Tuesday, 21 November 2017

Salju di Korea

Assalamualaikum

Tanggal 20hb Nov lepas Korea mula dihujani salji dan kalian pasti tahu betapa saya suka Korea dan betapa saya suka salji so jadilah suka kuasa dua. SUKA GILER.

I mean kemonlah kemonlah sebagai rakyat Malaysia saya yakin lah eamai antara kita yang suke sangat salji. Pengaruh TV mungkin. Ahaha.

Salji nan indah diatas pokok di Nami Island


Salji menempel la camne gaya pun, tetap mengujakan.

Dok tengah skrol timeline kat facebook dan instagram ttibe rakaman demi rakaman tentang jatuhnya salji halus ke bumi Korea. Ohhhhh indah. Tapi tu di Seoul lah. Kalau tak silap saya Busan masih tiada salji dan Jeju telah bersalji lebih awal. 

Cantiknya. Allah Allah Allah.

Pengalaman salji n boleh dikategorikan dua. Pertama salji yang sedia ada dan kedua salji yang jatuh dari langit macam hujan. Snow fall bak kata orang putih. Yang ni sangat mengujakan sebab salji fresh tu kalau landing ditangan awak , boleh nampak tau bentuk flakes tu. 

Haaa cuba tengok betul betul.. tu kire mata kasar lagi tu. Indah kan?



Sesuatu tentang salji ni. Korang meti selalu dengar orang cakap bila nak hujan bau tanah lah bau hujan lah so bila salji ni tataulah hidung over ke ape ke tapi memang terbau je salji tu. Ahaha tu namanya bau bau excited. Lol..

Yang pasti kesejukan tu biat air hidung korang meleleh dan jari frozen macam crabstick kat peti ais Tesco huh.....sejuk yakmat.


Cute sangat


View camni pun membuat saya senyum lebar 


Selalunya, orang Korea sendiri tidak la teruja cam kita malah mereka tak gemor sangat cuaca sejuk. Saya ada sorang rakan Korean girl dia ounya seronok datang Penang time kita musim panas aritu ya ampun....yang kita ni menggelimpas nak pergi negara dia sebab nak fefeeling mulut berasap gitchew.

Apepun, saya memang tak pernah berhenti teruja dengan salji. Tahap jakun teruk pun tak kisah. Tapi....


Seteruk teruk saya teruja, teruja lagi minah ni. Ahahaha Prof Zila 


Kan da kate dia punya excited lain macam.. bhahaha 


Haku dah cakap kannn... Pas kejadian ni dia menggelupur kesejukan tahap ketulang sumsum. Memula je menggelupur excited. Haha



Nak ke Yongpyong Ski Resort ni makan masa tiga jam pergi tiga jam balik so enam jam in total jauh yakmat okay. Tapi trust me...berbaloi. Untuk manusia spesis saya yang suka sangat dok dalam keta dalam bas...opkos la saya suka. Kitorang celik mata seawal jam 4 lebih pagi jam 5 lebih da keluar bilik ...

Menggelupur asap keluar dari mulut sebab awal sangat train pun tak start lagi over gila kau. Pastu sesat lak kat Jamsil dapam keadaan peti ais fridge level punya situasi. Rupanya salah station muahahaha..

Dan rupanya bas ada setiap 20 minit yang ai menggelabah tahap cimpanzi tu kenapa? Cet.

Apapun its a nice journey.


See ya untuk entry lain dan thank you sudi baca ;) 

6 comments:

  1. perghhhh jeleznyee. nk pegi time winter jugkkk

    hi jom la join n meriahkn segmen GA ray kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  2. wahh bestnyaa.. thank u raydah. Saya nak join Ga.

    and salji bestttt sgt

    ReplyDelete
  3. akak! bestnya dah sampai korea, onie belum lagi... teringin nak main salji tapi duduk dalam aircond yang suhu 16 tu pun tak berapa nak gemar,inikann kena nikmat salji,Allahu....macam akak cakap, memula je excited...lepastu sejuk sampai ke tulang sumsum, tu agaknya onie la kot kalau ke sana one day,haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oniiiee <3
      Lain tau aircond dengan udara dingin salji... ala takpe biasanya kalau kita excited kita punya adrenalin rush meningkat ningkat ahhaahah.... insyaAllah excited melebihi segalanya tapi few jam lepastu mula la tobat skit. >///<
      Tapi berbaloi.
      Moga Allah mudahkan awak untuk pergi diwaktu yang sesuai dan kenangan yang indah bakal tercipta <3

      Delete
  4. Salam singgah sini dan follow :)

    btw, jom join GA saya

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete

Kalau lah Allah bagi 5 bulan saja lagi

Assalamualaikum ... Entri kalini adalah berkenaan sesuatu yang rawak. Kalaulah... Kalaulah Allah bagi hidup lima bulan saja lagi bermul...