Tuesday 27 September 2022

Garis masa Khairul Aming

 Salam.


Baru ni sempena birthday yang ke 30 tahun, Khairul Aming ada buat compilation video tentang perjalanan dia dari umur 20an til berjaya sampai sekarang.


Okay siapa je tak kenal Khairul Aming ni? Mostly kita kenal nak nak lepas pandemik bila semua orang makin gigih tengok video memasak ringkas berilmiah. Sebut je Khairul Aming, Che Nom, Sugu Pavithra, LimauNipis...semua lah orang kenal.  




Dia ni anak muda yang sangat memberi inspirasi nak nak sambal padu Nyet dia tu meletop letop memanjang sold out. Semua orang nampak dia berjaya dan kaya tapi tak ramai nampak susah dia jatuh bangun dia dan berapa banyak keringat dan airmata dia sementara nak mendaki tangga kejayaan ni. 

Saya tak boleh share pulak video dari IG dia. Takpe korang boleh pergi kat instagram dia dan tengok. Berair mata juga lah sebab ya Allah ianya memang sangat mencabar dan banyak kegagalan dia hadap rupanya. Cuba bayangkan kalau dia give up dan berhenti lepas gagal. Kita takkan dapat tengok sambal nyet sold out dekat shopee. Harga sebuah usaha tanpa jemu.

Credit to owner


Dia pun belajar tinggi juga, kerjaya pun bagus tapi dia cari ruang dan peluang untuk keluar dari comfort zone. 

Saya tahu bukan saya je yang terharu tengok. Dan saya yakin bukan hanya Khairul je yang succeed camni. Ramai lagi kat luar sana kan. 

Semoga kita semua berjaya dalam apa saja kita buat dan semoga juga Allah lindungi dan berkati setiap langkah kita agar ia jadi bekalan di akhirat sana. 

Kita ada Allah 

Selamat hari lahir Khairul Aming. Teruskan usaha !!




 


No comments:

Post a Comment

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...