Friday, 6 October 2017

Ada apa dengan Jeju

Salam alayk...
Selamat hari Sabtu everybodeeeeh

Hi salam sejahtera. Yang baca takat ayat ni, saya ucapkan terima kasih sebab baca....dan silalah teruskan membaca eheh.

Saya dapat tahu start lusa penerbangan ke jeju direct akan bermula oleh Airasia X....wah wah wah wah wahhhhh... best kan?

comel jelepuk kecik je pulaunye


Saya tahu ramai kalangan kita yang nak sesangat fly kesana. Jeju ni dah la diiktiraf sebagai one of 7 wonders of the world. Plus, scenery dia untuk yang bukan kaki scenery sangat macam saya pun begitu lah mengujakan apatah lagi lah kalau jenis osem dalam menghayati scenery. Cam korang lah.;)



Saya sering berkongsi citer dengan rakan rakan kaki travel yang ada a few of them dah pijak ke Jeju... saya pula? walaupun dah berkali kali pergi Korea tapi memang Seoul je tempat dituju. Banyak sebabnya..

First, saya memang kaki city...suka tengok building dan teknologi. Even bukan shopping sangat. And saya suka makan...and makan dan terus makan. Seoul ni offer street food punya kemeriahan tiada tolok bandingan kau hado. Jeju mungkin itu bukan kemeriahan yang ditawarkan tapi cantik tahap mega yak lah pulak scenery.

Second... flight KUL-ICN memungkinkan saya landing Incheon and berdezup ke Seoul je berbanding sebelum ni kene landing Busan kalau nak dekat sikit ke jeju or landing je Incheon pastu transit lah naik Jeju Air ke Jin Air ke....fuh.



Sekarang senang dah kan? Now everyone can fly kan kekdahnye. Thank you atas kemudahan. So tak perlu transit bagai dah gaisss.... silakan 💁


Antara perkara best yang saya kira boleh dilakukan dan keistimewaan Jeju adalah :

1. Hallabong.
Sejenis limau mandarin yang sangat istimewa dan sedap giler...saya penah try waktu pergi Seoul.
Kalau korang peminat drama Korea pastu tengok citer My Girl... bukan Oh My Girl ye tapi My Girl yang Kim Daehee dan Lee Dongwook berlakon skali Junki tu... haaa...dalam cite tu banyak tonjol Jeju island.

Ada babak girl tu dok selambar mak enon hijack kebun hallabong orang. Comel je kebun hallabong tu.

Dapnyaaa..


Bolehlah korang majukan diri melawat sini tapi maaf tau info saya kurang pasti sebab saya belum pernah sampai lagi.


2. Hallasan
Sejenis gunung berapi punya tempat...lawa sangat SUBHANALLAH... ye memang ni antara kefamesan dan keindahab Jeju yang selalu disogok sogok oleh Unesco , Korean Tourism dan ramai lagi lah..



Cantik kan....seperti juga Hallabong, Hallasan pun Unesco protection sebab apa yang ada disekitarnya..memang cantik. Dengan jaraknya 1950 dari paras laut,Jeju sememangnye cantik sangat.  Silalah pergi and photoshoot bagai nak rak. Confirm lawa.


3. Haenyo ( mermaid of Jeju )
Okay ni bukan mermaid cam Ariel dalam Disney tu tau. Ni penyelam wanita Jeju yang memang dah jadi culture situ. Wanita wanita tu pula pangkat nenek pun ramai ok betapa gagahnya mereka membelah lautan demi mencari hasil laut.

Jeju mermaid...

Haenyo ni dah jadi antara salah satu punca fames Jeju juga sebab kat Seoul takde makna korang nak nampak ajumma dan halmeoni power cenggini serius ahhh.... Gigih sangat bukan senang ok tahan nafas apa semua...dan muka masih ada sinyum. hukkk...salute !!!

4. Pepantai nan indah...
Ahaaa berlarian di persisir pantai lah sesiapa yang honeymoon kat situ dengan pasangan masing2. Yang takde pasangan boleh je berlari bakar kalori.

Jeju ni banyak naw naw pantai tak padan kecik. Dah nama pun pulau sah sah la dikelilinhi laut ye tak.  Antara pantai yang selalu meniti bibir pelancong adalah Gwakji beach, Hyeopjae beach,Hamdeok beach, Jungmun beach dan sebagainya...banyak lagi tau leh pengsan nak senarai. Pendek kata semua lah cantik.

5. Pemandangan.
Yes ini paling win...ceceruk mana korang gi boleh dikatakan akan menjadikan korang ratu selfie dan photographer instant. Memang lawa...dia ada walking path yang lawa bebenor dipanggil Olle walking.


olle trail

Kat sini sesiapa yang rasa tak larat tu ( seperti saya lah tu tau dah ) bolehlah muhasabah diri sebab Sedangkan di Seoul pun atuk nenek kemain laju panjat tangga apatah lagi disini kan. Orang Korea ni satu bagusnya memang aktif tak kira lah umur. Takde nye lemau cam saya yang masih la kire muda eh eh.


So tu antaranya je tau banyak lagi cuma saja nak kasi surprise takmo wat banyak....plus saya belum lagi sampai so nanti insyaAllah bila saya sampai , entri meroyan saya akan jadi sangat panjang. Jangan pengsan lak.

Semua gamba atas tu ihsan google je. ehehe hwhehe.

Thank you google.


Jumpa lagi dan thank you sebab baca. ♥

22 comments:

  1. saya selalu tgk kat dlm cerita korea yg pulau jeju ni cantik je ..

    ReplyDelete
  2. Boleh masuk dalam list cuti2 ni..macam best je view diaa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la...sy dlu x rasa nak g sgt tp skang da mule nak gi

      Delete
  3. Jeju memang tempat femes. Mampu baca dan tengok jer lah. Tak tay bila boleh sampai sana.

    ReplyDelete
  4. Jeju memang ada dalam wishlist SA..ntah bila nak pi...Air Asia X dh tambah venue ke Jeju kan dengan harga yang termurah..kena skodeng tiket ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila skodeng...masih ada pluang dpt cheap tix ni untubg sapa dpt rm199

      Delete
  5. Ika teringin nak pergi JeJu Island. Dalam bucket list huhu. Pemandangan yang menarik menarik hati terutama yang baru berkahwin nak honeymoon sini hehheh.

    ReplyDelete
  6. Jeju dah lama termaktab dalam wishlist,tempat favourite sebab nampak kat drama korea tu

    ReplyDelete
  7. The places at Jeju is beautiful. Will plan my trip there next year.

    ReplyDelete
  8. yes i selalu tengok orang post gambar dekat sana, cantik sangat but tak pernah pergi lagi.

    Hwajing Royal High Tea

    ReplyDelete
  9. wahhh!! ni salah satu bucket list yang belum tercapai ni! baca entri ni lagi rasa nak pergi!

    ReplyDelete
  10. Salah satu tempat yg sis teringin nak pergi. Hari tu seoul dah gi tapi jeju tak sempat nak gi...rugi rasanya, mayb next trip..insaallah

    ReplyDelete
  11. Next trip ruby ke Jeju. Sekarang dah ada AirAsia X kesana. Tak sabar nak kesana! Hehehe

    ReplyDelete
  12. Jeju lawa pemandangannya sebab masih belum banyak pembangunan...tengok gambar pun dah bole agak udaranya segar dan fresh kann? Hahaha sedap mata memandang nak pergi macam x mampu uhuks

    ReplyDelete
  13. Yessss..i always wanted to go to jeju...lagi2 bila tgk cerita my lovely samsoon tu part samsoon panjat kat hallasan n mjerit maki hero tu...since dat day i mmg duk aim ja jeju..maybe kena tunggu anak2 besar boleh la melasak dgn diorg kt sana

    ReplyDelete
  14. Saya sudah ke Jeju beberapa tahun yang lalu, kami memandu sendiri dan saya sempat hiking dibeberapa tempat seperti Hallasan melalui Seongpanak Trail, Seongsan Ilchubong dan beberapa tempat menarik lagi di Jeju. Pergilah ada air terjun yang unik yang airnya terjun kelaut.
    MasyaAllah, so scenic.

    ReplyDelete
  15. Now, AA pun dah lancar direct flight to Jeju maka makin mudah la kan nak menggapai impian nak jadi Haenyo. Hehehe

    ReplyDelete
  16. Alaaa tulis panjang-panjang ni ingat dah pegi. Bestkan kalau dapat pergi Jeju Island ni. Saya pun simpan impian nak pegi one day nanti

    ReplyDelete
  17. nice la jeju dah lama dengar citer pasal jeju island ...wow

    ReplyDelete
  18. Jeju Island is indeed very romantic at the same time fun to explore.

    ReplyDelete

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...