Rezeki.
Konteks rezeki ni luas bukan hanya harta benda duit wang ringgit kaching kaching tapi juga kesihatan yang baik, hati yang tenang,.urusan yang dipermudahkan, dada yang lapang dan segala perkara kebaikan lain yang hanya datang dengan izinNya.
Hatta segala deria kita juga satu nikmat rezeki. Mata untuk melihat, mulut untuk berbicara, lidah untuk merasa dan telinga untuk mendengar.
Allahu...betapa banyak.nikmat yang Allah beri namun kita ni hamba yang alpa selalu leka dan jarang ucapkan syukur.
Haa siapa yang baca sampai takat ni meh sama sama ucap alhamdulillah syukir ya allah atas nikmat mu dan ampunkan dosa kami yang Allah kerana kami hamba yang penuh dengan kelemahan.
Rezeki ni sesuatu yang semakin diberi semakin kita dapat.
Contohnya...semakin kuat kita mendoakan kesejahteraan orang lain, semakin hebat malaikat mendoakan kita dari langit.
Semakin banyak sen kita sedekah atas niat kerana Allah, semakin banyak ringgit yang Allah salurkan secara tak sangka atau tak sedar.
Semakin kita bersyukur, semakin kita dapat lagi dan lagi dan lagi.
Bukankah janji Allah, dengan bersyukur, kita akan senantiasa dilimpahkan rezeki.
Maka kawan kawan... marilah bersyukur!
Rezeki Allah itu wajar disyukuri. Jauhi kufur nikmat.
Thank u sebab baca♥
Mir Mira yang membebel tentang apa saja benda ✌ Sebarang request review/ advertorial boleh pm saya di norhamimahasmiera@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pahlawan islam masa kini
Disclaimer : Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara. PEJUANG...
-
PERHATIAN : UNTUK INTERVIEW JAWATAN NI, TAKDE BAYARAN RM500 KE RM100 KE. TIADA. SAYA DAH CONFIRMKAN DENGAN MANAGEMENT. INTERVIEW DIA ...
-
Salam semua. Rasanya bidang safety and health ni atau dalam bahasa melayunya pegawai kesihatan dan keselamatan pekerja macam masih ramai ta...
-
Assalamualaikum semua... Alhamdulillah dapat peluang dan rezeki menulis lagi. Artikel terdahulu tentang kerjaya sebagai seorang ramp agent...
No comments:
Post a Comment