Salam alayk...
Harini hari rabu. Patutnya ada pasar malam kat area Balok. Pasar malam Balok.
Saya kalau bab pasar malam ya Allah suke bebenor gayenye.
Ada duit ke takde duit ke suka tu tak hingat punya tahap lah. Cuma bila kurang sikit tu sendu sikitlah bunyi nafas. Ahahah.
Saya kalau bila mana dok balik Kuantan saya cukup suka pasar Malam isnin di area Balok Makmur. Lepas tu pasar malam jumaat kat Balok Perdana tapi tu kecil je skala. Yang isnin tu besar.
Tapi kan sejak baru baru ni baru tahu ada pasar malam ahad di Taman Gelora. Best giler jugak. Range macam ala ala pasar malam isnin je tapi seller banyak yang different. Situ selalunya port untuk jogging dan exercise tapi kalau ahad boleh iktiraf sebagai hari buang kalori tambah kalori lah. Ahahah.
Kat pasar malam Taman Gelora tu, saya cam suka sangat ada juai kuih peneram tu. Lazat tak terkata. Pastu kalau mak pulak suka kuih talam ubi. Mak kalau ubi kayu buat la masak apa pun dia suka woh. Kat akak kuih talam tu, ada jugak wajik. Sedapnye lahai.
Pastu aritu ada teh beng siam sedap tapi kadang takde. Selalu hampa tau... Ahaha. Oh ye lately selalu nampak booth sup siam. Nak tanya la sup siam tu apa? 😌😌😌😌🤔
Hm.
Ni mengkala menaip entri ni kepala dok terbayang bayang dah pasar malam pastu perot dok krohhhh krohhh beria ahaha. Tak semenggah skit anak dara ni. Sory
Nunaitttttt.
Mir Mira yang membebel tentang apa saja benda ✌ Sebarang request review/ advertorial boleh pm saya di norhamimahasmiera@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pahlawan islam masa kini
Disclaimer : Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara. PEJUANG...
-
PERHATIAN : UNTUK INTERVIEW JAWATAN NI, TAKDE BAYARAN RM500 KE RM100 KE. TIADA. SAYA DAH CONFIRMKAN DENGAN MANAGEMENT. INTERVIEW DIA ...
-
Salam semua. Rasanya bidang safety and health ni atau dalam bahasa melayunya pegawai kesihatan dan keselamatan pekerja macam masih ramai ta...
-
Assalamualaikum semua... Alhamdulillah dapat peluang dan rezeki menulis lagi. Artikel terdahulu tentang kerjaya sebagai seorang ramp agent...
No comments:
Post a Comment