Wednesday, 27 September 2017

Oh teluq sutun

Assalamualaikum...

Korang pernah makan telor sotong tak?
Dulu saya tak tau pun benda camni....cam mmg tahu ada telur dalam sotong kekadang tapi tak pernah lak pikir ada yang masak lauk berasaskan telur sotong 100%.

Jakun ubi tau.

NZ curry house punya. 



Ai memang suka telor....telor ayam tucam peberet abes. Telor ikan pun. Now bertambah la. Telor sotong or bahasa sedapnya teloq sutun.

Dap nyeeer.

Dapat lak kawan yang gemar bercerita keenakan teloq sutun ni. Che An, Remy,Faris dan Nuwa...nak dijadikan citer aritu buat trip gila gila iaitu sehari je jenjalan Penang semata cari teloq sutun.

Sampai je Penang terus makan...pastu makan dan terus makan. Best woh.   Nangis lah level metabolisme badan.

Nuwa Remy dan kelapanya...

Aaaummmm...


Sesaja....
Memng terbalik pusat. Kami berlima sumbat satu kancil. Bangladeshi kan stesen Shell pun senyum kesian. Mungkin bukan kesian ke kami tapi kesian ke kereta yang senduu dimamah usia dan dibebani berat badan kami.

Faris memang ada sana dah dia orang Penang...and dia ngah cuti semester. Remy, nuwa, che an dan wife nye si Nuwa, Tiqah sumbat satu kancil.

Pergh.

Kami memang nak cari teloq sutun....tapi tau tak napa takde gamba pun. Yang hat atas tu time kije dulu beli kt NZ curry house.

KAMI GAGAL DAPATKAN TELOQ SUTUN...

Well, kita hanya merancang kan. Nak dijadikan cite dah masuk departure hall si Remy tak puas hati. Dia ajak nuwa cari gak sekitar airport sebab flight kami delay sejam lebih nak ke dua jam..


Ending dia dapat...nasi kandaq teloq sutun bungkus bawak balik makan KL...ada amek gamba tapi lupa mana gamba tu. Sawry..

Skang kalau moyan ngidam takpe kat Quizinn KLIA2 ada.


Teloq sutun.... nakkkk!



Monday, 25 September 2017

Kenapa Korea destinasi pilihan saya? pt.2

Assalamualaikum Semua ♥

Hai hai hai...selamat kembali ke entri penulisan blog oleh saya.  Ini adalah part 2 yang saya buat khas untuk bacaan santai korang. Especially sesiapa yang nak timba ilmu nak pergi Korea atau inspirasi ke apa ke. Saya tahu inspirasi dan mencari semangat tu penting setiap kali nak travel sebab saya sendiri buat camtu.

Sebelum tu, bahagian satu dah ditulis di SINI SINI LAI LAI BACA.BAHAGIAN SATU SINI so ini adalah bahagian kedua proses membebel saya.

Fasten your seatlbelt please ;)


3. Tak habis habis Korea "*tangan didada mata keatas*
Alahai awak awak semua... Manusia ni Allah dah cipta unik dan penuh dengan saraf saraf sel berhubung. Setiap manusia adalah unik dan minat juga mestilah beza. Ni kalau semua suka benda sama tak ke boring dunia yang fana ni?

Korang dah kenapeee....??!!


Saya yakin perasaan suka pada Korea ni Allah yang beri maka saya akan hargai. Tak habis habis Korea? Of course tak kan pernah habis. 😉

3. Bukan seronok pun baik pergi Jepun *mata terbolah*
Ahaaa.... yang ni saya suka. Sebab saya sendiri suka Jepun jugak. Saya dah berjinak (ewah...) dalam dunia kejepunan baik drama muzik apa semua tu sejak dari dulu. Kire cam umur lepas zaman Backstreetboy dan Nsync saya memang mula tersuka tersyok dekat Jepang ni sampai verangan gak lah nak pakwe Jepun (dulu la dulu... )

Ai macam dengar ada awek pau Malaysia seru seru nama ai...



Tudia Hayami Mokomichi kau hado... 😂😂😂👻. Ok berbalik kepada soalan diatas. Saya suka juga Jepun cuma dari segi kos, efektif lagi Korea kot sebab Jepun tersangatlah mahal bagi saya kalau bab transport etc. Tapi sebab Korea pun harga barang on the way naik. Adoilah... apa la nasib tourist cam saya. Nak nak saya ni cheapskate skit. *tanpa rasa bersalah ngaku.

Lain negara lain tarikan,lain feel, lain cara. Satu point Korea saya suka adalah dia punya coffee sangat pelbagai. Merata rata ada coffee house or kalau takde, gi kat kedai serbaneka beli yg bottles atau tin. Mantop kan...

Ai beli banyak kopi cenggini bawak balek Msia pastu sayang nak abiskan. Ahahah


Ikut preference kalian lah... bagi saya dua dua saya suka. Cuma point lebih sikit kat Korea. Dun worry yang tu saya bebel lain kali.


4. Makanan halal susah. Kau takkan makan babi kot?
Kus semangat bila dengar soalan ni. Terkuncup terkembang hidung tak mancung pipi tersorong sorong saya ni. Aduilah sayang sayang sekalin, saya pun muslim. Saya sayang agama saya dan saya ada pegangan bab agama. Takkan lah saya meroyan pergi kat ajumma pasar Namdaemun pastu jerit ;

"Ahjumma... kaki oink oink ikat tepi lebih cili satu!!"

"Ahjussi... kepala oink oink panggang madu tiga empat dan lima payung emas bungkus kedap udara saya nak makan sampai lusa satu!"



Kau agak agak lah kan.

Ni hasil bedah siasat kebab ayam Myeondobg harga 5k won. Saje gatai tangan bukak gulungan tu ....



Dekat Korea tu memang makanan halal tak lah semeriah kalau awak pergi di Qatar ke or mana mana tanah arab yang obviously 99.9% halal. Malaysia masih kire 80% la kan ( pepandai wat percentage sendiri.).

Kimbap ni special. Ada kimbap kosong makan ngan sotong pedas hirup sup sedappp. Leh tapau gak.



Tapi kan Allah bagi akal fikiran dan islam itu memudahkan cara yang sebaiknya dipilih. Bukan saya kata memudahkan tu boleh santap yang terang terang halal. Saya taknak ulas isu lanjut pasal ni sebab sensitif. Serah pada pakar dan satu je nak cakap, Fiqh luar negara ada dibukukan. Rajin rajinlah baca ;)

Soal makanan ni memang luas dan kita umat islam kan nak kene jaga halal haram. Jangan ambil mudah ya. No no No.

Makan kebab di Mr.Kebab Itaewon....dap wo dap dap kambing mbek mbek


Kalau rasa payah dan selalunya yang travel dengan family berbilang umur, saya faham sangat keadaan sukar nak cuba penuhi penilaian piawaian mereka. Tapi Korea ada Itaewon district. Takyah risau. Situ memang pekan islam. Kedai islam banyak, kebab banyak, kedai Indonesia ada juga. Masjid pun ada. Yang nak mIasak sendiri tu bahan mentah boleh didapati disini.  Takyah risau.

Saya pernah bercuti di negara lain seperti Philipines dan China. Percayalah lagi seksa nak makanan halal kat dua negara tu.Korea banyak yang berasaskan vegetarian dan seafood. Streetfood mereka even bukan semua boleh telan tapi banyak yang boleh. Aloh, takat keledek bakar seketul besaq sekali kulit pun kau nak ragu ragu, susah la kan.

Kita ada Ahmad albab...
Korea ada Alchon Albab yang ada 4 level pedas. Menu jimat murah sedap pedas dan ummmphhhh.


Kan saya dah kata... kalau bab makan saya akan ummmmm wow rawrrr ong ong kwekk kwekk a.k.a merapu moyan cam ape je. Putus cinta boleh survive, putus makan camnaaaa 😌 Pastu stress pipi lebih yis. lalala.


5. Bukan depa pandang kau pun yang kau gila depa...
Izinkan hamba tarik nafas lima belas kali dan menyedut kewarasan dengan bantuan oksigen. Kus kus kus...

Ai is kenot lah yu wai wai lah...


Dah sejak bila pulak la kita kene mewajibkan perasaan kita dibalas dengan kadaran yang sama. Kan da guna bahasa tunggang langgang. Hahaha. Dah tu sapa pulak cakap dorang wajib nak pandang kita balik apa semua bagai.

Hey kat Korea ramai je orang suka tengok kita. Saya ada dua kawan yang bila travel Korea dengan mereka, Ya Allah dia punya kene serbu dek makcik pakcik Korea cam nak buat menantu. Saya ada kawan nama Ayu. Cantik hitam manis lawa kurus. Masa kami di Namdaemun , ada lah ahjumma siap nak kenen ayu ngan anak laki dia. Siap tarik tangan anak laki dia time tu dah tersipu dua dua. Saya ada gambar ketika ni tapi maaf tak dapat share sebab faktor tertentu.

Sorang lagi Piqa... hoilahhhh siap memanjang dapat benda free. Ahjumma siap nak peluk2 bagai punya berkenan. Terpampang sinar loving tu tau. Ada ajumma jual ttuigim yang muka ganas tak senyum pun boleh senyum ke Piqa. Fuhhhh penangan.

Ye saya mention yang tua je kan. Yang muda kadang jenis wat tak reti dan adanje yang pandang tapi takut nak dekat. Yelah, dorang cukup risau if kita cakap English. Ahjumma ahjussi dorang jenis tak kisah. Lantak la kita cakap jowo dia cakap korea. Asal ada body language.

Piqa : Kabare 
Ahjumma : Ne jaljinae
Piqa : wes mangan 
Ahjumma : Aniya jigeum babba..

Ha lebih kurang ah.

Best tak?


Okay part 3 akan menyusul next time....wait ya ~

Thank you sudi baca. wasaalam.

Saturday, 23 September 2017

Hari minggu

Assalamualaikum...

Selamat Sunday semua. 🍃
Ape je korang buat nii sekarang?
Selalunya aktiviti ahad korang apa je???
Jenjalan kat mall? tengok tv? try try masak?
Tido? ( hat ni saya paling suka...)
Apapun korang buat...saya ucapkan selamat beristirehat. Ahad is your day kan.

Opps ada je yang bekerja dihari ahad...kepada yang bekerja tu, selamat bekerja tau. Jangan sedih tak dapat cuti weekend. Kekadang lagi syok cuti time weekdays. Trust me.

Tido cam Nukman best nih


Saya sekarang tengah tengok channel AFC. Asian food channel ye bukan asia football club. No no... 😂

Ni ha tengah tengok segment 'Cooking for Love' yang Imran vs Sarah Benjamin tu. Best ahhh nengok dua orang ni lawan lawan food saoa yang akan menang. Dorang kene masak ikot task client pastu ending dia client tu akan pilih food sapa yang terbaik.

Cambese lah kadang Sarah menang kadang Imran menang tetapi dua dua ketul ni mmg best. Sempoi je. Saya memang suka nengok Sarah Benjamin ni. Cara dia makan dia punya hargai food tu very the umpph. .

Oh moving on...
Selalunya weekend ni dibanjiri jemputan kahwin kan. Hahaha.

Ni time one of kawan korea trip saya
si Anem basha berkahwin... di Machang 

Area rumah saya tak dak pulak wedding invitation minggu ni. Kus semangat.... baru verangan nak mam nasi minyak,gulai daging dan ayam merah. Takde rezeki this week. Takpa next week ada.


Korang dah tengok ke movie seram yang baru tajuk IT ?
Saya nak buat entry pasal IT soon.... selain sambung entry Korea tu. Sesi membebel oyehh.



seram tak seram tak... eheheh



Til then...
Jumpa lagi next entry.
Twrima kasih sudi baca.

Kenapa Korea destinasi pilihan saya? pt.1

Assalamualaikum...

"Kenapa Korea?"
"Kau tak bosan ke Korea?"
"Tak habis habis Korea"
"Bukan seronok pun baik gi Jepun"
"Makanan halal susah...kau makan babi ke?"
"Bukan depa pandang kau pun yang kau dok gila depa..."
"Bosan aku manusia suka Korea ni...ptuik.!"
"Menda la kat sana yang kau selalu nak gi"
"Plastik woi..."



Ok.... tu antara soalan soalan pedas berbisa lagi meruntun jiwa saya tatkala mendengarnya. Seringkali soalan camni yang terjah telinga saya, menusuk wo kedalam hati kadang kadang.

Persoalan saya adalah... kenapa teruk sangat judgement tu?

Tak berapa gemar bila orang label kita fanatik lah obses lah gila lah tapi kenang balik hmm orang kita apa je dorang tak hentam dan kecam kan. So... ikutlah korang.

Dalam entri saya kalini, saya akan bebel based on soalan yang saya dapat diatas. Ye tu Bukan rekaan tu memang soalan yang saya dapat. Sakit telinga tapi takpelah, mungkin mereka yang bertanya tu betul betul curious. Entri ni akan panjang lah opkos maka saya kerat kerat ikut part.


View atas Edae dari geng trip April 2014...


Eceh... kot la panjang tetibe acu boleh acu terai.

1. Kenapa Korea? 
Kenapa Korea? Sebab itu antara negara yang saya benar benar nak letak kaki atas permukaan buminya. Saya kira setiap insan ada destinasi kegemaran dan terkadang yang jenis suka travel tu mesti nal datang banyak kali.

Saya ada rakan yang suka sangat Bali dah dekat 6 kali dia pergi dalam masa dua tiga tahun and counting nak pergi lagi banyak kali. Saya ada juga tanya kenapa suka pergi...dan dia jawab sama seperti kenapa saya pergi Korea. Kalau diexplain belum tentu orang faham. Sejak tu saya tolak jauh jauh andaian atau pape pemikiran tak best sebab saya sendiri ada alsan yang tak mampu diterjemah dengan kata kata.

Setiap orang, ada caranya. Ada sebab dan alasannya. Awak siapa hendak judging kan?

Geng Blur and me....saya sekerat terpotong tu. hahaha takpe tak penting.



2. Kau tak bosan ke Korea?
Jawapannya ada dengan tindakan saya. Beruoang kali pergi itu menandakan bahawa saya tidak bosan.

Korea ni negara yang besar. Seoul tu kire cam KL la.... tu pun banyak district yang unik cam Myeondong, Dongdaemun, Namdaemun, Hongdae, Jongno dan sebagainya. Seoul semata tak puas explore, belum lagi Busan ke Gwangju ke Jeju ke. Fuhhhh.

Camne nak bosan kalau minat dan suka kan? Malahan kalau dipermudah dan jenjs banyak duit, setiap bulan pun nak pergi.. ahaha

Susah nak bosan kalau banyak spot nak amek gambar.... dan cantik sangat kalau pandai pilih tempat.

Yeoido park...musim bunga . Sakan memasing......kecuali yg baju merah tu sebab 
sedih internet wifi takde. ahahahahahah

Model Prof Zila dedang membuat
posing Kick Buttowski berlatar belakang
Namsan Tower... over naw.


Model Piqa sedang menghayati 
suasana dalam istana Doksugung 🍃🍃

Trip paling ramai saya pernah guide. 
Time ni posing di Yeoido park. Awal musim spring ~

Okay cukup untuk part ni...
Saya sambung kat part dua nanti ye kawan kawan.

Thank you sangat sebab sudi baca.♥

Friday, 22 September 2017

6 tahun beku!

Assalamualaikum...

6 tahun apa tu?
Gempak kan tajuk. Ahahaha cam nak tulis 6 tahun akaun bank nilai juta lemon je lagaknya. Ahahhahaa...taklah, entri ini adalah tentang penulisan.
Sebagai noob untuk blog, saya amatlah bersyukur setiap hari ada perkara baru saya belajar. Menarik dan mencabar. Makin diexplore, rupanya makin banyak cabang blogging yang bukan sekadar menulis.

Doakan saya kawan kawan. Saya ingin bertatih semula dalam penulisan. Dulu saya banyak berforum untuk bertatih dalam penulisan. Sekarang saya gunakan cabang tambahan untuk berblogging. Semakin lancar penulisan saya, semakin pantas saya akan menyiapkan manuskrip.

6 tahun.

Yes enam tahun gais...
Enam tahun saya stop immediately semua cabang penulisan sampaikan status fb pun kdg sekadar gambar. Tuntutan kerja saya terdahulu yang sangat tough dan very the buruh kasar membantutkan niat menulis saya. Maka karya terakhir saya di dunia penulisan adalah tahun 2011 dimana karya fanfiction saya 'Man In Red' berjaya memenangi readers choice man character untuk soompi year award.

Ye award tapi tak dapat je sebijik kereta ke segunung duit ke. ahahah.. sekadar pengiktirafan dan penghargaan dan sesuatu yang saya takkan lupa sebab calon calon boleh tahan power weiii...

Seronok tau rasa nak ulang zaman fanfic di forum...zaman merapu di thread thread. Alahai zaman muda.

Bila dah kerja, akan masuk satu fasa apa yang kita buat adalah bangun pagi, kerja dan balik, tido. Benda tulah berulang ulang dan terus ulang. Saya semakin meninggalkan dunia penulisan yang sangat sebati dalam jiwa raga bakul troli tesco ni. Ahahah.

Saya baru bermula di blogspot. Semoga saya istiqamah dan terus beroleh ilmu dan perkara baru disamping kawan kawan.

Sebarkan ilmu dan penceritaan santai mungkin boleh melegakan tension orang selain tension si penulis sendiri. Berkongsian tips dan cara mungkin dapat menambah ilmu di dada.

Tiada apa yang rugi bila niat kita betul.
Apa saja hobi kita, buat je. Tak rugi pun...malah lagi bagus dari membuang masa kan.


Sekian, wassalam.


Thursday, 21 September 2017

Alkisah spagetti rerambut dewa dewi bersup

Salam alayk

Tengahari jumaat yang permai. Saya baru beberapa jam berjaya menambah lemak lemak dan kalori dengan lunch ala omputeh mix melayu.
Spagetti rambut dewa dengan sup. Oklah nama ringkas, SPAGETTI SUP.

What..... rambut dewa dewi dipotong 
untuk dibuat spagetti? 


Ala ala mihun sup, bihunsup, keuyteow sup. Cumanya awak gantikan mi bagai tu dengan spagetti. Alkisahnya sebenarnya saya baru tau ada spagetti jenih haluih ada jenih tebal. Lohhhh...lambat. Tapi siyes sedap lahhhh. Angel hair tu sebab nipis halus so taklah rasa muak sangat apa semua. Sedap. Makan dengan sup dan taruk cili kicap. Sedap ohhh.

Gambar mana gambar?

Alaaaa...sorry la...sekali lagi abah ada sekali kat meja makan. Jerlus kang muka saya dalam pinggan. Dah la ada sambal kicap cili api. Dasyat woi.

Pastu kan,sambal kicap tu pun maha pedas. Resipi sambal kicap lazat adalah hasil perguruan di atas gunung Bukhansan Korea bersama professor Zila. Haaa jangan memain kawan rapat saya nama dia prof zila yang bukannya seorang prof tau.

So pendek kata...makanan ni adalah anugerah tuhan. Awak nak makan cemana gaya pun silakan. Jangan membazir udah. Kreatifkan je penyediaan makanan. Saya yakin dengan penuh pasti bahawa saya je yang lambat tau spagetti wat ala ala mihun sup also sesedap menjilat ibu jari kaki. Nyamm.

So.. korang camna?
Makan apa tuuuu..


Gula itu....

Assalamualaikum

Selamat bercuti. Hari jumaat yang permai nan indah ni korang cuti ya.... saya hari hari cuti lagilah best. *lempang*
Taklahh... maksud saya, sebab sibongsu lilmons saya gembira dari semalam sebab takyah pergi sekolah harini makanya saya tumpang sekaki.

Pagi ni saya jadi chef untuk keluarga. Masak spagetti carbona cheese menggunakan angel hair punya versi mi spagetti. Hm, terfikir sejenak,tebal bebenor rambut angel hair. Camne nak shampoo? lol...kategori spagetti , angel hair ni palig halus mulus and sedap ah.

Oh gambar takde... sebab masuk perut bertalu talu. Maaf. Saya kalau terlebih amek gambar dan pegang phone depan abah, boleh jadi tetibe kene tunjal kepala dalam pinggan. Ai is takut

Oish....melalut. Saya nak bebel pasal gula sebenarnya. Nak tanya, berapa anggaran  gula korang makan setiap hari? Gula ni dalam banyak benda ada...paling obvious gula putih gula tebu...pastu yang tersembunyi dalam air coke korang tu, kopi oldtown saya tu ( demmm saya nak denial gak ), pastu kat kek lah pastri lah kicap lah sos lah. Gula ada dimana mana...
Dan gula sangatlah tak bagus untuk dimakan terlebih lebih tapi susah nak elak kan....sebab gula itu manis dan semua suka benda manis.

Dulu saya gila gak makan benda manis tapi sejak ada kesedaran nak kurus skit ( masalahnya tak kurus lansung lagi pun ), saya mula perlahan lahan kurangkan gula.

Dulu protest giler kalau mak letak beberapa sudu kecil je gula dalam teh o....tapi sekarang kite sendiri letak lagi sikit dari mak. Hahaha.

Memula susah, tapi now dah jadi okay and takleh blah dengan kemanisan ultra ( ai da cukup manis...lalala ), saya da mula banyak consume air kosong, teh hijau tanpa gula dan kekadang susu... ye susu proses ada gula tapi saya suka susu lalala.

Kek pun da mule jarang.
Air gas kan kalau saya gian sangat saya telan la zero coke and tau dah tak elok gak tapi da nama gian. Kang jadi hulk hogan korang yang takot.

Seperti yang sering dilaung geng geng #medtweetmy division dietietik dan nutritionist especially Dr. Jazlina ...

Kurangkan gula dalam minuman
Lebihkan manis dalam senyuman

Ewah ;) 


Tapi gula (sweet) cenggini boleh lagi..
tak bahaya untuk kesihatan 😂


Susah kan nak mulakan habit sihat?
Tapi untuk kelansungan hidup yang lebih mampan ( ni cikgu bm pasti suka baca ), kita seharusnya ubah. Tak perlu la angkat golek tayar apa semua bagai...cukup dengan sekat gula dalam diri awak. First step itu sudah cukup bagus.

Saya kongsi entri ni sebab saya nak nasihat diri sendiri gak...sila tunjal kepala saya kalau saya dilihat telan separuh paket gula tebu dimana mana. Ok deal?


Hansol suka bila korang setuju..
Dia pun sejenis gula so korang better 
suka dia ja. lalala

Fasa kehidupan

Esok cuti.
Esok sekolah cuti yay.
Tapi....eh, saya da lama tak bersekolah. Dah bertahun tahun kot tinggalkan alam persekolahan.

cenggini senyum bila esok cuti

Dulu dulu bila sekolah, abis counting segala jadual cuti...dan kadang doa cikgu masuk sekolah lambat. ahaha teruk perangai. Adik adik, jangan tiru ya. Kita seharusnya rajin menimba ilmu.

Dah masuk IPTA, pun ulang perangai sama. Kekadang kalau hari yang tak cuto, tunggu mesej group mengatakan lecturer cancel kelas. Yela zaman takde whatsapp lagi. Harapkan mesej dan pesanan mulut ke mulut je. Eh...mulut ke telinga. 🙈...selalunya kalau dapat perkhabaran gembira ni jenuh la sorak sakna dan terjun atas katil ala ala Bryan Nickson Lomas dan buat kuak lentang berenang macam Welson Sim. Again, adik adik student ipta jangan ye tiru yang tak semenggah ni.

Bila dah kerja...pun ada lagi perangai teruk ni... sok kire kire public holiday. Tapi dah kerja,chances cuti tak sepower zaman belajar. Tapi memang setiap minggu isnin je monday blues (...konon)

Now... dah kerja sendiri, work from home...freelance...writer... phew. Kekadang rindu bila perasaan kene heret kaki tu. Paksa diri komited bagai. Sekarang baru belajar gigih organize semua benda sendiri. Malas? makan pasir lah. Rajin? pasti ada hasil. Rajin tapi tak ada hasil lagi? maka teruskan sabar. Allahu, manusia ni mudah goyah. Susah nak bersyukur ya.

Tapi kan...apa saja level saya lalui, mungki. tak terlambat saya nak ucap syukur dan hargai semua perjalanan yang Allah susun. Mana mana stage kehidupan sekalipun, semua dah ditulis rapi Allah.  Berserah je. Tabahkan hati menongkah arus kehidupan.

Kalau boleh diulang masa...
Kalaulah kan...
hmmm.



Tuesday, 19 September 2017

Melazimi syukur

Assalamualaikum...

 Ujian dan kehidupan sememangnya bergerak seiringan. Apa sahaja yang Allah beri hari ini adalah untuk disyukuri. Apa saja yang Allah tarik dari kita juga untuk disyukuri. Besar nilai syukur ni kawan kawan.



Ada masanya kita bersedih, ada masanya kita berduka, ada masanya kita suka dan ada ada masanya kita kecewa ... dan tentulah ada masa kita akan gembira. Tapi dalam apa jua keadaan, jangan lupa panjatkan syukur.

Syukur.
Syukur.
Syukur.

Apakah maksud syukur?

Saya akan menggunakan konteks ayat yang paling mudah dan tidak diberatkan pemahamannya. Syukur itu mudah. Tanda terima kasih kita kepada Allah.

Ya, mudah untuk dilafaz tetapi adakah melaksanakannya juga mudah? Saya kira syaitan akan menjadikan setiap umat islam sebagai umat yang tidak reti bersyukur. Tidak pandai menghargai dan jauh sekali melazimi syukur dalam hidup.

Lawan bagi syukur adalah kufur nikmat dan inilah yang akan seringkali dibolak balikkan dalam hati umat manusia.

Kelebihan bersyukur itu banyak tetapi yang paling saya suka dengar adalah, dengan bersyukur, kita akan sentiasa dilimpahi rezeki Allah. Bersyukur menjadikan kita cukup segala serba serbi. Indah sungguh janji Allah.


Saya juga insan biasa, selalu tersasar dan terjerumus kearah keadaan mengeluh. Allahu... mari kita berusaha bersama sama.
Artikel ini saya tulis untuk menasihati diri saya terutamanya selain berkongsi kata nasihat....agar kita semua jadi yang terbaik.

Kepada diri saya ....bersyukurlah setiap masa.
Kepada diri anda semua....bersyukurlah setiap waktu.

Syukur dan lihat bagaimana Allah melengkapi perjalanan hidup kita.
Alhamdulillah.

Test test

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...