Tuesday, 19 September 2017

Jpop Jdrama dulu....

Assalamualaikum semua..

Halo halo halo. Thank you sangat sudi komen sudi baca dan sudi follow. InsyaAllah saya akan singgah blog sesiapa yang sudi. Yang mana terlepas tu, sila ketuk skit saya 😂

Okay....back to tajuk entri.

Jpop Jdrama.
Satu ketika dulu kot la korang ingat lagi sebelum Zaman zaman winter sonata menggila dekat Malaysia, negara sushi masuk dulu penuh bergaya. Dulu time saya kecil cinonet saya ingat ingat lupa lagi drama Oshin tu. Famous kan?

Macam saya...dulu antara yang saya memang suke tahap giler giler ounya suka adalah jdrama 'Power Office Girl' ...pastu 'Great Teacher Onizuka' ...pastu 'With Love'...
uish banyak lagi ahhhh..

Power office girl


Giler best power office girl ni...dedengar dah ada sampai 4 siri tapi saya folo yang dua earlier. Tapi sampai ke siri 4 masih Chinatsu lah watak utama cuma takde la ume, sawako dan lain lain. Best wo....cite ni takde la cintan cintun mana. Pasal department buangan kompeni yang kene bantai wat kerja buruh segala macam punya manusia tak suka ngan dorang ni. Tapi tanpa dorang haru biru company yela sapa nak tuka lampu, baiki mesin potostate bagai. Power tak power awek ni semua. Sebab tu tajuk dia camtu.

Anchor Woman


Ni ha citer ni bapak lah segala lama nya...Tackey tu dah boleh jadi atuk dah gamaknya skang. ahahaha okay over skit tapi tula umor dia da berapa da sekarang ni wei. Time ni punya lah halus mulus jambu and comey...jalan citer ni best giler gak sebab pasal Tackey dok umah mak tiri dia and cemana gaya tah dia leh syok ke mak tiri dia.. ok anak anak! harom ye harom. Tapi cite ni bukan pasal cintan sangat pun. Lebih kepada struggles anchor woman tu which is mak tiri tu ha. Fuh baru ku tahu susah juga nak jadi pembaca berita. Respect ah...

Ni lah lebihnya drama jepun. Dorang takkan melalut pasal jiwang dan kejiwaan doploh pat jam. Selalunya drama or movie dorang akan highlight struggle job tu sendiri, life as family, kawan, kejiranan dan usaha tangga kejayaan. Sapa je tak inspired?

Tengok cite Good Luck, rasa nak jadi pilot. Tengok GTO, rasa nak jadi cikgu.
Tengok My boss my hero , rasa nak jadi student semula.

Most aspiring pilot seperti
saya memang takkan tak
tau lah pasal citer ni. Good Luck.


Punya power... and tu belom masuk Jpop lagi. Which is division lagu pulak. Saya tak sentuh lah anime dan Jrock sebab tak la kearah sana sangat.

Jpop dorang pun kemain... ahaha.
Kismyft2 la contohnya. Mana nak dapat idol group yang pandai nyanyi sambil main kasut roda. Perform dari kecik sampai lah besor. Nak tunggu dehut berzaman giler. Sampai saya da mula masuk era kimchi baru idol sushi ni nak debut rasmi. Adoi lah.

Kismyft2

And until now dorang antara nama besar kat Jepang tu. Yela nama pun dari JE kan. Moga sukses la korang... rasa cam membesar ngan dorang ni pun ye gak.

AAA (attack all around)


Group AAA pun dasyat....menari power. Mixed group yang saya kira mantap abes serba serbi. Yelah asal pun dari Avex kan. Haruslah rival dengan JE.

Ni kene stop dulu ni...ai kalau cakap bab ni leh tak berenti wrh jadi tesis kang. Kita sambung next.

Thank u again sebab baca♥

Monday, 18 September 2017

Cara berpantang mat saleh?

Salam alayk...

Saje je nnk wat entri ni sebabb terajinkan diri dok scroll scroll instagram and nampak profile profile random mat saleh ... i mean minah saleh la sebab pempuan kan. haha.

Ada yang cam baru seminggu melahirkan baby tapi seminggu pastu cam terus dressup lelawa dan amek gamba level model hipster... Belom lagi kategori berjalan kesana kemari padahal kalau ikot logik masih dalam pantang.

Serius saya tertanya tanya, camne eh prosedur pasca melahirkan dorang? Kekadang dorang juga boleh begitu cepat kurus balik ke normal perut tu flat lansung macam tak pernah ada baby duduk dalam tu 9 bulan.

Wow...

Kalau kita orang melayu ni punya banyak giler pantang larang . 44 hari lah 100 hari lah ...setahun pun ada. No pulut no ais bagai. Stokin kene ada selalu, air ada sukatan apa semua cam whewww.

Tapi dorang watlek je amek gamba oakai Bikini dedekat pantai cam omg.... Luka bersalin mereka camna?

Serious saya musykil sangat sebab tu terpanggil nak menulis ni. Ada sesiapa ada ke kenalan minah saleh ke orang europe ke or pape je yang selain melayu kita. Sata tertanya tanya camne proses pasca melahirkan mereka....

Tak ramai yang sentuh bab ni kan?

Saya sangat sangat nak siasat pasal ni...wish me luck. Saya akan buat special entry pasal ni untuk kongsi knowledge.



Truly,
Mir Mira yang musykil

Sunday, 17 September 2017

Kenapa kita perlu travel?

Assalamualaikum ;)

Kenapa ya kita perlu travel?
Sekiranya korang kaki travel, mungkin boleh tanya diri sendiri dan tinggalkan jawapan anda dikomen sebab saya nak tengok gak jawapan dan reason orang lain. Yelah lain orang lain pendapat lain pemikiran.

Sekiranya korang tak suka travel...mesti kekadang terbit pertanyaan tu dalam jiawa untuk ditanya dekat kaki travel yang lain. Haaa tanya la saya tanya la sayaa. 😂😂😂
Lagipun saya yakin mostly orang suka travel.

Travel ni pun banyak jenis banyak kategori.  Travel backpackers, travel Honeymoon, travel bercuti tanpa kira bajet dan sebagainya... terpulang anda!

Model saya ajila dengan kesengalannya
di Sydney Opera House.

Ada yang suka roadtrip, ada yang suka travel by public transport, ada yang join program cam exchange bagai tu saya lupa pulak nama benda tu. Ada yang suka dalam Malaysia, ada yang suka luar negara... ada yang suka Indonesia dan asia ....ada yang suka europe dan ada yang kaki Korea macam saya 🙋🙋🙋...

Tak kisahlah apa saja alasan atau jawapan yang ada dalam diri awak secara semulajadi, sekiranya awak suka mengembara, pergilah!

Qatar nan indah


nora and the geng


Dengan mengembara, travel, jalan jalan, dolan dolan atau apa sahaja yang disebut dan digunapakai, pengembaraan ini pasti membuahkan hasil.

Bila mana awak langkah keluar dari Malaysia atau negeri atau orang puteh sebut 'stepping out of comfort zone', korang dah buka diri untuk satu perjalanan menimba pengalaman. Sedikit atau sebanyak atau sebesar zarah sekalipun, pengalaman itu sesuatu yang yidak dapat dijual beli. Cuba bagitau shopping malls mana yang jual pengalaman kembara Surabaya ( contoh ye )...takde kan?

Kalau ada terdetik nak travel, pergi je. Jauh perjalanan luas pandangan awak...sebab pemandangan yang awak dapat diluar tu tersangatlah luas. Alam ciptaan Allah.

gambar google pun lawo


Saya ambil pengalaman yang diceritakan dua sahabat saya, Farah dan Sa'a tentang journey mereka di Sri Lanka. Allahu, sangat membuka mata. Nanti saya akan backlink blog Sa'a untuk korang baca sendiri pengalaman menakjubkan mereka. Dia masih setup setup lagi page dia. Yang saya teruja is mereka berjalan sana time hari raya. Sri Lanka sangat membuka mata dan hati saya tergerak untuk pergi kesana satu hari nanti. Menarik sangat tau penceritaan mereka.

Begitu juga kawan saya yang lain iaitu Nora and the geng dimana mereka pergi ke Jogjakarta....Fuh fuh setiap kali dengar journey mereka saya rasa kagum dan terkesima. Menarik sangat!

Saya masih belum berkesempatan nak jejak Sri Lanka dan Indonesia. InsyaAllah satu hari nanti.

Korang?



Boleh juga baca artikel entry ni :
Perkara yang korang akan rasa dan dapat bila travel ke Korea

Mak dan kuih petangnya

Assalamualaikum...

Hello... thank you sebab sudi baca Blog ni. Cambiasa saya jenis yang random and takda spesifik entry lagi sebab blog ni lebih kepada kehidupan saya kan.

Dulu time kecik kan, sebab saya jenis tak gi sekolah agama so petang dok umah ulangkaji bagai.je...rutin mak is setiap.ari akan buat kuih petang. Tak kisahlah kuih cekodok ke, kaswi ke, karipap ke, apam ke... pendek kata setiap hari ada je kuihnya. Sampai saya terfikir satu kewajipan ke untum buat kuih?

Bila da besar baru sedar... mak seorang yang rajin. Tak semua orang suka and akan spend masa buat kuih. Saya belek diri sendiri, rasa nak sepuk kepala sebab dah tau jenis yang susah nak jadi serajin mak malas sedasat dasat malas. Malas tu rasa nak lempang muka lelaju.



kenyang cenggini dok ngan mak..

Seriusly....mak memang powerful.
Banyak sacrifice mak mak yang kita selalu terlepas pandang.
Supermak.

Saturday, 16 September 2017

Syurga buatmu pejuang agama

Assalamualaikum...

Baru baru ini kita digemparkan dengan kejadian malang yang meragut nyawa pelajar tahfiz. Allahuakbar 😢😢😢

Setelah siasatan demi siasatan, diketahui bahawa ini adalah unsur khianat. Allahu, besar sungguh dendam khianat kamu untuk aniaya insan lain.

Saya bukanlah sesiapa untuk berkata atau komen apa apa...saya cuma ingin engajak kita semua sedekahkan al fatihah kepada mangsa.

Ingat, tanpa izin Allah tidak mungkin semua ini berlaku. Saya sepertimana seluruh rakyat Malaysia, amat berduka cita. Sesuci perjuangan  mereka untuk menegakkan syiar islam.

Semoga Allah tempatkan mereka didalam syurga, menanti keluarga mereka disana. Berbahagialah kamu disana wahai umat terpilih untuk diuji.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sedih....memang sedih. Tatkala kita menangisi nasib mereka, insyaAllah penghuni langit tersenyum menyambut mereka. Setiap yang jadi diatas takdir Allah takkan sia sia.

Al fatihah sekali lagi.

SELAMAT HARI MALAYSIA

Selamat Hari Malaysia.



Alhamdulillah. Tanggal 16hb September 2017 kita masih diberikan rezeki untuk menyambut hari Malaysia.

Selamat hari Malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia. Salam perpaduan untuk seluruh bangsa Malaysia.

Ya... bangsa Malaysia!
Ketepikan ideologi perbezaan kaum melayu , cina dan India kerana kita semua hakiktnya duduk dibawah satu bumbung dan telah bersama sejak kemerdekaan.

Kita semua yang telah membina negara ini. Nenek moyang kita yang membangunkan Malaysia sehingga menjadi sebegini. Justeru kenapa perlu bezakan bangsa. Ya, secara halusnya kita masih berbeza bangsa namun sematkan didada bahawa seluruh rakyat Malaysia juga adalah satu bangsa, satu negara.

Semoga keamanaan dan kesejahteraan sentiasa berpihak kepada kita.

Saya sayang Malaysia.

Friday, 15 September 2017

Perkara basic yang korang dapat dan rasa bila di Korea

Assalamualaikum semua...

Selalunya kan sebelum saya pergi travel ( Korea lah especially ) saya suka blogwalking, tinjau tinjau,,googling, lurking or ape ape saja bahasa dan ayat yang korang sebut. Ini untuk menambah ilmu dan bagi idea untuk merangka perjalanan.


Dan disebabkan ini jugalah saya berhasrat nak spread and share knowledge dari side dan pengalaman saya pulak. Saya yakin ada yang macam saya ketika mula mula dulu. Nak sangat pergi tapi chuak, nervous dan risau.

Korea ni insyaAllah negara yang selamat so kalau gigirls la especially nak gi sesorang ke berdua ke insyaAllah selamat. Takyah risau ye. Disiplin mereka ni ok je... kita tolak tepi cerita negatif pasal tragedi memalam hari depa mabuk ke apa ke kan... kita ambil yang positif je.

Lagipun nanti kat sana korang akan spend masa seharian kesana kemari cam nak pengsan urat kaki pun kembang kuncup berlipat dalam badan tu serius cakap. Penat... Maka ada masa lagi ke korang nak meronggeng rokiah ditengah malam kan. Masa tersebut biasanya masa untuk berjulur kaki, main wifi dan upload, lepak lepak dan makan street food yang korang berjaya grab dalam perjalanan balik hostel. Kene restore energy sebelum jalan semula esok. Percayalah sebab inilah rutin semua yang datang Korea. InsyaAllah.

Apa yang saya dapat dan rasa disana mungkin berbeza dengan yang lain tapi saya share je berdasarkan diri saya.

1. Langkah melebihi 10k itu perkara picisan. Ahaha...cuba pasang apps yang kira steps korang. Kat Malaysia time saya poyo poyo rajin kesana kemari pun kekadang cuba capai 5k je itu pun jenuh tapi kat Korea belum sampai gelap langit dan 14k step kau rase 💁 ...tak ke best tu. Sihat. Saya selalu kat Korea jadi sangat aktif kawan kata kene sampuk hantu Korea. Kat Malaysia lembap kat sini laju... well, darah korea gamaknye. lalala 🙈

Berselirat kau... 😂



2. Jimat. Selalunya kita ni gelabah mak enon rasa Korea ni gila mahal apa semua tapi bagi saya lah kan... melainkan korang kaki shopping extreme ( kalo gini kat Uganda pun boleh abis duit ) Korea ni affordable ye. Akan tetapi lately macam negara kita, negara depa juga menghadapi masalah kenaikan harga barang. Bawak bersabor.

Beg mata terbolah ni half price je original sana uols... saya lupa nama brand apa. Saya panggil mata terbolah. 😂


3. Souvenir. Selalu kita akan gi Namdaemun market or Doota or Insadong nak beli souvenir... memang boleh dan betul tu tapi apa kata half dari budget tu gi tinjau Daiso sana... saya gemor Daiso...dimana ada Daiso disitu muka saya. Kalau takat nak beli set sudu panjang cam drama depa apa semua beli Daiso cam lebih murah saya kire. Berbanding keychain yang boleh putus, sudu lagi convenient kan? Contoh aja...

Souvenir stokin sangat bagus sebab
stokin depa sangat berkualiti dan comel♥


4. Street food. Haaaaaa... ni parah ni selalu jadi punca duit kering sedikit demi sedikit.. kire mahal la gak kalau jenis rajin gi kat tempat tourist. Ape kata korang pergi beli dekat area cam Edae ke hongdae ke sebab tu kawan universiti walaupun tourist spot. Kurang sikit mahal. Tapi kalau korang gi Myeondong memang cekik leher ah. Saya rekemen korang gi Edae, Hongdae, Namdaemun ...tapi untuk muslim bukan seme boleh makan ye. Nantikan entry bab makanan di Korea soon.

gyeranbbang...beli kat edae


5. Elakkan time tertentu untuk naik public transport. Alaaa cam kita la time balek kije gi kije korang akan rasa menjadi sardin. Tapi pengalaman sweet pe so takdak masalah.


Nengok muka excited depa 💥


6. Korea bukanlah sekadar Kpop... ni pandangan skeptikal yang sangatlah sedih bila kita dengar. Sila pergi kesana dan hayati sendiri negara mereka. Dekat sana bukan Kpop ke kdrama ke apa ke semata mata. Hidup bukanlah nak hiburan je. Seronok tau tengok gelagat ajumma ( mokcik ) dan ajussi ( pokcik ) sana... dorang kalau lumba naik tangga dengan kita un kita akan kalah (ye saya la tu selalu kalah..cis ). Punyelah energetic. Lepas tu sana dorang jenis tak kisah kerja even sebagai promoter korang boleh tengok bersungguh la melaung sampai sengau sengau suara. Yang baik dijadikan tauladan kan. Saya suka ke sana sebab suka environment sana. Even reason first saya dulu adalah kpop tapi jejak je sana terus switch. Saya suka negara tu ... kalau la kaya, bejujup datang setiap bulan. Ahaha.

edae view...


7. Plastik surgeri. Yang ni memang ye... kadang tengah jenjalan nampak manusia berbungkus ala mumia tapi tang muka la...rupanya baru lepas operate muka. Tudiaaaa... ai dulu pas operate tonsil cam tunggu masa nak mati je punya sakit punya lemah. Dasyat depa punya 'Beauty is Pain'.

My travelmate...Nora , Amad and Blur


8. Islam sedang berkembang... kalau awak follow page KMF ( Korean Muslim Federation) akan terlihatlah bagaiman islam ada anjakan paradigma. Saya ada rakan Korea dan dia mengaku orang sana mana ada agama. Depa cuma excited join religious festive je cam christmas. Kalau depa dok Malaysia agaknya Aidifitri pun dorang sakan. Dan masjid kt Itaewon pun ramai je korean suka visit. Moga Allah beri hidayah. Amin.


9.  Malaysia tidak begitu dikenali... Ye ni betul. Sepanjang jalan sana orang dok tanya dari Indonesia ke Philipines ke. Uish... saya tatau la pulak muka ada iras Marian Rivera. Hm... paling sadis ada korean tanya saya dari India ke. Huwaaaaaaa... macam Kajol la pulak 😂😂😂😂💁🍃 ...stress. Tapi rasanya lately Malaysia da makin up tapi...berat ati nak tulis sini.. pasal isu duit lah. Masuk berita sana uols. Kaya eh beli berlian guna duit simpanan. Uhuhu.


10. Malaysian ramai yang melancong... yes yes memana je ramai Malaysian lalu lalang...ada yang ramah ada yang sombong. Kalau travel and terjumpa rakan senegara tu tak yah la kerek sangat. Kita masih berdarah malaysia kan.

Model saya Prof Zila sentiasa excited. 💁

Gyeranbbang ni kalau kat myeondong mahal...rasa cam bahulu teloq


Tu je antara yang nak cite...kene stop sebab panjang gila dah ni. Nanti saya sambung lagi eh. Pape nak tanya, silakan komen. Nak suruh saya guide trip, sila komen juga. Serius talk 😘😉


Thank you sebab luang masa untuk baca ;)
Assalamualaikum.



Boleh juga baca bacaan berkaitan dibawah. Klik saja link ;)  👇👇👇

Kenapa kita perlu travel?

Kenapa Korea destinasi pilihan ? pt 1

Cara nak kurangkan marah

Assalamualaikum...

Apa khabar hari ni?
Sentiasa senyum atau ada perkara yang mendatangkan amarah.?
Standard lah....kita manusia. Manusia dan sifat sabar selalu tidak gerak seiring. Sabar itu senang diungkap dibibir tapi nak dilazimi dan dibuat memang sukar. Nak nak kalau terjadi sesuatu yang menaikkan kemarahan.

Begitu juga lah saya yang diakui ni baran nya... Kekadang bila tengah marah mana fikir pun pape. Akal jadi pendek, perasaan jadi merapu.

Tapi sejak saya duduk di Doha...saya ada terbaca artikel tentang luasa istighfar. Istighfar bermaksud permohonan kepada Allah untuk dosa dosa kita.

Kawan kawan sekalian....
Apa saya yang jadi dekat kita, kene berbalik pada diri sendiri. Boleh jadi itu adalah jentikkan kasih sayang dari Allah.  Saya ada cuba tips yang dibuat. Simple sangat.

Caranya....setiap kali rasa emosi tergnggu, terus istighfar 100x tanpa henti. Kira guna ruas jari pun boleh. Teruskan istighfar dan awak akan rasa betapa amarah tu insyaAllah hilang atas kuasa dan izinNya.

Saya cuba beberapa kali dan setiap percubaan itu berjaya. Malahan kadangkala saya rasa malu dengan diri sendiri atas baran dan emosi. Kenapa perlu terbawa sangat perasaan sedangkan kita sendiri juga pendosa.

Tak rugi untuk istighgar seban istighfar ini dapat menghapuskan dosa, meluaskan rezeki ....merendahkan hati. Allahuakbar.

Beristighfarlah selalu. Bukan semata mata nak hilangkan marah tau.



Wallahualam.

Perkhidmatan kurier Ninja

Hey hey..

assalamualaikum semua.
Saje nak share. Minggu lepas saya ada order satu barang di lazada.
Saya beli crown wedding untuk wedding preparation. (Doa doakan sahabat sekalian ).

Order tu kalau ikot emel akan sampai awal Oktober tapi secara tetibe laju bebenor shipping dari oversea. Alhamdulillah kan. Tapi sayangnya mungkin bukan rezeki saya.

Time kurier boy tu telefon untuk bagitau barang saya sedang memandu di KL. Dia hantara mesej yang dia letak barang depan area rumah which is biasa dah Ninja buat camni and tak kisah pun.

Tapi malamnya saya sampai di rumah, takde lansung kelibat barangan tu. Saya panik dah...dan mesej staff tu sebab dia inform pasal barang tu guna nombor dia. Mujur.

Pada mulanya saya sangka dia akan watdek je tapi tak sangka dia bebenar follow up dan janji akan cari semula esoknya. Saya sangka dia salah letak dirumah orang ke apa ke. Esoknya dia sampai.

Memang barang tu officially hilang dan staff ninja ni risau lah kan reputasi dia if saya report ke lazada ke apa ke padahal saya takda niat pun nak buat camtu. Tutup rezeki orang ni tak baik sangat tau jangan buat ye kawan kawan.

Saya berat hati bila dia cakap dia nak bayar ganti rugi benda tu...tapi sebab dia nak bertanggungjawab saya ambil juga duit tu. Alah Rm20 je tapi sikap dia mendapat respek saya. Dia sangat bertanggungjawab. Tahniah Ninja kurier.

Duit dia bagi tu saya akan simpan je dulu. Mungkin tetibe esok lusa muncul barang tu even cam mustahil je kan. Tak sampai hati time terima duit dia serius cakap. 😢😢😢😢

Semoga Allah permudahkan urusan dia, murahkan rezeki dia.


Tahniah sekali lagi kurier ninja.


Thursday, 14 September 2017

[ REVIEW MINUMAN ] Moccachillo Cafe Coffee Day

Ahahaii...

Assalamualaikum w.b.t
Sapa kat sini penggemar kopi angkat tangan 🙋🙋🙋🙋🙋

saya...saya...saya...

Kopi apakah yang kalian suka?

Latte...Cappucino... flat white... expresso...americano... blabla..
And kalini saje nak review kopi jenis ni sebab rasanya kalau tak silap saya kat Coffee Day je saya jumpa moccachilo ni.

Homaigah la sedap yakmat Allahu.
Yang ngajor saya pi sini tak lain tak bukan geng kpopedia lalang saya lah. Time tu kami nonton cite Exo Kris tu mende ntah tajuknya kat Nu Sentral ... time berdiri depan kaunter tu saya cam confuse je nak beli air apa sebab cam pepelik nama kopi depa.

So yang saya pilih akhirnya moccachillo. Tak sure apa dalamnya mungkin coffee, milo dan mocca..

Tak kisahlah pape janji rasa dia memang sedap MasyaAllah... rasa tak rugi try and memang tak amekda air lain kalau gi coffeee house ni.

Korang sila try ya siyes sedap time dia lalu kat tekak tu rasa berkicauje cacing diperut kegirangan menyambut hujan moccachillo
membasahi bumi. Giteeww 💁

Serius laaa sedap.Harga cambese la range Rm13 camtu. Untuk sengkek cheapskate like me memang la rega potong leher tapi sebab sekali skala nak gak..takpalah lepas tu makan angin ya.Sobs.

Try ahhh...pastu gitau saya jauh mana perginya 😉

Moccachillo

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...