Saturday 23 September 2017

Kenapa Korea destinasi pilihan saya? pt.1

Assalamualaikum...

"Kenapa Korea?"
"Kau tak bosan ke Korea?"
"Tak habis habis Korea"
"Bukan seronok pun baik gi Jepun"
"Makanan halal susah...kau makan babi ke?"
"Bukan depa pandang kau pun yang kau dok gila depa..."
"Bosan aku manusia suka Korea ni...ptuik.!"
"Menda la kat sana yang kau selalu nak gi"
"Plastik woi..."



Ok.... tu antara soalan soalan pedas berbisa lagi meruntun jiwa saya tatkala mendengarnya. Seringkali soalan camni yang terjah telinga saya, menusuk wo kedalam hati kadang kadang.

Persoalan saya adalah... kenapa teruk sangat judgement tu?

Tak berapa gemar bila orang label kita fanatik lah obses lah gila lah tapi kenang balik hmm orang kita apa je dorang tak hentam dan kecam kan. So... ikutlah korang.

Dalam entri saya kalini, saya akan bebel based on soalan yang saya dapat diatas. Ye tu Bukan rekaan tu memang soalan yang saya dapat. Sakit telinga tapi takpelah, mungkin mereka yang bertanya tu betul betul curious. Entri ni akan panjang lah opkos maka saya kerat kerat ikut part.


View atas Edae dari geng trip April 2014...


Eceh... kot la panjang tetibe acu boleh acu terai.

1. Kenapa Korea? 
Kenapa Korea? Sebab itu antara negara yang saya benar benar nak letak kaki atas permukaan buminya. Saya kira setiap insan ada destinasi kegemaran dan terkadang yang jenis suka travel tu mesti nal datang banyak kali.

Saya ada rakan yang suka sangat Bali dah dekat 6 kali dia pergi dalam masa dua tiga tahun and counting nak pergi lagi banyak kali. Saya ada juga tanya kenapa suka pergi...dan dia jawab sama seperti kenapa saya pergi Korea. Kalau diexplain belum tentu orang faham. Sejak tu saya tolak jauh jauh andaian atau pape pemikiran tak best sebab saya sendiri ada alsan yang tak mampu diterjemah dengan kata kata.

Setiap orang, ada caranya. Ada sebab dan alasannya. Awak siapa hendak judging kan?

Geng Blur and me....saya sekerat terpotong tu. hahaha takpe tak penting.



2. Kau tak bosan ke Korea?
Jawapannya ada dengan tindakan saya. Beruoang kali pergi itu menandakan bahawa saya tidak bosan.

Korea ni negara yang besar. Seoul tu kire cam KL la.... tu pun banyak district yang unik cam Myeondong, Dongdaemun, Namdaemun, Hongdae, Jongno dan sebagainya. Seoul semata tak puas explore, belum lagi Busan ke Gwangju ke Jeju ke. Fuhhhh.

Camne nak bosan kalau minat dan suka kan? Malahan kalau dipermudah dan jenjs banyak duit, setiap bulan pun nak pergi.. ahaha

Susah nak bosan kalau banyak spot nak amek gambar.... dan cantik sangat kalau pandai pilih tempat.

Yeoido park...musim bunga . Sakan memasing......kecuali yg baju merah tu sebab 
sedih internet wifi takde. ahahahahahah

Model Prof Zila dedang membuat
posing Kick Buttowski berlatar belakang
Namsan Tower... over naw.


Model Piqa sedang menghayati 
suasana dalam istana Doksugung 🍃🍃

Trip paling ramai saya pernah guide. 
Time ni posing di Yeoido park. Awal musim spring ~

Okay cukup untuk part ni...
Saya sambung kat part dua nanti ye kawan kawan.

Thank you sangat sebab sudi baca.♥

9 comments:

  1. Saya pun suka Korea hehe..tp bukan la sebab kpop or ape pun..tp enviroment and garden dia sgt cantik..last uear kempunan nak masuk istana huhu..hopefully this month dpt la masuk huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan awak...bkn sbb kpopnpun tapi Korea memang menarik. Istana masuk la doksugung bagi saya doksugung lg comel dari geongbokgung haha

      Delete
  2. Saya memang suka Skincare atau products dari Korea. Walaupun Hanya pernah pergi sekali tapi suka Sangat tempat tu

    ReplyDelete
  3. tengok je pun dah jatuh cinta dengan negara korea ni. View yg menarik sebenarnya..

    ReplyDelete
  4. korea pun menarik ape.. syok j tgk tempat org..

    ReplyDelete
  5. Hahaha korea memang selalu dikaitkan dengan plastik.. abaikan orang kata, kadang2 mereka cuma mau bergurau atau pun tercabar bila anda berpeluang untuk melancong ;P

    ReplyDelete
  6. Jepun tetap pilihan kita, sejak pakcik sendiri pergi sambung study dekat sana 25 tahun yang lepas.

    Rasa hati nk sambung study sana, tp tue la.. kita nie xpandai sangat hahaha

    ReplyDelete
  7. Ade tak post gambar2 dikorea. Mintak izin nak guna utk buat berangan boleh. Harap sangat boleh. Nak sangat pergi

    Shidotdotcom.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. i tak pernah pi korea lagi! haha but probably not also, not a K fan. haha

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete

Pahlawan islam masa kini

Disclaimer :  Full kredit untuk Irfan sebab saya share semula sini untuk bacaan. Jenuh nak reread dari telegram. Thank you saudara.  PEJUANG...