Assalamualaikum semua..
Meh sambung topik pregancy journey ni and percayalah hingga kini tak caya lagi saya dah menulis camni based on pengalaman sendiri untuk dikongsi.
Saya ni jenis nak terima adjustment life susah. Nak terima hakikat dah kahwin pun take time lama.
Alhamdulillah even berada dalam state of denial tu lama tapi last week saya scan doktor hospital seremban dan dapat dengar degup jantung. Betuilah ada babies dua ketoi dalam badan.
Permulaan pregnancy saya adalah ketika Ramadhan. Waktu tu baru sedae dah sebulan mengandung. Kita nya punya telan zero coke lah ape lah sebab tak tahu kan.
Waktu saya cek tu adalah jam 3pagi san mamai mamai. Cek nampak dua line tapi cam rilek je kejut husband. Dia dua kali ganda mamai hahahahahahhaha.
Anjak ke masa sahur saya ulang semula baru dia surprise dan terkejut...pastu terus ajak gi klinik pagi satgi. Mujur dia tengah offday.
Bermulalah journey menapak dan menunggu di klinik gov. First fasa adalah confirmation pregnancy oleh doktor dibahagian pesakit luar. Dah confirm, dia suruh naik ke unit ibu dan anak pastu appointment dengan nurse bidan. Nurse tulah akan bersama kita sampai bersalin.
Dia bagi appointment lepas raya untuk buka buku pink dan seminggu lepas tu scan doktor klinik.
Fast forward~~
Waktu scan kat doktor lah satu miracle terjadi...Time menunggu, selalu dok sebut baby dalam ni ada dua ni kembar ni..saje je berseloroh dan nyakat nyakat husband,. Sebab memang habit suke tengok kembar.
Waktu scan tu doktor suddenly cakap camni.
Doktor : Eh kembar
Saya : Takkan lah
Doktor : Iye awak...tengok ni ( dia suruh husband tengok skali sambil kire kantung )
Saya : Uish...susahnye nak caya
Doktor : Hmm.. tak caya lak.Jap saya panggil kawan saya. ( Dia panggil next doktor )
Doktor kedua : Oh kembar...harini da dua ibu scan kembar. Tahniah
Saya akhirnya percaya la gak even mash tak caya. Kang kene libas dek doktor gune stetoskop lak. Hahahhaa. Suami cam biasa, blank lagi terok.
Time balik tu, memasing masih terkejut tapi share lah goodnews kat family. Double joy, double fun, double rezeki. Alhamdulillah.
Maka saya pun laluilah first three month dengan pelbagai karenah. Takde alahan terok tapi skali skala muntah la gak, pastu pening memanjang dan ada satu time tu ada sengal skit badan. Ada timing cirit Birit , makan tak lalu. Lapa tapi tak lalu makan. Minum pun rasa nak muntah. Huhuuu.
Tabah jelah..sekurangnya mampu bergerak lagi sebab alahan kurang so boleh la buat kuih untuk juai cari duit tambahan...thank u melons ( panggilan untuk dua baby saye heee ).
Alhamdulillah syukur ya Allah.
Mir Mira yang membebel tentang apa saja benda ✌ Sebarang request review/ advertorial boleh pm saya di norhamimahasmiera@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pahlawan islam masa kini
Disclaimer : Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara. PEJUANG...
-
PERHATIAN : UNTUK INTERVIEW JAWATAN NI, TAKDE BAYARAN RM500 KE RM100 KE. TIADA. SAYA DAH CONFIRMKAN DENGAN MANAGEMENT. INTERVIEW DIA ...
-
Salam semua. Rasanya bidang safety and health ni atau dalam bahasa melayunya pegawai kesihatan dan keselamatan pekerja macam masih ramai ta...
-
Assalamualaikum semua... Alhamdulillah dapat peluang dan rezeki menulis lagi. Artikel terdahulu tentang kerjaya sebagai seorang ramp agent...
No comments:
Post a Comment