Thursday, 15 September 2022

[ KDRAMA ] Revolutionary sisters

 Salam.


Sebenarnya ni bukan review post patutnya sebab baru tengok dan citer ni ada 50 episode. Husband dan saya cam terkejut cimpanzi lah tengok jumlah episode tapi kitorang layan je slow slow. Best!!! 




Haa ....memula rasa cam aura citer ni best and resemble satu drama lain. Liver or Die. Ohhh hat tu da abis tengok cam belum buat review kan.

Best Revolutionary Sisters ni pasal anak beranak, adik beradik ipar duai biras semua lah. Memang pasal family sangat. Genre family dan slice of life. Sebijik citer Liver Or Die. Yelah penulis sama kan...pelakon pun lebih kurang. 

Citer ni pasal bapak yang dituduh bunuh mak depa on the way nak gi cerai so adik bradik semua pempuan ni merentan dan menuduh. Eh tapi rilek gais , ni bukan thriller. Memang ada kes mati tapi tu punca plot citer ni berkembang. Sabo sabo. 




Huru hara adik beradik dengan masing2 punya life challenge. Yang husband curang, yang adik kaki loser, yang jenis malang tapi responsible. Semua lah ...kisah makcik pertama, makcik kedua. Best awakkkk.

Saya suka genre gini. If awak serupa saya, awak akan layan. Confirm sure!!!!!











Uzairku sayang

 Salam.


Harini tengah hari macam biasa la produktiviti saya apa je. Dok teman dorang tengok tv pasal experiment lah ape lah. Hana si bongsu tengah tidur. Toksah kacau. Lega dapat lurus pinggang jap. 




Sian anak. Rumah ummi level miskin sofa pun tadak. Hahaha ..takpe anak, one fine day kita kaya dah insyaAllah mana tahu kan, kita akan pindah dirumah yang lebih baik. 


Alkisahnya yang berkait tajuk ialah Uzair, first time dalam hidup nih. Uwais selalu tonyoh kepala dia kat muka ummi dia ni. Kadang sampai bersin la bila kepala tu kena hidung berdezup kuat ....hadoi. Uzair ada sandar kat belah kiri bahu tetibe Uwais databg dan tonyoh ( da macam kucing kan perangai hahaha comel ). Pastu ummi nye ni sabo sabo taknak marah kang terjaga lak sikecik bongsu tu. 


Uzair tiba tiba cakap kuat.


"Abang.... Ummi sakit...." 



Terus Uwais berlalu. Saya terpinga pinga tercengang cam wow sangat rasa tu spontaneous respond dari anak teruna number dua saya. Automatik rasa terharu.


Alahai Uzair..... Besar dah kamu🫰🫰🫰🫰🫰🫰🫰


Kembar number dua. 


Tuesday, 6 September 2022

Random lepak di Aeon

 Salam.


Harini lepas je maghrib solat siao husband ajak pergi jenjalan kat Aeon Nilai. Boleh lah isinmasa kasi penat anak. Selalunya kami bawa anak pergi taman permainan bagi keluar tenaga tapi sebab harini cam malas nak keluar siang ditambah cuaca gak menentu, ok la kita lari dari kebiasaan.


Apa salahku tibeh menempel di post ini.


Kitorang selalunya kalau gi Aeon ni akan singgah sikit kat Eco shop. Sebelum tu kene azan dulu supaya saka shopping tak keluar. Tapi kenangkan taraf duit diri ni saka.pun stress nak hasut sebab sia sia. Hehehehe. Sian.

Selain tu kami akan singgah Molly Fantasy bagi anak main singgit dua ringgit tiga empat ringgit je limit permainan swipe kad situ. Oh nak main kene swipe bukan la depa main swipe hamboii beshe dia.  Usually game hockey ice tepuk atas meja haku pun tak tahu apa nama.dia sebenarnya dan kereta safati or bus yang bosan dimata orang tua tapi nice dimata anak. Tu jelaa...game tembak tembak or lumba kereta depa tak mahir. Tak reti pun. Bapak depa reti la. 

Ha ni dia hockey ice tepuk meja


Kereta bosan tapi tak bosan


Acah acah level master


And air kami suka beli kat Aeon Delicatessen tapi harini nak merajuk sebab baru jam 8 lebih dia closed dah....sedehhh tau nak air vanilla latte nak nak nak. Since sedih maka balik singgah beli teh tarik bawah rumah je sobs.

Selalunya itu jela aktiviti yang tak jemu dibuat asalkan ada aktiviti bonding with kids. Kami berdua tak kaya berharta so jenjalan free camni je boleh. Dulu waktu kerja sekejap merasa la makan kat Windmills tapi sekarang ditambah harga dah berganda ganda, takpelah. InsyaAllah next time.

Disamping tu lalu kedai.gajet intai laptip lh tablet lah...berangan nak beli ganti yang rosak supaya boleh buat kerja penulisan situ tapi takpe, berangan dulu...doa bebanyak nanti Allah pasti bukak jalan.  Aminnn.

So apa aktiviti random korang sekeluarga? 



Wednesday, 17 August 2022

[ REVIEW KDRAMA ] Age Of Youth / Hello My Twenties

 Salam semua.


Ha kembali kita ke segmen review apa harini 😂. Since sejak dok rumah ni terlebih masa untuk menulis walau busy tapi yes saya kene paksa cari masa untuk menulis gak. I must! So yes terjadilah harini punya review. 


Age Of Youth atau tajuk lainnya Hello Twenties. Sokmo nengok cite ni punya pister lalu lalang kat netflix apa semua tu tapi saya tak pernah laaa terfikir nak nengok. Sebab poster cliche je. Wohh tak baik kan judging!.


Age of youth 2

Age of youth 




Best ok cite ni....sangat lah real life. Age of youth ni ada dua season sebabtu ada dua poster. Yang bezanya untuk first tu ada watak Kang Yina tapi second punya is Kang Yina dah pindah keluar sebab dapat kerja jauh and diganti Eun tinggi lampai. 

Citer ni kisah sekumpulan gegadis dok serumah.. mostly dorang student pelbagai jurusan. Song jiwon, Ye eun, Jin myung, Eunjae dan Yina yang diganti Eun. Semua mereka ada back story memasing.

Cerita ni memang sampai je kat hati sebab if kita ni pernah belajor duk umah sewa with kawan pastinya kita dapat relate. Sorang camni sorang camtu sorang lagi camni. 



Ni semua yang season 1... Yang tinggi lawo tu lah Yina.



Yang first ni bagi saya lebih lucu sebab Eunjae budak baru masuk U so culture shock. Yina lak tak minat belajo and sara diri as sugarbaby, Jinmyung jenis terlalu gigih cari duit sebab kemiskinan, jiwon jenis gila masuk air. Pelbagai ragam laaa. 







Yang no 2 ni pun tak kurang hebatnya kelakar cuma number 1 lagi lawak maybe sebab Yina tu gila jugak kot. Hehehe... Yang season kedua ni sedikit slack ialah watak eunjae bertukar orang. Pelakon asal takleh join drama ni sobs sobs...muka and acting dia da sebati sangat dengan innocent eunjae ...yang second ni cam lebih kepada mengada. Sorry Jiwoo (nama pelakon ni ) fans. 


Pendek kata, try la tengok if korang perlukan hiburan ringan. Jalan cerita dia sangat light tapi padat dengan pengajaran dan tema persahabatan. 

Ingat.... Hidup tak selalunya cerah. Tapi hidup juga perlu diteruskan. Agitew. 


Thursday, 11 August 2022

Dasawarsa

Kadang kan kita selalu je dengar frasa ayat 'dulikkan kata orang'. Tapi percaya tak benda yang simple camtu susah nak buat. Yes kita cuba tak peduli tapi terkadang hati tu peduli juga. Endingnya kita sakit hati dan sedih.

Sebab tu lah Allah suruh kita hambaNya ni hanya bergantung harap pada yang Esa. Bila kita berharap dekat manusia,  percaya manusia, mula lah.  Percaya pada Allah, you won't regret.

Manusia selalu kecewakan kita. Kalau kecewanya kita asbab manusia, bangkitlah cepat kerana Allah. 

Lidah tu setajam pisau. Tak baik panggil orang babi babi. Kadang yang dia anggap betul lah tu, andaian tu silap. Kan jatuh fitnah tu. 

Kisah apa orang zaman sekarang. Ye dak 

Monday, 8 August 2022

Nonton wayang 2022

 Salam semua haluuu.


Baru baru ni kami pergi tengok wayang di Alamanda la citernya. Saja dah lama sangat tak tengok wayang rasanya last is Ejen Ali dulu. Kalau zaman bujang toksah shembang lah memang senantiasa berwayang wayangan. Selalunya tengok sorang.


Ye saya sememangnya loner. 


Kitorang tengok Minion sebab my husband ni pencinta kartun macam Minion , Larva, Spongebob etc. Saya layankan jelah sebab baby Hana dah setahun lebih.. try tengok Hana ni caner. So far ok je...siap excited. Tapi lelama menjelang hujung tu dia bosan sikit. Uwais Uzair pulak seram seram takut je nak masuk memula tu sebab gelap. Uzair siap brake mengejut. Nasib takda video.

Oh ya kitorang tengok kat Alamanda je. Rm42 sobs... Mahai. Takpelah demi sebuah pengalaman dan time well spent. Alamanda ni bapak segala sunyi ye sekarang. Huh. Port food court lama dah takdek. Kami takde la pusing seluruhnya sebab maleh. Memang target wayang. Yang pasti next time kene datang sebab saya nak twins main taman blippi kat luar tu. Nice betoi nampak. Yelah da ada anak ni dok la survey taman percuma sebab kami dok flat marhaen je. Hehe 


Jap sy beleh gallery ada gambo tak leh share .






Ada gamba luar wayang je kat tempat mainan ni. Huhu... Gambar lain tadek. Struggle nak snap.


Korang dah tengok ke Minion?





Sunday, 7 August 2022

[REVIEW KDRAMA ] Becoming Witch

 Salam semua.


Lately banyak betul ye kdrama letop letop kat Malaysia. Antaranya ialah Becoming Witch. Ye ni antara tang underrated tak banyak orang sebut sebut pun. 





Citer ni pasal sahabat yang terpisah and jumpa balik after so many years dan banyak berubah. Semua orang bawa kisah memasing. Pressure perkahwinan lah, kematian suami lah, suami curang lah. Citer ni memang tema friendship. 

Masih tak habis lagi pun..sebab setiap minggu satu episod je. Hahaa. Bercinta nak tunggu abis. Saya sendiri baru sampai episod 4. Kat Netflix ada so jangan risau ye. Since masih tak habis maka tak banyak boleh ulas cuma nak cakap saya big fan betul dekat Lee Yuri ni...lawaaaa weh. 

Tuesday, 2 August 2022

CU di IOI City Mall

Salam semua.


Since harini husband offday so saya pulak kerinduan korea dan bagi saya kan, kat ioi city mall dia ada satu bau yang sangat iras dengan bau streetfood and market kat sana. Level P2 yang kalau korang naik escalator ke lift ke area situ, tembus jumpa Lotus mart. Ha situlah.


Pastu saja la bawak anak main Molly Fantasy..tu je mampu milik. Husband pulak lepas gian main Initial D. Twins pulak main ape tah nama tapi yang ala ala hoki ais ke apa tah. Ha tu lah. 😂

 



Comel je lahai... Saya masih amatur video video ni so raw abisla. Asalkan buat kenangan. Hehehe... Afterward kitorang pergi lepak CU. 


Allahu rinduuuuu..bertemankan air pancut kat The Symphony tu, saya beli la aiskrim dan jellyball coffee depa. Hm...rinduuu again. 


What a view  . Besar jugak CU ni



Hamba Allah ni kalau posing haruslah Top.( Ye dia suka Top bigbang tu ha )


Best gak....tapi dah beli baru nampak ada Tteokbokki rupanya yihhhh rugi...tapi sy pun da kenyang makan nasi so takpelah. Next time insyaAllah. Should be saya up lagi banyak gambar tapi manaaa tah gamba tu. Malas nak tangguh up gambar nanti terus kelaut mood. 



Apepun, time well spend. Thank you Allah.









Thursday, 28 July 2022

Rindu Korea

 Assalamualaikum...


Seperti title diatas. Saya rindu betul dengan Korea. Kalau kami sefamily pergi IOI City Mall, kitorang akan cuba cari parking area...errr...tak ingat tapi P2 yang kalau naik escalator or elevator tu jumpa Lotus dulu tu...ha tu. Yang dekat ngan Dunkin Donut. 


Sebab apa?


Sebab...sob sob...sebab bau dia sangat sangat iras dengan bau di Korea..Kitorang tak dapat justify bau apa sebab husband pun agree dengan benda ni. Maybe bau streetfood sana..bau odeng sup tu. Pendek kata bau Korea sangat. So kitorg akan look at each other face and cakap 'rinduuuuuu~~~~'...maka seharian laaa dok throwback kisah travel. Hehehehe parah kan?

For now nak pergi Korea serabut sikit sebab kene Pcr lah K-eta lah and silap aribulan ada yang kena Visa. 


Contohla...Pcr kene sedia 80k...uish kalau makan kt gosame (ikan bakaq , sutun pedas dan sup tofu merah ) pun tak sampai 30k... Huwah..rugi rugi. 




Tapi saya tetap nak kaji gak ape K-eta etc etc...nanti saya da puas kaji saya share again diblog ni ye. K-eta ni kalau tak lepas, kene proceed visa. Hat tu lagi jenuh oi. Kemon la Korea, nak hidupkan balik tourism kene la kurangkan burden pelancong cam kami ni... Kami bukan mai nak petik kobis. Memang solely nak makan hotteok enak lazat berkrim Namdaemun dan oelbagai makanan lain. 

Last kami pergi Korea adalah November 2019. Mujur lah sempat pergi sebelum pandemik starts March 2020. Dan mujur juga kami pergi jugak walaupun Uzair baru lepas discaj dalam dua minggu. Bepanjawan dah banyak habis sepanjang dia hospitalize. Terima kasih Allah izinkan kami mengembara. .


Uzair ushar eskem abhi


Time kami pergi tu kira cam da nak abis Autumn tapi masih ada autumn...sian husband dia tingin nak salji.  Tiga kali pergi tak merasa. Sobs. Moga ada rezeki seleji lagi lepas ni. 


Uwais dan eskem


Aiskrim sedap ni kitorang beli Kat Myeondong. Sejujurnya kitorang kalau pergi sana dah takde nak play tourist sangat. Sebab nanti stress. Travel dengan anak kecik ni kene bertenang dan relax. Original plan sebenarnya nak pergi Cat Cafe tapi kitorang tengok price dia cam mahai gilaaaa cam awat naik mendadak...memula pejam je mata tapi dok queue depan mat saleh with kids dia yang ramai and lasak tu kami cam...hmmm. Tak jadilah. Bantut niat nak bawak anak main ngan kucing gebus cat cafe. Kitorang rinduuuu gemuk bontot ( one of the cats...) Tapi cam da tutup je cafe tu. Kafe yang kami pergi ni lain dan kurang syiok. Tatau lah apa khabar sekarang.

Dengar dengar Myeondong dah kembali meriah ..cuma belum gilababeng meriah baru meriah hura hura je level. Kalau ikut hati for sure nak je gi sebab time kurang tourist ni la best nanti bersesak la sana sini huh.


Rindu ..tapi orang kata dah tutup.




Ish sebut pasal rindu ni opkos la Kampungku pun antara yang rindu. Kat situ the best ayam guring ever. Tak tipuuuu..kalah la kat Malaysia ni kyochon ke apa ke. Tatau la sebab bias ke tapi memang yes rindu. Dulu trip awal dua kali tu kami pergi hanya untuk tumpang solat which is owner izinkan even tak makan pun. Tapi third trip husband dengan anak , kami saja try dan end up nyesal ye... nyesal sebab tak pergi dari dulu huwaaaa sedapnyaa huwaaaaaaaaaa .







Time ni ingat lagi kami sampai tahap repeat berkali kali lah buatnya. Sebab in love sangat..husband suka nasi goreng daging dia. Daging slice nipis tu onzzzz.  Ayam guring apatah lagi. Lawan dengan coke...ush. letops. Ada la waktu yang one of nenek korea tukang masak tu nampak kami struggle with the twins so offer nak pegang supaya makpak twins ni boleh mentekedarah hihihi. Okeh je. Dok la ulit ulit si Uwais...rupanya budak tu berak. Lerr ..baru perasan pas bayar and kuar menuju ke subway. Everytime husband and I kenang kisah ni kami akan gelak sebab funny lahhhh. 

Pastu husband suka cakap bagusnya Korea ni accomodation untuk change baby diapers senang. Banyak oku toilet ssangat bersih luas dan mudah nak tukar pampers anak. Something yang kita masih lack kat negara sendiri. 

Nenek yang garang tapi penyanyang.


Ni lagi satu memori yang kitorang selalu citer on repeat tanpa jemu. Kenang dalam subway tapi tak ingat mana satu punya yang pasti time ni saya kene marah ngan nenek ni. Hehehe . Sebabnya saya dukung uzair tak balance. Penat laaaaa sebab carier tu menyakitkan sangat. Faktor carier penting ye kepada yang nak bawak anak kecik. Please ye. Stroller ada satu so twins sorg kene dukung sorang stroller. Husband tolak stroller sebab dia backpain...gipun nanti dia nak angkut naik tangga tempat takda lift. Hehehehe.  Jap saya share video kejadian.



Tengokla dia dok ireohke ireohke ..huuuu



Comel je Uzair confuse. Ada kali kedua kami kene marah ngan elder kat taman ape tah oh no saya lupa. Reason? Sebab time tu gerimis tapi kami tadak payung huhu. Maybe orang tua seluruh dunia ni persamaannya ialah pantang tengok baby kene hujan gerimis. Ajumma tu dua orang tibeh datang dekat dan tampar tangan saya sambil hulur payung ..suruh payungkan baby. Terkejut saya. Pastu dia berlalu laju kongsi payung dengan member dia sambil bebel. Adeiiii kene lagi. Thank you ajumma. Payung tu kami simpan lagi sampai sekarang. Kenangan.














Haihhh rindu....moga Allah izinkan pergi lagi. Sebab kalini kembar dah ada adik. Sian adik dorang, paling jauh pergi pun Cameron Highland. Ahaha. Doakan kami.

Semoga korang juga dapat travel ke destinasi impian korang. 











Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...