Friday, 15 September 2017

Cara nak kurangkan marah

Assalamualaikum...

Apa khabar hari ni?
Sentiasa senyum atau ada perkara yang mendatangkan amarah.?
Standard lah....kita manusia. Manusia dan sifat sabar selalu tidak gerak seiring. Sabar itu senang diungkap dibibir tapi nak dilazimi dan dibuat memang sukar. Nak nak kalau terjadi sesuatu yang menaikkan kemarahan.

Begitu juga lah saya yang diakui ni baran nya... Kekadang bila tengah marah mana fikir pun pape. Akal jadi pendek, perasaan jadi merapu.

Tapi sejak saya duduk di Doha...saya ada terbaca artikel tentang luasa istighfar. Istighfar bermaksud permohonan kepada Allah untuk dosa dosa kita.

Kawan kawan sekalian....
Apa saya yang jadi dekat kita, kene berbalik pada diri sendiri. Boleh jadi itu adalah jentikkan kasih sayang dari Allah.  Saya ada cuba tips yang dibuat. Simple sangat.

Caranya....setiap kali rasa emosi tergnggu, terus istighfar 100x tanpa henti. Kira guna ruas jari pun boleh. Teruskan istighfar dan awak akan rasa betapa amarah tu insyaAllah hilang atas kuasa dan izinNya.

Saya cuba beberapa kali dan setiap percubaan itu berjaya. Malahan kadangkala saya rasa malu dengan diri sendiri atas baran dan emosi. Kenapa perlu terbawa sangat perasaan sedangkan kita sendiri juga pendosa.

Tak rugi untuk istighgar seban istighfar ini dapat menghapuskan dosa, meluaskan rezeki ....merendahkan hati. Allahuakbar.

Beristighfarlah selalu. Bukan semata mata nak hilangkan marah tau.



Wallahualam.

Perkhidmatan kurier Ninja

Hey hey..

assalamualaikum semua.
Saje nak share. Minggu lepas saya ada order satu barang di lazada.
Saya beli crown wedding untuk wedding preparation. (Doa doakan sahabat sekalian ).

Order tu kalau ikot emel akan sampai awal Oktober tapi secara tetibe laju bebenor shipping dari oversea. Alhamdulillah kan. Tapi sayangnya mungkin bukan rezeki saya.

Time kurier boy tu telefon untuk bagitau barang saya sedang memandu di KL. Dia hantara mesej yang dia letak barang depan area rumah which is biasa dah Ninja buat camni and tak kisah pun.

Tapi malamnya saya sampai di rumah, takde lansung kelibat barangan tu. Saya panik dah...dan mesej staff tu sebab dia inform pasal barang tu guna nombor dia. Mujur.

Pada mulanya saya sangka dia akan watdek je tapi tak sangka dia bebenar follow up dan janji akan cari semula esoknya. Saya sangka dia salah letak dirumah orang ke apa ke. Esoknya dia sampai.

Memang barang tu officially hilang dan staff ninja ni risau lah kan reputasi dia if saya report ke lazada ke apa ke padahal saya takda niat pun nak buat camtu. Tutup rezeki orang ni tak baik sangat tau jangan buat ye kawan kawan.

Saya berat hati bila dia cakap dia nak bayar ganti rugi benda tu...tapi sebab dia nak bertanggungjawab saya ambil juga duit tu. Alah Rm20 je tapi sikap dia mendapat respek saya. Dia sangat bertanggungjawab. Tahniah Ninja kurier.

Duit dia bagi tu saya akan simpan je dulu. Mungkin tetibe esok lusa muncul barang tu even cam mustahil je kan. Tak sampai hati time terima duit dia serius cakap. 😢😢😢😢

Semoga Allah permudahkan urusan dia, murahkan rezeki dia.


Tahniah sekali lagi kurier ninja.


Thursday, 14 September 2017

[ REVIEW MINUMAN ] Moccachillo Cafe Coffee Day

Ahahaii...

Assalamualaikum w.b.t
Sapa kat sini penggemar kopi angkat tangan 🙋🙋🙋🙋🙋

saya...saya...saya...

Kopi apakah yang kalian suka?

Latte...Cappucino... flat white... expresso...americano... blabla..
And kalini saje nak review kopi jenis ni sebab rasanya kalau tak silap saya kat Coffee Day je saya jumpa moccachilo ni.

Homaigah la sedap yakmat Allahu.
Yang ngajor saya pi sini tak lain tak bukan geng kpopedia lalang saya lah. Time tu kami nonton cite Exo Kris tu mende ntah tajuknya kat Nu Sentral ... time berdiri depan kaunter tu saya cam confuse je nak beli air apa sebab cam pepelik nama kopi depa.

So yang saya pilih akhirnya moccachillo. Tak sure apa dalamnya mungkin coffee, milo dan mocca..

Tak kisahlah pape janji rasa dia memang sedap MasyaAllah... rasa tak rugi try and memang tak amekda air lain kalau gi coffeee house ni.

Korang sila try ya siyes sedap time dia lalu kat tekak tu rasa berkicauje cacing diperut kegirangan menyambut hujan moccachillo
membasahi bumi. Giteeww 💁

Serius laaa sedap.Harga cambese la range Rm13 camtu. Untuk sengkek cheapskate like me memang la rega potong leher tapi sebab sekali skala nak gak..takpalah lepas tu makan angin ya.Sobs.

Try ahhh...pastu gitau saya jauh mana perginya 😉

Moccachillo

Newbis kepada blogspot tetapi oldis livejournal

Assalamualaimum korang...

Sapa pernah dengar apa itu livejournal?
Haaa...situ lah tempat saya bermula dan jinak jinak masuk dalam dunia blogging. Dulu masa mula mula ber'lj' bak kata nama galmor, time tu Super Junior dan Bigbang pun baru debut. Ahahhahaa punya nak kaitkan kpop asal boleh.

Kire kire tahun 2006 lah lebih kurang. Merapu merapik semua lah dalam tu tapi bak kata omputeh lagi... the good old times even sekarang after 10 tahun ai lagi tua dari dlu. hahaadoi.

LJ ni best...especially kaki kpop jpop lah sebab community besor. Sebenarnya wide je range tapi sebab kite ni jiwa kesinun so sinun nye page je kite nampak.

Time tu jugak kite kenal dunia roleplayer. Alaaa...yang kita acah acah jadi watak role yang dimainkan. Contohnya kalau sekolah Hogwarts tu kita nak jadi Prof Snape, kita idup dalam entry tu as prof snape.  Ya ampun kenapa lah merapu sangat hidupku dulu. 😂😂😂😂

Tapi kan... bila dikenang kenang, memori tu lah menarik. Sebab jinak jinak ke dunia LJ ni lah bahasa inggeris saya improve. Kat situ cam tak jumpa sangat komuniti melayu maybe sebab kita sendiri terarah ke Kpop jpop so automatikla oversea friends kan.

Sebab livejournal juga saya belajar menulis cerita dalam bahasa inggeris or orang sebut sebagai fanfiction.  Tau tak fanfiction ni apa?

Yang tatau tu..fanfic ni kirenya kita buat cerpen ka apa ka mini novel ka tapi watak dalam tu retis retis lah. Curah segala imaginasi awak dalam tu. Curah bebeh curahhhhhhg. Buat la watak Bigbang Seu gri berlaga bahu korang kat depan kepsi ke, Twice Tzuyu rupanya sepupu jauh korang me...or konon Red Velvet Wendy dan EXO Lay bercinta.

Yerin setujuuuuu


Tu contoh ya contohhhhhh. 🌷🌷

Jujur cakap.... syukur dengan minat benda yang ramai kata merapu nilah saya berusaha keras improve my own english even tak la baguih mana tapi tak la ditakuk lama...paling syokpart kenai kenai kawan baru.

Korang camna?
How korang start?
Why start?
Citer ahhhh....


Wednesday, 13 September 2017

[ REVIEW MAKANAN ] Samyang double nuclear

Assalamualaikum everyone..

Semalam saya lepak lepak dengan few of kawan kawan kpop. lol.... kat Da-Men yang best tu. Oklah nak dijadikan cite kitorang makan samyang ramen nuclear as lunch.
Yang double tu weh.

Ni wei... pedas tapi best. Berapi usus kau.


Sumpah....pedas. Hahaha
Saya ni lidah biawak jenis tahan gila pedas pun agak tebal bibir sejenak lepas makan tapi pedas yang boleh makan la... bagi saya la. Korang kalau yang normal samyang pedas pun dah gelupur lantai better takyah eh. Jangan cakap Mira tak warning. Lempang kang.

Saya makan ngan Kimmy dan Fisya....and of course Kimmy lek giler makan. Fisya paling surrender. Bersulamkan roti kau hado. 😂😂😂💥

Secara kebetulan je pertemuan sebab nak pass barang kan. Thank you Fisya sebab belanje. Murah rezeki awak....and awak paling comel berpeluh menjerit melolong kepedasan hahahahaha... saya pun edas gak tapi control macho la kan. 😂

Saja makan makan cabar deria pedas. Satu nak cakap...memang pedas sepedasnya dan nikmat senikmatnya tapi kan ciput seciputnya...woi jangan la kedek sangat bagi sikit giler. Sedih tau cacing dalam perut tak cukup makan.

Habis.... sambung gelupur 💥💥💥


Kimmy yang bunga tu...pisya yang peace tu... ai yang paling cun kat situ. Ehem. 💥


Ps : For now ada promo di news.e convenience store. Saya beli situ je...Rm6.90. Grab lahhh.. makan lah... Kasi tanjat cacing dalam perut. ehehe. Sedap siyes cakap. 

Korang dah try kaaaaaa????? 
Apa citaaa??????

Alkisah pasar malam

Assalamualaikum....

Korang kan kalau gi pasar malam koraNg suka beli apa? Mesti ada list dalam kepala kan.

Ayam gunting.
Apam balik.
Nasi kerabu.
Nasi ayam.
Soya panas.
Tau fu fah.
Takoyaki.
Murtabak.

Adoi... Banyak lagi meraban list dalam kepala kan. Begitu jugak lah saya. kalau saya bila gi pasar malam saya suke bebenor tau makan ayam gunting. Yang pemes tu ayam gunting Uncle Bob tapi kalau pasar malam Nilai cempaka hari jumaat tu saya suka gila ayam gunting acik sebelah uncle bob. hahahaha.

Lupa nak amek gamba tapi takpa saya amek nanti saya wat lagi post 2.0 punya versi lak. Dap wohhh ayam tu. Juicy, manis, sedappppp.

Selain ayam gunting saya akan pastikan diri ini beli air greentea Ongky. Ahahaha sebab murah Rm 3.50 kalau gelas besar kau hado. Dah la sedap.

Pastu oh ya telinga keling ( kuih peneram eh nama dia ). Spuluh bijik rm1.00 so saya bese beli 50 biji because I iz tamak halobak.

Pastu if terkaya or terbanyak skit rezeki saya akan mule melalut beli air lagi lah...mihun sup lah... Takoyaki lah...buah buahan lah. ah semua..

Nak nak kalau tengah lapo.
So korang jangan lapo sangat kalau gi pasar malam kang seme mak nenek nak dibelinya. Kus semangat. ...

Oh pasar malam ku...

Tuesday, 12 September 2017

Wayang

Assalamualaikum...

Salam Rabu korang. Ape je aktiviti arini?
Bese kalau Rabu ni sinonim sangat dengan perkataan WAYANG. ahahahahha....... tiket murah ye dok?



Bese wayang ni kalau bAru kua dia punya mahal memang mengcekik la kisahnye. Tapi cam ada nilai tersendiri tengok cite pape di pawagam berbanding donlod dan nonton di TV or Laptop. Kan kan?

Seingat saya antara wayang yang saya tengok banyak kali is OlaBola dan Tron Legacy. Dedua cite ni da selamat masuk dalam list movie peberet saya.  Kategori bahasa melayu dan kategori bahasa inggeris. Hahaha da macam anugerah skrin dan bintang popular la pulak ada katehori kategori bagai.

Ola Bola memang movie yang sangat osem maybe sebab saya ni suka cite bab suka berbanding pasal haiwan ka cintan ka... Superb!! berjuta star nak kene kasik.

Tron lak...sebab ada aura memikat. Bukan pelakon ya tapi ost dorang best gila. Daf Punk kan...eh cemana ntah ejaan. Def punk? Daft punk? Uish berantu giler la lagu ost even xda manusia melalak disebalik music tu. Plus cite tu tahyul and tak logik. Kanak kanak riang berusia tua macam saya memang sukaa genre cenggitu.

How aBout you??

Special shout out to Jijang

My beautiful friend, Jijang Ilah




Nama si cantik ni Fadilah tapi saya pangg dia Jijang je...kekadang Ilah. Tapi selalunya saya suka panggil dia Jijang. Hahaha

Cemane dia dapat nama Jijang?

Dia ni awek Terengganu so korang boleh bayang la kan loghat Ganu semua belaka nak sebut G tambah G...very kaya with G maybe depa amek dari Klate. hahaha. So Jijang ni nak cari umah area Jijan di Nilai ni...tup tup pendek cite jadi lah Jijang. Lekat sampai skang.

Jijang oh Jijang...

Baik orangnya ...pandai masak. Tapi sorry ye dia da berpunya. Dah bersuami dah pun. Orang selalu kata org Ganu ni kasar tp Jijang ni lembut je takde kasar mana tapi yes dia kuat bebel. hahahah...camne la aok nak jadi mak budok ni Jijang wrehh.

Apapun saja je random je post pasal Jijang sebab dia selalu cakap time nikah dia taknk mekap over and fake lashes..Yes mostly yang mekap suka letak benda tu kan. Hasilnya? sama je cantik. Jijang, tahniah kekalkan pendirian awak. Cantik je takde beza pun malah naik seri tu bertepek tepek.

Lawo.

Apapun moga awak murah rezeki. Thank you jadi sahabat yang baik. Teruskan jadi insan yang baik.


Nescafe ais kaw kaw moooo

 Necscafe....



Assalamualaikum.

Dulu dulu pas SPM kan saya pernah la kije sat kat kedai makan...memula as tukang basuh pinggan because saya suka main sabun buih tu..puas ati sgt. Last2 tangan naik biji gatai. Padan muka.

Kedai makan tu kecik je weh...  staff ada dlm tiga je kalu campot tokey jd empat campor laki tokey jd lima...campor baby tokey jadi enam. hahaha K melalut.
.
Sepanjang kije situ sempat la berguru nengok tukang buat air bancuh air...siyes ah mesmerizing sangat nengim dia campoq segala maciammm benda nak jadikan sejenus minuman.

No easy!

Insaf weh....ingatkan easy breezey je kije rupanya. hmmmm..patutla memasing hati kering.

Yang seingat saya cara sy wat kawww sket air is. Nescafe sampaikan panas...buh la dua sudu kalau nak pekat pastu susu pekat skit dan juga gula skit. Tu ja keyword. ahaha

ok laaa ngantok sangat.. niteee.

Roti tolo goyang goyang

Ya Allah..

Astaghfirullahalazim...

Allahu ...




Assalamualaikum rakan sekampung sebumi sedunia..

Saja memalam ni sebenarnye dok belek belek sekodeng album gambaq dalam phone keceteh ni pastu mata ni tertancap sebijik gamba...

Hat atas tu ha... roti tolo goyang goyang transfer road. Sebenornye nama dia roti telur bakar ke roti bakar telur ke aih dapat ke saya memang gubah la semuanya... bunga saya tak reti gubah tapi nama makanan bagi je hangpa tengok saya gubah cam manusia berseni. ahaha

Wei... malam ni.

Jam 11.00 pm kot...dok nengok album pasaipa kan da teringat. Time event gambaq ni berlaku ( besela saya rakyat melesia yang suka amek gambaq even tangan ketaq lapaq ) ,, saya very the laparuddin... pepagi tu kami worang berlima sbnrnya buat one day trip ke Penang... motip makan opkos la sesampai je terus melantak. hahahahaha..

Di penang kawan kami sorang lagi nama dia parissshh dia yang tunggu kami..sumbat la berlima makhluk size supermodel dunia iaitu saya ( paling kurus skali ai la...konon ), nuwa dan wife dia atiqah, remy dan che an.. kami cam sardin cam wajik cam nasi impit dah kau rasa.

Parisshhh anta kami dekat umah uncle si nuwa so kami leh jd dua keta... so berangkat ke transfer road katanya. Mam roti bakaq tolo goyang goyang tegedik dalam pinggan tu. Dap nye.   Ai kenot la telur ayam ni ai suka...suka suka...sukaaaaa .

Sebenarnya banyak gambaq roti tolo ni saya amek tapi saya update bendalah blog ni guna phone.. xleh nak upload gambaq. Server cemburu buta. Bencik.

Gambar kat atas tu sebab saya da upload sesiap kt draft...saja. Nak tepek...

Tapi baguih gak kang korang teliuq korang baling bom atom ke saya ....ai is skeri.  Siyes ahhhh sedap roti ni...saya terlebih enjoy makan. Roti ni pastu tempat sama gak roti canai ayam seketoi besaq pakhang tu.

Again... gamba takleh upload. Ai nak slow talk dengan server google phone ni.. Ape ni tak aci ah warga laptop leh lak upload sesuka sesuki. hm.


Papepun...Penang memang sorga makanan. Heaven tahap heaven ahh cacing dalam perot akan berdansa cam part annual dinner Airasia atau party tak berapa semenggah kat Sepang tuh. Bersorak meloncat ahh dok isi makanan sedap. Lemak pun tersenyum.

Weh.

Tak sabaq nak pi Penang lagi... dua bulan lg. eheh

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...