Friday, 22 December 2017

Penghargaan

"Penghargaan selalunya datang selepas kehilangan"

"You won't know to appreciate until you lose it"

Selalu dengar kan?

Assalamualaikum pembika bicara entri kali ini. Saya terpanggil untuk menulis sesuatu yang disebut atas nama 'penghargaan'.

Selalunya kita culas, leka,lalai dan tidak pandai menghargai sehinggalah kita benar benar kehilangan. Sedih tapi benar. Allahu.

Saya ambil iktibar dari satu cerita.
Tentang seorang anak yang selalu jarang pulang ke kampung kerana dia dah selesa dengan keadaan ibu bapa pasti ada dipintu setiap kali dia pulang ke kampung. Malahan panggilan telefon juga jatang jarang dibuat.

Sehinggalah Allah mengambil semula hakNya iaitu menjemput ibu bapanya ke rahmatullah.

Ketika itu si anak baru terkesima,rasa kehilangan dan selalunya diikuti dengan penyesalan. Sesal dengan diri sendiri kerana tidak pernah menghargai sepanjang ada dan mula tercari bila tiada.

Sedih.

Kisah kedua pula.
Seorang pelajar yang seringkali merungut sebab title sebagai pelajar sangat memenatkan pada hematnya.

Pagi ke kelas...sehingga petang. Malam ulangkaji. Hari minggu berkira kira untuk assignment atau berhura hurey outing. Rungutan demi rungutan dibuat.

Sehinggalah dia selamat graduasi dan mula bekerja. Walaupun gaji besar namun hidup penuh tekanan. Kekangan masa, bayaran hutang, bayaran komitmen. Hm....

Mulalah teringat dulu waktu jadi pelajar selalu merungut itu ini. Sekarang baru nak hargai betapa manisnya jadi pelajar.

See...

Banyak lagi.

Saya paling suka kisah ni.
Seorang suami yang sebelum berkahwin dengan isterinya, dia sangat menghargai setiap detik waktu dan sebagainya. Namun bila telah diijabkabul, sekelip mata semua tu berubah.

Dia mula rasa isterinya membebankan, semakkan pandangan mata, leceh dan bermacam lagi yang tidak kena dimatanya.

Diwaktu ini baru dia lihat betapa cantiknya wanita lain, betapa beruntungnya kalau berkahwin dengan wanita lain.

Allahu... Bermacam lagi yang mencerminkan betapa dia tidak menghargai pemberian Allah iaitu isteri.

Sehinggalah isterinya diambil pergi. Baru terduduk...termenung dan terdiam. Hidup yang dulunya terisi dengan keletah isteri kini hening sunyi. Tanpa bunyi, tanpa suara isteri.

Barulah penghargaan itu datang.

Benarlah...
Kita akan hargai hanya bila kita rasai kehilangan.

No comments:

Post a Comment

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...