Assalamualaikum semua...
Sempena jumaat nan mulia ni saya bercadang untuk kongsi resepi ringkas buat mee hailam.
Banyak cara nak buat mee hailam tapi kalau ikut saya semua asal boleh campak campak godek apa ada dalam dapur. Hehe.
RESEPI MEE HAILAM
Bahan :
Mee kuning sepaket
4 sudu Cili kisar ( nak lebih takpe )
4 ulas Bawang putih ( kisar )
1 biji bawang besar ( kisar )
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Air
Minyak
Bancuhan tepung jagung
Sayur ( boleh letak karot, Bunga kobis dan sawi )
Fishcake fishball
Isi ayam
Cara Cara :
1. Panaskan minyak dalam beberapa sudu daam kuali ( jangan banyak sangat tau ) dan tumis bawang putih besar yang dikisar. Lepas dah naik bau masukkan cili kering dan tumis sampai pecah minyak
2. Masukkan lah isi ayam dan fishcake tu sampai masa skit baru letak air. Dia jadi macam sup tapi jangan lupa anggarkan dengan jumlah mee kuning awak
3. Tuang lah dalam sesudu kicap pekat, beberapa sudu kicapmanis, sos cilidua sudu, sos tomato sesudu dan garam gula perasa sikit. Boleh rasa samada cukup tak ikut lidah masing masing.
4. Dah gelegak masukkan sayur dan mee. Masak seketika baru tuang bancuan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kacau dan jangan tinggal takot over pekat karang.
5. Dah agak pekat sikit boleh tutup api dan hidang.
Ps : Saya ni bab measurement failed...maafkan saya. Sebab saya jenis agak agak.
Selamat mencuba ♥
Mir Mira yang membebel tentang apa saja benda ✌ Sebarang request review/ advertorial boleh pm saya di norhamimahasmiera@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pahlawan islam masa kini
Disclaimer : Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara. PEJUANG...
-
PERHATIAN : UNTUK INTERVIEW JAWATAN NI, TAKDE BAYARAN RM500 KE RM100 KE. TIADA. SAYA DAH CONFIRMKAN DENGAN MANAGEMENT. INTERVIEW DIA ...
-
Salam semua. Rasanya bidang safety and health ni atau dalam bahasa melayunya pegawai kesihatan dan keselamatan pekerja macam masih ramai ta...
-
Assalamualaikum semua... Alhamdulillah dapat peluang dan rezeki menulis lagi. Artikel terdahulu tentang kerjaya sebagai seorang ramp agent...
biasa yg campak2 tu yg sdap..:)
ReplyDeletehaa betui tu... x reti ukur sgt
Delete