Wednesday 17 August 2022

[ REVIEW KDRAMA ] Age Of Youth / Hello My Twenties

 Salam semua.


Ha kembali kita ke segmen review apa harini 😂. Since sejak dok rumah ni terlebih masa untuk menulis walau busy tapi yes saya kene paksa cari masa untuk menulis gak. I must! So yes terjadilah harini punya review. 


Age Of Youth atau tajuk lainnya Hello Twenties. Sokmo nengok cite ni punya pister lalu lalang kat netflix apa semua tu tapi saya tak pernah laaa terfikir nak nengok. Sebab poster cliche je. Wohh tak baik kan judging!.


Age of youth 2

Age of youth 




Best ok cite ni....sangat lah real life. Age of youth ni ada dua season sebabtu ada dua poster. Yang bezanya untuk first tu ada watak Kang Yina tapi second punya is Kang Yina dah pindah keluar sebab dapat kerja jauh and diganti Eun tinggi lampai. 

Citer ni kisah sekumpulan gegadis dok serumah.. mostly dorang student pelbagai jurusan. Song jiwon, Ye eun, Jin myung, Eunjae dan Yina yang diganti Eun. Semua mereka ada back story memasing.

Cerita ni memang sampai je kat hati sebab if kita ni pernah belajor duk umah sewa with kawan pastinya kita dapat relate. Sorang camni sorang camtu sorang lagi camni. 



Ni semua yang season 1... Yang tinggi lawo tu lah Yina.



Yang first ni bagi saya lebih lucu sebab Eunjae budak baru masuk U so culture shock. Yina lak tak minat belajo and sara diri as sugarbaby, Jinmyung jenis terlalu gigih cari duit sebab kemiskinan, jiwon jenis gila masuk air. Pelbagai ragam laaa. 







Yang no 2 ni pun tak kurang hebatnya kelakar cuma number 1 lagi lawak maybe sebab Yina tu gila jugak kot. Hehehe... Yang season kedua ni sedikit slack ialah watak eunjae bertukar orang. Pelakon asal takleh join drama ni sobs sobs...muka and acting dia da sebati sangat dengan innocent eunjae ...yang second ni cam lebih kepada mengada. Sorry Jiwoo (nama pelakon ni ) fans. 


Pendek kata, try la tengok if korang perlukan hiburan ringan. Jalan cerita dia sangat light tapi padat dengan pengajaran dan tema persahabatan. 

Ingat.... Hidup tak selalunya cerah. Tapi hidup juga perlu diteruskan. Agitew. 


No comments:

Post a Comment

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...