Hai semua... watpe tu. Slama jumaat Amacam raya memasing best tak?
Saya tahun ni raya dalam keadaan rush sebab kejap sangat di Kuantan pastu pecut disegamat pun tak lama sangat kire terus balek Nilai. Di Nilai lepak Kuala Langat lak dok umah kakak ipar sehari.
Serba sehari lah.
Teringat zaman kecik waktu dok kat kuarters tentera laut kat Labuan dulu bestnya golongan cam kami yang tak dapat balek semenanjung nak beraya. Yela kan bukam semua dapat balik every year.
Rutin pepagi time tu adalah beraya di markas kem mawilla dengab panglima dan semua anggota navy yang tak balik raya juga. Best tau...best sangat sangat.
Puas hati lah dapat makan lemang, ketupat, rendang kuah kacang dan ayam merah.. Semua airtangan rewang anggota navy.
Besttttttttt.
Bila da nak balek, beratur la kami budak kecik depan panglima nak amek duit raya. Ahahaha.
Biasanya pas solat raya dalam jam 0830 camtu semua berderak la pergi kem mawilla. Yela Labuan kan subuh awal so solat raya awal. Kadang kami solat raya kat kem je. Sonang.
Pas raya di kem balek taman semula dan beraya umah jiran lak...Satu taman pusing ok. Syok sebab setiap rumah pelbagai juadah bukan sekadar ketupat lemang je.
Ada yang buat nasi tomato... ada nasi ayam... ada wat laksa...ada wat bihun sup. Pendek kata ikut latar belakang memasing lah... pelbagai budaya kenegerian dan variasi juadah. Tu yang syok.
Sebab tu start balik Smeenanjung sebelum abah pencek, rasa ralat bila kat semenanjung mostly memang ketuoat kuah kacang lemang rendang. Eheh.
Tu untuk warga navy la warga airforce dan army tak sure. Depa wat kat kem depa la kot.
Sapa kat sini pernah jadi anak angkatan tentera dan stay di Sabah sarawak... meh lah share cite korang.
Selamat Hari Raya !!
Raya plus world cup lah pulak.
No comments:
Post a Comment