah lewat petang, on the way pulang dari kenduri. Jauh perjalanan tu.


Kita sekarang suka sesuatu yang simple mudah cepat. Preciouslily memang nice nice kalau nak sesuatu yang senang diurus. Nak bawa pergi kenduri ke, jalan jalan di mall ke, bercuti ke or travel jauh memang sesuai. Saya sendiri dah mula merancang nak letak shawl ni dalam beg untuk honeymoon soon. Travel sana sini lah nanti iols bersama preciouslilybynoor ....tunggu ye entri tu 😏



Banyak lagi warna yang dikeluarkan selain navy blue dan dusty pink. Ada variety pink dan blue dan lain lain lagi so korang boleh ushar dan jenguk website official Precious boutique. Nanti kot ada yang terjatuh hati, boleh terus beli online tau. Best kan? senang je bila teknologi di hujung jari.



Seharian saya cuba dan seharian rakan saya cuba. Kekonon nak buat sisterhood of travelling instant shawl katanya 💁. Kami berdua ni memang bukan pemakai instant dan ni first time untuk both of us.

Prof Zila ni kaki shawl lilit keknis.
Saya pula jenis kaki tudung bawal dak skolah. Tapi sepanjang pakai preciouslily ni kami cam da ada sikit la rasa terpengaruh nak beli yang kaler lain pulak.

Prof Zila tu lagi la jenis banyak songeh kau rase 😏💁....tapi dia suka..Saya suka sebab boleh labuh. Ehehe....selalu nengok orang lain pakai kemain singkat tenenet tenenet je.

Kemas kan?


Kalau korang jenis penggemar neelofar punya tudung atau instant shawl atau jenis cam kami tak pernah try instant tapi teringin, boleh cuba. Saya sarankan sebab saya dah cuba.

Boleh rujuk website PRECIOUS BOUTIQUE. Kat situ bukan diamond collectuion ni je ada tapi banyak lagi. Rugi tak cuci mata.

KLIK SINI UNTUK JENGUK BUTIK ONLINE


( disclaimer : saya masih menegaskan bahawa setiap orang ada pelbagai citarasa)

ps : Tak sabar nak try di negara sejuk ketika bercuti nanti. Sedangkan panas senang dihandle, apatah lagi bila sejuk kan. Thank you Puan Noor.


Thank you sebab sudi singgah dan baca.. ;)

Wednesday, 27 September 2017

Oh teluq sutun

Assalamualaikum...

Korang pernah makan telor sotong tak?
Dulu saya tak tau pun benda camni....cam mmg tahu ada telur dalam sotong kekadang tapi tak pernah lak pikir ada yang masak lauk berasaskan telur sotong 100%.

Jakun ubi tau.

NZ curry house punya. 



Ai memang suka telor....telor ayam tucam peberet abes. Telor ikan pun. Now bertambah la. Telor sotong or bahasa sedapnya teloq sutun.

Dap nyeeer.

Dapat lak kawan yang gemar bercerita keenakan teloq sutun ni. Che An, Remy,Faris dan Nuwa...nak dijadikan citer aritu buat trip gila gila iaitu sehari je jenjalan Penang semata cari teloq sutun.

Sampai je Penang terus makan...pastu makan dan terus makan. Best woh.   Nangis lah level metabolisme badan.

Nuwa Remy dan kelapanya...

Aaaummmm...


Sesaja....
Memng terbalik pusat. Kami berlima sumbat satu kancil. Bangladeshi kan stesen Shell pun senyum kesian. Mungkin bukan kesian ke kami tapi kesian ke kereta yang senduu dimamah usia dan dibebani berat badan kami.

Faris memang ada sana dah dia orang Penang...and dia ngah cuti semester. Remy, nuwa, che an dan wife nye si Nuwa, Tiqah sumbat satu kancil.

Pergh.

Kami memang nak cari teloq sutun....tapi tau tak napa takde gamba pun. Yang hat atas tu time kije dulu beli kt NZ curry house.

KAMI GAGAL DAPATKAN TELOQ SUTUN...

Well, kita hanya merancang kan. Nak dijadikan cite dah masuk departure hall si Remy tak puas hati. Dia ajak nuwa cari gak sekitar airport sebab flight kami delay sejam lebih nak ke dua jam..


Ending dia dapat...nasi kandaq teloq sutun bungkus bawak balik makan KL...ada amek gamba tapi lupa mana gamba tu. Sawry..

Skang kalau moyan ngidam takpe kat Quizinn KLIA2 ada.


Teloq sutun.... nakkkk!



Monday, 25 September 2017

Kenapa Korea destinasi pilihan saya? pt.2

Assalamualaikum Semua ♥

Hai hai hai...selamat kembali ke entri penulisan blog oleh saya.  Ini adalah part 2 yang saya buat khas untuk bacaan santai korang. Especially sesiapa yang nak timba ilmu nak pergi Korea atau inspirasi ke apa ke. Saya tahu inspirasi dan mencari semangat tu penting setiap kali nak travel sebab saya sendiri buat camtu.

Sebelum tu, bahagian satu dah ditulis di SINI SINI LAI LAI BACA.BAHAGIAN SATU SINI so ini adalah bahagian kedua proses membebel saya.

Fasten your seatlbelt please ;)


3. Tak habis habis Korea "*tangan didada mata keatas*
Alahai awak awak semua... Manusia ni Allah dah cipta unik dan penuh dengan saraf saraf sel berhubung. Setiap manusia adalah unik dan minat juga mestilah beza. Ni kalau semua suka benda sama tak ke boring dunia yang fana ni?

Korang dah kenapeee....??!!


Saya yakin perasaan suka pada Korea ni Allah yang beri maka saya akan hargai. Tak habis habis Korea? Of course tak kan pernah habis. 😉

3. Bukan seronok pun baik pergi Jepun *mata terbolah*
Ahaaa.... yang ni saya suka. Sebab saya sendiri suka Jepun jugak. Saya dah berjinak (ewah...) dalam dunia kejepunan baik drama muzik apa semua tu sejak dari dulu. Kire cam umur lepas zaman Backstreetboy dan Nsync saya memang mula tersuka tersyok dekat Jepang ni sampai verangan gak lah nak pakwe Jepun (dulu la dulu... )

Ai macam dengar ada awek pau Malaysia seru seru nama ai...



Tudia Hayami Mokomichi kau hado... 😂😂😂👻. Ok berbalik kepada soalan diatas. Saya suka juga Jepun cuma dari segi kos, efektif lagi Korea kot sebab Jepun tersangatlah mahal bagi saya kalau bab transport etc. Tapi sebab Korea pun harga barang on the way naik. Adoilah... apa la nasib tourist cam saya. Nak nak saya ni cheapskate skit. *tanpa rasa bersalah ngaku.

Lain negara lain tarikan,lain feel, lain cara. Satu point Korea saya suka adalah dia punya coffee sangat pelbagai. Merata rata ada coffee house or kalau takde, gi kat kedai serbaneka beli yg bottles atau tin. Mantop kan...

Ai beli banyak kopi cenggini bawak balek Msia pastu sayang nak abiskan. Ahahah


Ikut preference kalian lah... bagi saya dua dua saya suka. Cuma point lebih sikit kat Korea. Dun worry yang tu saya bebel lain kali.


4. Makanan halal susah. Kau takkan makan babi kot?
Kus semangat bila dengar soalan ni. Terkuncup terkembang hidung tak mancung pipi tersorong sorong saya ni. Aduilah sayang sayang sekalin, saya pun muslim. Saya sayang agama saya dan saya ada pegangan bab agama. Takkan lah saya meroyan pergi kat ajumma pasar Namdaemun pastu jerit ;

"Ahjumma... kaki oink oink ikat tepi lebih cili satu!!"

"Ahjussi... kepala oink oink panggang madu tiga empat dan lima payung emas bungkus kedap udara saya nak makan sampai lusa satu!"



Kau agak agak lah kan.

Ni hasil bedah siasat kebab ayam Myeondobg harga 5k won. Saje gatai tangan bukak gulungan tu ....



Dekat Korea tu memang makanan halal tak lah semeriah kalau awak pergi di Qatar ke or mana mana tanah arab yang obviously 99.9% halal. Malaysia masih kire 80% la kan ( pepandai wat percentage sendiri.).

Kimbap ni special. Ada kimbap kosong makan ngan sotong pedas hirup sup sedappp. Leh tapau gak.



Tapi kan Allah bagi akal fikiran dan islam itu memudahkan cara yang sebaiknya dipilih. Bukan saya kata memudahkan tu boleh santap yang terang terang halal. Saya taknak ulas isu lanjut pasal ni sebab sensitif. Serah pada pakar dan satu je nak cakap, Fiqh luar negara ada dibukukan. Rajin rajinlah baca ;)

Soal makanan ni memang luas dan kita umat islam kan nak kene jaga halal haram. Jangan ambil mudah ya. No no No.

Makan kebab di Mr.Kebab Itaewon....dap wo dap dap kambing mbek mbek


Kalau rasa payah dan selalunya yang travel dengan family berbilang umur, saya faham sangat keadaan sukar nak cuba penuhi penilaian piawaian mereka. Tapi Korea ada Itaewon district. Takyah risau. Situ memang pekan islam. Kedai islam banyak, kebab banyak, kedai Indonesia ada juga. Masjid pun ada. Yang nak mIasak sendiri tu bahan mentah boleh didapati disini.  Takyah risau.

Saya pernah bercuti di negara lain seperti Philipines dan China. Percayalah lagi seksa nak makanan halal kat dua negara tu.Korea banyak yang berasaskan vegetarian dan seafood. Streetfood mereka even bukan semua boleh telan tapi banyak yang boleh. Aloh, takat keledek bakar seketul besaq sekali kulit pun kau nak ragu ragu, susah la kan.

Kita ada Ahmad albab...
Korea ada Alchon Albab yang ada 4 level pedas. Menu jimat murah sedap pedas dan ummmphhhh.


Kan saya dah kata... kalau bab makan saya akan ummmmm wow rawrrr ong ong kwekk kwekk a.k.a merapu moyan cam ape je. Putus cinta boleh survive, putus makan camnaaaa 😌 Pastu stress pipi lebih yis. lalala.


5. Bukan depa pandang kau pun yang kau gila depa...
Izinkan hamba tarik nafas lima belas kali dan menyedut kewarasan dengan bantuan oksigen. Kus kus kus...

Ai is kenot lah yu wai wai lah...


Dah sejak bila pulak la kita kene mewajibkan perasaan kita dibalas dengan kadaran yang sama. Kan da guna bahasa tunggang langgang. Hahaha. Dah tu sapa pulak cakap dorang wajib nak pandang kita balik apa semua bagai.

Hey kat Korea ramai je orang suka tengok kita. Saya ada dua kawan yang bila travel Korea dengan mereka, Ya Allah dia punya kene serbu dek makcik pakcik Korea cam nak buat menantu. Saya ada kawan nama Ayu. Cantik hitam manis lawa kurus. Masa kami di Namdaemun , ada lah ahjumma siap nak kenen ayu ngan anak laki dia. Siap tarik tangan anak laki dia time tu dah tersipu dua dua. Saya ada gambar ketika ni tapi maaf tak dapat share sebab faktor tertentu.

Sorang lagi Piqa... hoilahhhh siap memanjang dapat benda free. Ahjumma siap nak peluk2 bagai punya berkenan. Terpampang sinar loving tu tau. Ada ajumma jual ttuigim yang muka ganas tak senyum pun boleh senyum ke Piqa. Fuhhhh penangan.

Ye saya mention yang tua je kan. Yang muda kadang jenis wat tak reti dan adanje yang pandang tapi takut nak dekat. Yelah, dorang cukup risau if kita cakap English. Ahjumma ahjussi dorang jenis tak kisah. Lantak la kita cakap jowo dia cakap korea. Asal ada body language.

Piqa : Kabare 
Ahjumma : Ne jaljinae
Piqa : wes mangan 
Ahjumma : Aniya jigeum babba..

Ha lebih kurang ah.

Best tak?


Okay part 3 akan menyusul next time....wait ya ~

Thank you sudi baca. wasaalam.

Saturday, 23 September 2017

Hari minggu

Assalamualaikum...

Selamat Sunday semua. 🍃
Ape je korang buat nii sekarang?
Selalunya aktiviti ahad korang apa je???
Jenjalan kat mall? tengok tv? try try masak?
Tido? ( hat ni saya paling suka...)
Apapun korang buat...saya ucapkan selamat beristirehat. Ahad is your day kan.

Opps ada je yang bekerja dihari ahad...kepada yang bekerja tu, selamat bekerja tau. Jangan sedih tak dapat cuti weekend. Kekadang lagi syok cuti time weekdays. Trust me.

Tido cam Nukman best nih


Saya sekarang tengah tengok channel AFC. Asian food channel ye bukan asia football club. No no... 😂

Ni ha tengah tengok segment 'Cooking for Love' yang Imran vs Sarah Benjamin tu. Best ahhh nengok dua orang ni lawan lawan food saoa yang akan menang. Dorang kene masak ikot task client pastu ending dia client tu akan pilih food sapa yang terbaik.

Cambese lah kadang Sarah menang kadang Imran menang tetapi dua dua ketul ni mmg best. Sempoi je. Saya memang suka nengok Sarah Benjamin ni. Cara dia makan dia punya hargai food tu very the umpph. .

Oh moving on...
Selalunya weekend ni dibanjiri jemputan kahwin kan. Hahaha.

Ni time one of kawan korea trip saya
si Anem basha berkahwin... di Machang 

Area rumah saya tak dak pulak wedding invitation minggu ni. Kus semangat.... baru verangan nak mam nasi minyak,gulai daging dan ayam merah. Takde rezeki this week. Takpa next week ada.


Korang dah tengok ke movie seram yang baru tajuk IT ?
Saya nak buat entry pasal IT soon.... selain sambung entry Korea tu. Sesi membebel oyehh.



seram tak seram tak... eheheh



Til then...
Jumpa lagi next entry.
Twrima kasih sudi baca.

Kenapa Korea destinasi pilihan saya? pt.1

Assalamualaikum...

"Kenapa Korea?"
"Kau tak bosan ke Korea?"
"Tak habis habis Korea"
"Bukan seronok pun baik gi Jepun"
"Makanan halal susah...kau makan babi ke?"
"Bukan depa pandang kau pun yang kau dok gila depa..."
"Bosan aku manusia suka Korea ni...ptuik.!"
"Menda la kat sana yang kau selalu nak gi"
"Plastik woi..."



Ok.... tu antara soalan soalan pedas berbisa lagi meruntun jiwa saya tatkala mendengarnya. Seringkali soalan camni yang terjah telinga saya, menusuk wo kedalam hati kadang kadang.

Persoalan saya adalah... kenapa teruk sangat judgement tu?

Tak berapa gemar bila orang label kita fanatik lah obses lah gila lah tapi kenang balik hmm orang kita apa je dorang tak hentam dan kecam kan. So... ikutlah korang.

Dalam entri saya kalini, saya akan bebel based on soalan yang saya dapat diatas. Ye tu Bukan rekaan tu memang soalan yang saya dapat. Sakit telinga tapi takpelah, mungkin mereka yang bertanya tu betul betul curious. Entri ni akan panjang lah opkos maka saya kerat kerat ikut part.


View atas Edae dari geng trip April 2014...


Eceh... kot la panjang tetibe acu boleh acu terai.

1. Kenapa Korea? 
Kenapa Korea? Sebab itu antara negara yang saya benar benar nak letak kaki atas permukaan buminya. Saya kira setiap insan ada destinasi kegemaran dan terkadang yang jenis suka travel tu mesti nal datang banyak kali.

Saya ada rakan yang suka sangat Bali dah dekat 6 kali dia pergi dalam masa dua tiga tahun and counting nak pergi lagi banyak kali. Saya ada juga tanya kenapa suka pergi...dan dia jawab sama seperti kenapa saya pergi Korea. Kalau diexplain belum tentu orang faham. Sejak tu saya tolak jauh jauh andaian atau pape pemikiran tak best sebab saya sendiri ada alsan yang tak mampu diterjemah dengan kata kata.

Setiap orang, ada caranya. Ada sebab dan alasannya. Awak siapa hendak judging kan?

Geng Blur and me....saya sekerat terpotong tu. hahaha takpe tak penting.



2. Kau tak bosan ke Korea?
Jawapannya ada dengan tindakan saya. Beruoang kali pergi itu menandakan bahawa saya tidak bosan.

Korea ni negara yang besar. Seoul tu kire cam KL la.... tu pun banyak district yang unik cam Myeondong, Dongdaemun, Namdaemun, Hongdae, Jongno dan sebagainya. Seoul semata tak puas explore, belum lagi Busan ke Gwangju ke Jeju ke. Fuhhhh.

Camne nak bosan kalau minat dan suka kan? Malahan kalau dipermudah dan jenjs banyak duit, setiap bulan pun nak pergi.. ahaha

Susah nak bosan kalau banyak spot nak amek gambar.... dan cantik sangat kalau pandai pilih tempat.

Yeoido park...musim bunga . Sakan memasing......kecuali yg baju merah tu sebab 
sedih internet wifi takde. ahahahahahah

Model Prof Zila dedang membuat
posing Kick Buttowski berlatar belakang
Namsan Tower... over naw.


Model Piqa sedang menghayati 
suasana dalam istana Doksugung 🍃🍃

Trip paling ramai saya pernah guide. 
Time ni posing di Yeoido park. Awal musim spring ~

Okay cukup untuk part ni...
Saya sambung kat part dua nanti ye kawan kawan.

Thank you sangat sebab sudi baca.♥

Friday, 22 September 2017

6 tahun beku!

Assalamualaikum...

6 tahun apa tu?
Gempak kan tajuk. Ahahaha cam nak tulis 6 tahun akaun bank nilai juta lemon je lagaknya. Ahahhahaa...taklah, entri ini adalah tentang penulisan.
Sebagai noob untuk blog, saya amatlah bersyukur setiap hari ada perkara baru saya belajar. Menarik dan mencabar. Makin diexplore, rupanya makin banyak cabang blogging yang bukan sekadar menulis.

Doakan saya kawan kawan. Saya ingin bertatih semula dalam penulisan. Dulu saya banyak berforum untuk bertatih dalam penulisan. Sekarang saya gunakan cabang tambahan untuk berblogging. Semakin lancar penulisan saya, semakin pantas saya akan menyiapkan manuskrip.

6 tahun.

Yes enam tahun gais...
Enam tahun saya stop immediately semua cabang penulisan sampaikan status fb pun kdg sekadar gambar. Tuntutan kerja saya terdahulu yang sangat tough dan very the buruh kasar membantutkan niat menulis saya. Maka karya terakhir saya di dunia penulisan adalah tahun 2011 dimana karya fanfiction saya 'Man In Red' berjaya memenangi readers choice man character untuk soompi year award.

Ye award tapi tak dapat je sebijik kereta ke segunung duit ke. ahahah.. sekadar pengiktirafan dan penghargaan dan sesuatu yang saya takkan lupa sebab calon calon boleh tahan power weiii...

Seronok tau rasa nak ulang zaman fanfic di forum...zaman merapu di thread thread. Alahai zaman muda.

Bila dah kerja, akan masuk satu fasa apa yang kita buat adalah bangun pagi, kerja dan balik, tido. Benda tulah berulang ulang dan terus ulang. Saya semakin meninggalkan dunia penulisan yang sangat sebati dalam jiwa raga bakul troli tesco ni. Ahahah.

Saya baru bermula di blogspot. Semoga saya istiqamah dan terus beroleh ilmu dan perkara baru disamping kawan kawan.

Sebarkan ilmu dan penceritaan santai mungkin boleh melegakan tension orang selain tension si penulis sendiri. Berkongsian tips dan cara mungkin dapat menambah ilmu di dada.

Tiada apa yang rugi bila niat kita betul.
Apa saja hobi kita, buat je. Tak rugi pun...malah lagi bagus dari membuang masa kan.


Sekian, wassalam.


Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...