Tuesday 6 September 2022

Random lepak di Aeon

 Salam.


Harini lepas je maghrib solat siao husband ajak pergi jenjalan kat Aeon Nilai. Boleh lah isinmasa kasi penat anak. Selalunya kami bawa anak pergi taman permainan bagi keluar tenaga tapi sebab harini cam malas nak keluar siang ditambah cuaca gak menentu, ok la kita lari dari kebiasaan.


Apa salahku tibeh menempel di post ini.


Kitorang selalunya kalau gi Aeon ni akan singgah sikit kat Eco shop. Sebelum tu kene azan dulu supaya saka shopping tak keluar. Tapi kenangkan taraf duit diri ni saka.pun stress nak hasut sebab sia sia. Hehehehe. Sian.

Selain tu kami akan singgah Molly Fantasy bagi anak main singgit dua ringgit tiga empat ringgit je limit permainan swipe kad situ. Oh nak main kene swipe bukan la depa main swipe hamboii beshe dia.  Usually game hockey ice tepuk atas meja haku pun tak tahu apa nama.dia sebenarnya dan kereta safati or bus yang bosan dimata orang tua tapi nice dimata anak. Tu jelaa...game tembak tembak or lumba kereta depa tak mahir. Tak reti pun. Bapak depa reti la. 

Ha ni dia hockey ice tepuk meja


Kereta bosan tapi tak bosan


Acah acah level master


And air kami suka beli kat Aeon Delicatessen tapi harini nak merajuk sebab baru jam 8 lebih dia closed dah....sedehhh tau nak air vanilla latte nak nak nak. Since sedih maka balik singgah beli teh tarik bawah rumah je sobs.

Selalunya itu jela aktiviti yang tak jemu dibuat asalkan ada aktiviti bonding with kids. Kami berdua tak kaya berharta so jenjalan free camni je boleh. Dulu waktu kerja sekejap merasa la makan kat Windmills tapi sekarang ditambah harga dah berganda ganda, takpelah. InsyaAllah next time.

Disamping tu lalu kedai.gajet intai laptip lh tablet lah...berangan nak beli ganti yang rosak supaya boleh buat kerja penulisan situ tapi takpe, berangan dulu...doa bebanyak nanti Allah pasti bukak jalan.  Aminnn.

So apa aktiviti random korang sekeluarga? 



No comments:

Post a Comment

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...